Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
29.03.08

Undian Piala FA: Selangor jumpa Kuala Muda Naza di suku akhir

Oleh: SELANGORFC.COM (2:45pm)

SELANGOR akan bertemu pasukan sensasi dari Liga Perdana, Kuala Muda Naza pada peringkat suku akhir Piala FA 2007/08 selepas undian sebentar tadi.

Bertempat di foyer Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Angkasapuri, Kuala Lumpur, majlis undian tersebut turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen menerusi rancangan Fokus Bola di RTM 1.

Hasil undian menyaksikan Selangor akan bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star pada perlawanan pertama 8 April (Selasa) sebelum menanti kunjungan Kuala Muda Naza di Stadium Shah Alam pada 22 April (Selasa).

Jika berjaya menyingkirkan Kuala Muda Naza pada saingan suku akhir itu, menanti Selangor di peringkat separuh akhir ialah pemenang di antara perlawanan Terengganu dan Felda United.

Aksi separuh akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada 31 Mei dan 4 Jun manakala perlawanan akhir akan diadakan pada 14 Jun depan.

 

JADUAL SUKU AKHIR PIALA FA:

 

Perlawanan pertama 8 April (Selasa)

MELAKA lwn KEDAH

PAHANG lwn SABAH

KUALA MUDA NAZA lwn SELANGOR

TERENGGANU lwn FELDA UNITED

 

Perlawanan kedua 22 April (Selasa)

KEDAH lwn MELAKA

SABAH lwn PAHANG

SELANGOR lwn KUALA MUDA NAZA

FELDA UNITED lwn TERENGGANU