Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
30.05.08

Sukma: Selangor 2-0 Sabah

Oleh: SELANGORFC.COM

SELANGOR dan Kedah melangkah ke suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XII selepas masing-masing mencatat kemenangan kedua pada perlawanan pagi tadi.

Selangor yang menewaskan Kelantan 3-0 Rabu lalu terus cemerlang apabila menewaskan Sabah 2-0 pagi tadi untuk mengumpul enam mata.

Kedah turut mengumpul enam mata selepas menewaskan Sabah 3-2 Rabu lalu dan menumpaskan Kelantan 2-1 pagi tadi.

Pertemuan Selangor-Kedah pagi Ahad ini bakal menentukan pasukan mana yang bakal muncul juara Kumpulan B manakala pertemuan Sabah-Kelantan sekadar pelengkap jadual kerana kedua-dua pasukan telah tersingkir untuk ke suku akhir.

Pada perlawanan pagi tadi, Selangor mendahului Sabah 1-0 pada babak pertama menerusi Wan Hoesne Wan Hussain sebelum mengesahkan kemenangan 2-0 apabila Alafi Mahmud meledak gol kedua pada minit ke-71.