27.04.08
Johor FC 3-2 Selangor
Oleh: BERITA HARIAN
HARAPAN Selangor untuk muncul naib juara Liga Super, tergugat apabila tewas di tangan Johor FC 2-3 manakala pencabar terdekat, Negeri Sembilan pula menang ke atas DPMM FC dari Brunei dengan angka yang sama, malam tadi.
Skuad Merah Kuning gagal mempertahankan kelebihan awal di Stadium JCorp, pasir Gudang menerusi gol dari sepakan penalti Frank Seator pada minit ke-53 apabila tuan rumah bangkit untuk mendahului 3-1 hasil jaringan Eddy Helmi Abdul Manan (m-72), Gustavo Fuentes (m-77) dan Walter Ariel Silva (m-79).
Pelawat merapatkan kedudukan, sekali lagi menerusi Seator pada minit ke-81.
SELANGOR:
22-MEGAT AMIR FAISAL, 17-AMRI YAHYAH, 2-ZAIZA ZAINAL ABIDIN (6-FADZIRUL ZAKARIA), 4-EVANS CHISULO, 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 28-SAFIQ RAHIM, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 9-FRANK SEATOR, 10-SAFEE SALI(14-AKMAL RIZAL RAKHLI).