Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
27.01.08

Selangor 2-1 Brunei DPMM

Oleh: misai11 (selangorfc.com)

SELANGOR berjaya mengutip tiga mata penuh di gelanggang sendiri setelah menewaskan Brunei DPMM FC 2-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Beraksi di atas padang yang licin akibat hujan, Selangor terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-22 setelah penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali menolak cantik hantaran daripada Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kiri.

Namun, jaringan itu tidak bertahan lama apabila Brunei DPMM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi tolakan penyerang import, Tiago Dos Santos.

Terikat 1-1 selepas berakhir separuh masa pertama, Selangor terus berusaha untuk mencari gol pendahuluan sebaik babak kedua dimulakan.

Hasilnya, pada minit ke-73, Selangor dianugerahkan sepakan penalti selepas P. Gunalan dijatuhkan dan penyerang import dari Liberia, Frank Seator menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kedua tuan rumah.

Pasukan pelawat terus dirundung malang apabila Dos Santos dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-77 selepas dia mengasari D. Surendran.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Selangor untuk memastikan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Selepas bermain 10 perlawanan, Selangor kini mengutip 20 mata hasil enam menang, dua seri dan dua kalah untuk berkongsi mata dengan Negeri Sembilan Naza yang sekadar seri 2-2 dengan Pahang di Kuantan, malam tadi.

SELANGOR:

22-MEGAT AMIR FAISAL, 19-D.SURENDRAN (16-ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN), 3-RAZMAN ROSLAN, 26-NASRIQ BAHAROM, 15-P.GUNALAN, 24-AMIRUL HADI ZAINAL (11-R.SURENDRAN), 25-SHUKOR ADAN, 28-SAFIQ RAHIM, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN, 9-FRANK SEATOR, 10-SAFEE SALI (17-AMRI YAHYAH)