Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
25.08.08

Shukor minta maaf kepada penyokong

Oleh: Alias Abd Rani (HARIAN METRO)

"MAAFKAN kami," itulah reaksi kapten Shukor Adan selepas gagal melunaskan harapan ribuan peminat Selangor untuk membawa pulang piala yang diperkenalkan sejak 1921 ke Lembah Klang.

Jika diambil kira ungkapan itu, Shukor ternyata individu paling kecewa sebaik wisel penamat perlawanan ditiup.

"Mungkin kami meraih gol terlalu cepat membuatkan momentum permainan berubah. Semua pemain berusaha untuk mengembalikan piala itu namun saya mengatakan ia bukan rezeki kami.

"Sebab itulah, kami terpaksa bekerja keras walaupun ketika itu kami ketinggalan dua gol kepada Kedah," katanya.

Sementara itu, penyerang import, Frank Seator meninggalkan skuad Selangor penuh bermakna apabila membantu pasukan menjaringkan satu gol walaupun gagal membantu meraih kejuaraan.

"Walaupun gol itu bukan gol kemenangan, saya berpuas hati apabila berjaya menyudahkannya kerana inilah aksi terakhir saya.

"Terima kasih peminat Selangor kerana selama ini memberi sokongan kepada saya dan pasukan sehingga kami mencapai tahap ini," katanya.