Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
17.06.08

Piala FA: Terengganu 1-1 Selangor

Oleh: misai11 (SELANGORFC.COM)

SELANGOR berjaya mara ke final Piala FA 2007/08 menerusi agregat 3-2 setelah mengikat Terengganu 1-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Selangor akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-48 setelah R. Surendran berjaya menolak bola masuk setelah berlaku keadaan kelam kabut di depan pintu gol Terengganu.

Namun, Terengganu tidak mudah mengalah apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-70 menerusi rembatan kencang pemain muda, Ashari Shamsuddin.

Selangor bagaimanapun berjaya mempertahankan gawang mereka dari dibolosi untuk baki 20 minit selepas itu.

Pada aksi final yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini, Selangor akan menentang juara Piala FA musim lalu, Kedah yang menyingkirkan Pahang di peringkat separuh akhir.

SELANGOR:

21-SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 19-D.SURENDRAN (16-ABDUL GHANI RAHMAN), 3-RAZMAN ROSLAN, 26-NASRIQ BAHAROM, 27-ASRARUDDIN PUTRA OMAR (15-P.GUNALAN), 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 11-R.SURENDRAN (9-FRANK SEATOR), 24-AMIRUL HADI ZAINAL, 17-AMRI YAHYAH, 10-SAFEE SALI.