24.07.07
Adney jalani pemilihan di Boro
Penjaga gol ketiga Selangor dan skuad kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein bakal menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough dan kelab Liga 2, Darlington Ogos ini.
Setelah ujian pemilihan dengan satu lagi kelab Liga Inggeris, Hartlepool tidak menjadi kenyataan bulan April lalu, Adney dijadualkan menjalani ujian di Darlington pada 1-8 Ogos dan Middlesbrough pada 12-17 Ogos nanti.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, pemergian Adney kali ini akan ditaja sepenuhnya oleh FAM.
Berketinggian 1.88cm, Adney beraksi dalam semua perlawanan Sukan Asia di Doha bersama skuad kebangsaan sebelum diketepikan dalam pemilihan akhir skuad Piala Asia baru-baru ini berikutan kecederaan ibu jari kaki.