Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
18.03.08

Satim, Faizal & Subahan letak jawatan

Oleh: SELANGORFC.COM

DATUK Satim Diman, Faizal Abdullah (gambar) dan Datuk Subahan Kamal secara rasmi meletakkan jawatan mereka selaku pengurus, penolong pengurus 1 dan penolong pengurus 2 dalam skuad Liga Super Selangor berkuatkuasa serta merta.

Menurut Faizal, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Presiden FAS yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik barisan pengurusan baru skuad Selangor.

"Kami beri ruang kepada presiden untuk membuat pilihan individu yang mereka fikirkan sesuai bagi menguruskan pasukan Selangor," katanya pada sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya tengah hari tadi.

Namun, Satim dan Subahan tidak hadir pada sidang media tersebut.

Dengan ketiadaan ketiga-tiga mereka, skuad Liga Super Selangor kini akan dikendalikan Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin yang dilantik sebagai pengurus sementara.

Kata Faizal: "Saya dan Satim akan kekal sebagai Naib Presiden FAS manakala Subahan pula kekal Ahli Majlis FAS sehingga mesyuarat pemilihan akan datang."

Satim mula menjadi pengurus pasukan Selangor bermula musim 2004 menggantikan Datuk Mokhtar Ahmad sebelum Faizal menyertai barisan pengurusan pada musim 2005 dan Subahan pula menyusul pada musim 2006/07.