Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
16.08.08

Piala Malaysia: Johor FC 1-0 Selangor

Oleh: SELANGORFC.COM

BIARPUN tewas 0-1 kepada Johor FC di Stadium Jcorp, Pasir Gudang malam tadi, Selangor tetap berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2007/08 menerusi agregat 2-1.

Kemenangan 2-0 menerusi jaringan Safee Sali dan R. Surendran pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Rabu lalu nyata bekal begitu bermakna buat pasukan Selangor.

Malam tadi, Selangor gagal memecah kebuntuan untuk menembusi penjaga gol Johor FC, Anis Faron Ahmad Arsidi yang beraksi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan.

Sebaliknya, Johor FC yang berjaya memperolehi gol pertama mereka pada minit ke-34 menerusi tandukan penyerang import, Walter Ariel Silva.

Sebaik babak kedua bersambung, Johor FC dilihat terus menekan Selangor untuk mencari gol kedua bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tetapi, kecekapan penjaga gol Selangor, Mohd. Suffian Abdul Rahman yang dibantu kesungguhan barisan pertahanannya berjaya menyekat jentera serangan Johor FC daripada membolosi gawang Selangor buat kali kedua.

Wisel penamat ditiup pengadil, Subkhidin Salleh sebaik masa kecederaan empat minit yang diberikan berakhir mengesahkan Selangor untuk beraksi pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu depan (23 Ogos).

Lawan Selangor pada perlawanan akhir nanti hanya akan ditentukan malam esok (Ahad) apabila Terengganu menanti Kedah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu selepas Kedah menang 3-0 di Alor Star pada separuh akhir pertama Rabu lalu.

SELANGOR:

21-SUFFIAN ABDUL RAHMAN, 19-D.SURENDRAN, 4-EVANS CHISULO, 3-RAZMAN ROSLAN, 27-ASRARUDDIN PUTRA OMAR, 8-ELIE AIBOY (24-AMIRUL HADI ZAINAL), 23-INDRA PUTRA MAHAYUDDIN (20-FADZLI SHAARI), 25-SHUKOR ADAN, 17-AMRI YAHYAH, 9-FRANK SEATOR (11-R.SURENDREN), 10-SAFEE SALI.