23.07.08
Selamat hari lahir ke-41 'mrmanager'
Oleh: SELANGORFC.COM
HARI INI (Rabu) pada tanggal 23 Julai 2008 merupakan hari ulang tahun kelahiran pengurus pasukan bola sepak Selangor, Zakaria Ab. Rahim, yang menjadikan beliau kini genap berusia 41 tahun.
Kami di SelangorFC.com mengucapkan selamat panjang umur, dimurahkan rezeki serta beroleh kejayaan gemilang buat Encik Zakaria sepanjang tempoh beliau mengendalikan pasukan Selangor.
Encik Zakaria menggunakan nama gelaran 'mrmanager' dalam berinteraksi dengan penyokong-penyokong setia Selangor di ruangan Forum @ SelangorFC.com ini selain turut meluangkan masa menulis di ruangan 'Dari Kacamata Pengurus'.
Pengumuman rasmi berhubung pelantikan Encik Zakaria sebagai pengurus pasukan sepenuh masa pertama pasukan Selangor telah dibuat oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad pada 9 Jun lalu di mana pelantikannya berkuatkuasa 1 Jun 2008 dengan kontrak selama dua tahun.