12.03.08
PDRM 1-2 Selangor
Oleh: misai11 (selangorfc.com)
MISI Selangor untuk merampas tangga kedua Liga Super tercapai setelah mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas PDRM di Stadium Selayang, malam tadi.
Gol pertama Selangor diperolehi seawal minit ke-4 menerusi rembatan cantik Akmal Rizal Rakhli, susulan percubaan awal Amri Yahyah dari luar kotak penalti.
Namun, kelekaan benteng Selangor mengundang padah apabila PDRM berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang dari Indonesia, Budi Sudarsono pada minit ke-67.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Akmal muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kedua selepas menolak masuk bola muntah rembatan Frank Seator pada minit ke-82.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Selangor akan menerima kunjungan Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
SELANGOR:
21-MOHD SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 17-AMRI YAHYAH, 4-EVANS CHISULO, 26-NASRIQ BAHAROM (27-ASRARUDDIN PUTRA OMAR), 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN, 11-R.SURENDRAN (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 9-FRANK SEATOR (3-RAZMAN ROSLAN), 14-AKMAL RIZAL RAKHLI