17.05.08
Piala Malaysia 2007/08: Selangor diundi dalam Kumpulan A
Oleh: misai11
SELANGOR diundi berada dalam Kumpulan A bagi saingan Piala Malaysia 2007/08 selepas majlis undian sebentar tadi.
Turut bersama Selangor dalam Kumpulan A ialah naib juara Liga Super, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Melaka dan Kelantan.
Sementara bagi Kumpulan B, juara bertahan, Kedah diundi bersama Johor FC, PDRM, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.
Kumpulan C pula dibarisi Perak, Perlis, Pahang, UPB-MyTeam, Johor Pasir Gudang dan Tentera.
Lapan pasukan terbaik iaitu pasukan tangga pertama dan kedua setiap kumpulan bersama-sama dua pasukan terbaik yang menduduki tangga ketiga kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir.