Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
05.05.08

Selangor 0-3 Negeri Sembilan Naza

Oleh: BERNAMA

PASUKAN Negeri Sembilan Naza (NS Naza) mengesahkan tempat mereka selaku naib juara Liga Super 2007/2008 selepas menumpaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan terakhir liga elit Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Penyerang NS Naza, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak berjaya mengejutkan tuan rumah pada minit ke-44 apabila bijak memperdayakan dua pertahanan lawan untuk menjadikan keputusan 1-0 pada separuh masa pertama.

Selangor yang memerlukan kemenangan untuk sekurang-kurangnya menduduki tempat kedua bertambah parah apabila P. Gunalan dilayangkan kad merah pada minit ke-58 setelah mengasari Zaquan.

Namun Zaquan sekali lagi meledak pada minit ke-70 apabila bijak menyudahkan hantaran lintang Udo Fortune untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah Megat Amir Faisal Ibrahim untuk gol kedua.

Fortune melengkapkan kemenangan NS Naza menerusi rembatannya pada minit ke 82 untuk gol ketiga pelawat.

SELANGOR:

22-MEGAT AMIR FAISAL, 19-D.SURENDRAN, 6-FADZIRUL ZAKARIA (4-EVANS CHISULO), 26-NASRIQ BAHAROM, 15-P.GUNALAN, 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 11-R.SURENDRAN, 9-FRANK SEATOR, 10-SAFEE SALI (17-AMRI YAHYAH)