Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
30.06.08

Piala Malaysia: Kelantan 5-2 Selangor

Oleh: misai11 (SELANGORFC.COM)

SELANGOR terus jatuh ditimpa tangga apabila dibelasah 5-2 oleh Kelantan pada aksi keempat Piala Malaysia 2007/08 di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Tuan rumah tidak menunggu lama apabila mereka memperolehi gol pertama menerusi penyerang importnya, Muhamadou Mustapha pada minit ke-7.

Namun, pertahanan import Selangor, Evans Chisulo berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-14.

Pada minit ke-37, pertahanan pinjaman Selangor dari KL Plus, Nazrul Erwan Makmur pula melakukan kesilapan apabila menjaringkan gol sendiri untuk membolehkan Kelantan mendahului 2-1.

Kelantan terus garang apabila menambah gol ketiga mereka pada minit ke-40 menerusi Muhamadou yang berjaya menewaskan Suffian Abdul Rahman untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 3-1.

Selepas 10 minit babak kedua dimulakan, Kelantan berjaya memperolehi gol keempat mereka sebelum Frank Seator merapatkan kedudukan menerusi gol kedua Selangor pada minit ke-72.

Namun, beberapa saat sebelum perlawanan ditamatkan, Kelantan terus berpesta apabila berjaya memperolehi gol kelima untuk kedudukan akhir tuan rumah membelasah Selangor 5-2.

Dalam dua perlawanan lain, Sarawak tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan sementara Melaka kalah kepada Terengganu 1-2.

Ini menjadikan Kumpulan A kini diterajui Negeri Sembilan dengan 10 mata diikuti Kelantan (10), Terengganu (7), Selangor (4), Melaka (3) dan Sarawak (3).

 

SELANGOR:

21-SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 19-D.SURENDRAN, 6-FADZIRUL ZAKARIA (28-SAFIQ RAHIM), 29-NAZRUL ERWAN MAKMOR, 4-EVANS CHISULO, 27-ASRARUDDIN PUTRA OMAR, 8-ELIE AIBOY (23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN), 25-SHUKOR ADAN, 24-AMIRUL HADI ZAINAL, 9-FRANK SEATOR, 10-SAFEE SALI (7-S.SRITHARAN).