Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
04.07.08

Piala Malaysia: Selangor 5-2 Melaka

Oleh: misai11 (SELANGORFC.COM)

SELANGOR kembali menghidupkan peluang ke suku akhir setelah berjaya membenam Melaka 5-2 pada aksi kelima Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Penyerang muda, Amirul Hadi Zainal meletakkan Selangor di hadapan seawal minit ke-6 sebelum penyerang Melaka, Rosaiful Nizam menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Namun, penyerang import dari Liberia, Frank Seator menjaringkan gol kedua pada minit ke-45 untuk membawa Selangor menuju ke bilik persalinan dengan mendahului Melaka 2-1.

Babak kedua bermula, Selangor tidak menunggu lama apabila Seator menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-46 tetapi tidak sampai seminit selepas itu, Rosaiful membalas untuk gol kedua Melaka bagi merapatkan kedudukan 3-2.

Jurulatih Selangor, Dollah Salleh melakukan dua pertukaran serentak dengan merehatkan R. Surendren dan Seator bagi memasukkan Safee Sali dan Indra Putra Mahayuddin.

Hasilnya, pada minit ke-76, Safee berjaya menjaringkan gol keempat Selangor sebelum dia menyudahkan hantaran Indra pada minit ke-88 untuk gol kelima menjadikan keputusan muktamad Selangor menewaskan Melaka 5-2.

SELANGOR:

21-SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 19-D.SURENDRAN, 29-NAZRUL ERWAN MAKMOR, 4-EVANS CHISULO, 27-ASRARUDDIN PUTRA OMAR (15-P.GUNALAN), 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 28-SAFIQ RAHIM, 11-R.SURENDREN (23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN), 24-AMIRUL HADI ZAINAL, 9-FRANK SEATOR (10-SAFEE SALI).