Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
20.02.08

Piala FA: Selangor 5-1 Brunei DPMM

Oleh: misai11 (selangorfc.com)

SELANGOR memulakan kempen Piala FA dengan garang setelah membelasah Brunei DPMM 5-1 dalam perlawanan pertama pusingan pertama di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kelebihan empat gol itu, ia mampu menjadi bekalan selesa buat Selangor apabila bertandang ke Bandar Seri Begawan pada 4 Mac depan untuk perlawanan kedua.

Minit ke-14, Selangor sudah mendahului 1-0 selepas hantaran lintang P. Gunalan ditanduk sedikit oleh Frank Seator sebelum Mohd. Safee Sali merembat deras ke dalam pintu gol Brunei DPMM.

Namun, Brunei DPMM berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-23 apabila Elie Aiboy menjatuhkan Sairol Sahri di dalam kotak penalti Selangor.

Penyerang Brunei DPMM, Sharazeen Md. Said yang ditugaskan mengambil sepakan penalti gagal menghasilkan gol setelah rembatan leretnya ke penjuru kiri ditepis keluar penjaga gol Selangor, Mohd, Suffian Abdul Rahman.

Sebaliknya, Selangor pula mendapat gol kedua pada minit ke-31 menerusi rembatan kencang sambil berlari yang dilakukan Safee berpunca daripada gerakan dari tengah padang yang menarik.

Separuh masa kedua bermula, Selangor terus garang apabila Safee melengkapkan hatriknya pada minit ke-62 hasil penyudah leret yang menerjah penjuru kanan pintu gol Brunei DPMM untuk tuan rumah mendahului 3-0.

Tidak cukup dengan itu, beberapa minit kemudian, Seator pula menanduk masuk gol keempat Selangor selepas menerima hantaran silang daripada Elie Aiboy.

Pesta gol Selangor diteruskan apabila pemain gantian, Akmal Rizal Rakhli menjadikan kedudukan 5-0 selepas berjaya menanduk masuk hantaran lintang seorang lagi pemain gantian, R. Surendran pada minit ke-81.

Dua minit selepas itu, Brunei DPMM akhirnya memperolehi gol saguhati hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh pemain gantian, Hasnawi Ismail untuk keputusan muktamad, Selangor menang 5-1.

SELANGOR:

21-MOHD. SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 17-AMRI YAHYAH, 4-EVANS CHISULO, 26-NASRIQ BAHAROM, 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN (18-FADZILIDIN KHALID), 28-SAFIQ RAHIM (11-R.SURENDRAN), 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN, 9-FRANK SEATOR (14-AKMAL RIZAL RAKHLI), 10-SAFEE SALI