Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
24.05.08

Selangor umum 18 pemain ke Sukma

Oleh: misai11

PENGURUS pasukan bola sepak Selangor ke Sukan Malaysia (Sukma) XII Terengganu 2008, Hamidin Mohd. Amin mengumumkan senarai 18 pemain skuad berkenaan petang tadi.

Selangor yang dibimbing Dollah Salleh dan Talib Sulaiman beraksi dalam Kumpulan B akan bertemu Kelantan pada Rabu ini pukul 4.45 petang, Sabah (8 pagi, Jumaat) dan Kedah (8 pagi, Ahad).

Berikut ialah senarai 18 pemain skuad Sukma Selangor:

PENJAGA GOL: Nuraizat Aziz, Fairul Azwan Shahrullai

PERTAHANAN: Zaiza Zainal Abidin, Fadzirul Zakaria, Asraruddin Putra Omar, Sazali Suwandi, Fairul Nizwan Nasir, Aizul Ridzwan Razali

TENGAH: Safiq Rahim, Fazilidin Khalid, Nasriq Baharom, Fauzan Dzulkifli, Fitri Shazwan Raduwan, Adib Azuddin Latif, Fazli Baharuddin.

PENYERANG: Wan Hoesne Wan Hussain, Alafi Mahmud, Lukhman Hakim Jaafar