Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
01.06.08

Sukma: Selangor 1-0 Kedah

Oleh: SELANGORFC.COM

SELANGOR akan bertemu Perlis pada saingan suku akhir bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) XII Selasa ini selepas menewaskan Kedah 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Jaringan tunggal pemain penyerang, Wan Mohd. Hoesne Wan Hussain pada minit ke-69 sudah cukup memberikan 9 mata maksimum buat Selangor yang muncul sebagai juara Kumpulan B.

Terdahulu, Selangor berjaya menewaskan Kelantan 3-0 dan Sabah 2-0 sekali gus mencatat rekod tanpa bolos sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Selaku juara Kumpulan B, Selangor akan bertemu naib juara Kumpulan C, Perlis manakala naib juara Kumpulan B, Kedah pula bakal bertemu juara Kumpulan C, Wilayah Persekutuan.

Dua lagi aksi suku akhir bakal menemukan juara Kumpulan A, Terengganu dan naib juara Kumpulan D, Pulau Pinang manakala naib juara Kumpulan A, Perak akan berdepan juara Kumpulan D, Johor.

 

JADUAL SUKU AKHIR BOLA SEPAK SUKMA XII

Selasa, 3 Jun 2008

TERENGGANU lwn PULAU PINANG

SELANGOR lwn PERLIS

WILAYAH PERSEKUTUAN lwn KEDAH

JOHOR lwn PERAK