Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
09.04.08

Diam lebih baik

Oleh: Haresh Deol (Malay Mail)

Suasana di bilik persalinan sunyi sepi ketika pemain mengemaskan diri dan bersiap untuk pulang selepas melalui malam yang mengecewakan. Jurulatih Selangor, Dollah Salleh memilih untuk berdiam diri kepada para pemainnya selepas Gergasi Merah tumbang 1-0 kepada Kuala Muda dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Alor Star semalam.

"Tiada guna memarahi atau menegur mereka," kata Dollah. "Saya sungguh kecewa (dengan prestasi yang ditunjukkan)."

Kuala Muda menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi Farderin Kadir pada minit ke 48.

Dollah jelas bengang dengan prestasi Akmal Rizal Rakhli dan bekas penyerang Liberia, Frank Seator yang buntu mencari jaringan.

"Kita mempunyai hampir 20 peluang, namun tiada yang diterjemahkan kepada gol.

"Mereka (Kuala Muda) hanya mempunyai satu peluang dan berjaya mencipta jaringan.

"Di dalam bola sepak, perkara terpenting adalah keputusan. Apa guna bermain cemerlang jika gagal menjaringkan gol sekaligus memenangi perlawanan?"

Dollah bagaimanapun akan kembali menegur anak-anak buahnya seperti biasa ketika sesi latihan petang ini.

"Saya akan menegur mereka kembali esok. Sehingga itu, saya akan terus berdiam diri untuk menyedarkan mereka terhadap kesilapan yang dilakukan."

Dollah turut tidak sabar menantikan perlawanan pusingan kedua di Shah Alam dua minggu dari sekarang.

"Peluang kita untuk mara masih lagi cerah. Saya berharap agar para pemain belajar dari kesilapan dan tidak memperisa-siakan peluang yang diperolehi pada perlawanan itu nanti."