Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
04.01.08

Elie selamat tiba di bumi Selangor

Oleh: Wan Fakhrul Wan Bakar (KOSMO!)

TEPAT pukul 9.11 malam tadi, bintang import Selangor yang dinanti-nantikan, Elie Aiboy (gambar) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Dengan memakai jersi terbaru pasu- kan Brazil berwarna kuning, Elie keli- hatan ceria sebaik keluar dari balai ketibaan sambil diiringi pengurus pasu- kan Selangor, Datuk Dr. Satim Diman.

Ketibaan Satim dan Elie dari Jakarta dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH722 itu telah disambut oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd. Amin.

Namun, kesemua mereka terus bergegas pantas meninggalkan KLIA untuk menuju ke hotel penginapan pemain kebangsaan Indonesia itu.

Kehadiran Elie lebih awal daripada jangkaan itu bakal menyaksikan Sela- ngor mendapat tonik terbaik menjelang perlawanan Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam esok.

Ini kerana, prestasi skuad Merah Kuning itu seakan merudum dalam dua aksi terakhir mereka apabila dibelasah Kedah 2-6 (Sabtu) dan tewas 0-1 kepada Perlis, Selasa lalu.

KOSMO! difahamkan, Satim berlepas ke Jakarta keesokan harinya selepas perlawanan dengan Perlis itu untuk membawa Elie ke Selangor secepat mungkin.

Elie sebenarnya baru saja selesai tugasan terakhirnya beraksi bersama kelab Liga Indonesia, Arema Malang pada perlawanan terakhir mereka, Ahad lalu.

Jika segalanya berjalan lancar, Elie bakal turun dalam pertemuan dengan Pahang malam esok.

Ini sekali gus menyaksikan dia akan berhadapan dengan rakan sepasukannya di Arema Malang iaitu Tarik El Janaby yang kini beraksi untuk Pahang.