Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
11.06.08

Piala Malaysia: Terengganu 1-1 Selangor

Oleh: misai11 (SELANGORFC.COM)

BADI keputusan seri antara Selangor dan Terengganu berterusan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala Malaysia 2007/08 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan turut seri dalam kedua-dua perlawanan Liga Super 2007/08 apabila mereka terikat 1-1 di Kuala Terengganu pada 15 Januari lalu dan terikat 0-0 di Shah Alam pada 1 Mac lalu.

Pada aksi malam tadi, Selangor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila pemain import dari Zambia, Evans Chisulo berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-10.

Namun, Terengganu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua selepas pemain import baru mereka, Emmanuel menanduk masuk bola hantaran pemain pinjaman dari Kuala Muda Naza, Liew Kit Kong pada minit ke-58.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala FA 2007/08 di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Selasa depan.

Sementara aksi kedua Selangor dalam Piala Malaysia pula ialah bertemu Sarawak di Stadium Shah Alam pada 24 Jun depan (Selasa).