Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
07.11.07

Aksi tegang cemar perlawanan

Oleh: SELANGORFC.COM

Hasrat menjadikan perlawanan pra musim sebagai persediaan menjelang aksi Liga Super yang bakal bermula tidak menjadi kenyataan bagi pasukan Selangor dan Polis di Stadium MBPJ, Kelana Jaya  malam tadi. Perlawanan tersebut dibatalkan pengadil menjelang permulaan babak kedua akibat aksi tegang dan pergaduhan yang tercetus di antara pemain kedua-dua pasukan. Selangor terlebih dahulu mendahului Polis 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Rakhli.

Perlawanan turut menyaksikan penampilan pertama penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin dalam jersi Merah Kuning. Turut menjadi perhatian adalah aksi dua pemain import yang diuji Selangor iaitu bekad pemain pertahanan Sporting Lison dan Southampton dari Portugal, Marco Almeida dan bekas pemain pertahanan Spartak Moscow Adam Dzeytoz. Namun walaupun kedua-duanya pernah beraksi dalam aksi tahap tertinggi Liga Russia, Liga Portugal dan Liga Inggeris, jelas tahap permainan yang ditunjukkan amat mengecewakan.

Perlawanan seterusnya melibatkan Selangor dalam siri pra-musim adalah menentang Kedah di Stadium Darulaman pada 11 November ini.