13.10.08
FAS umum Devan sebagai ketua jurulatih dan tujuh pemain baru
Oleh: SELANGORFC.COM
BEKAS jurulatih Kuala Muda Naza, K. Devan secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor yang baru petang tadi.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad.
Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ab. Rahim kemudiannya mengumumkan pula nama tujuh pemain baru yang telah disahkan menyertai Selangor.
Tujuh pemain tersebut ialah Fazli Baharudin (PDRM), Khairul Anuar Baharom (Negeri Sembilan), Sanjos Sundawat (PDRM), Rudie Ramli (Perlis), K. Nanthakumar (Perak), Nasril Nourdin (Perak) dan Hamsani Ahmad (Perak).
Namun, Nanthakumar, Nasril dan Hamsani belum dapat menyertai sesi latihan bermula petang tadi kerana mereka masih terikat dengan kontrak majikan lama.
"Dua kekosongan lagi masih belum diisi kerana beberapa urusan pengambilan mereka belum selesai dan akan diumumkan kemudian," kata Zakaria.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd. Amin memberitahu, kontrak Devan sebagai ketua jurulatih Selangor adalah selama setahun dan ia akan diperbaharui selepas itu jika prestasi pasukan adalah baik sepanjang musim depan.
Devan yang dilahirkan di Seremban pada 12 April 1961 memulakan karier sebagai jurulatih pada tahun 1991 apabila melatih pasukan Persatuan Bola Sepak India Negeri Sembilan (NSIA) diikuti NS Cempaka (1993-1998), Piala Presiden Negeri Sembilan (1999-2000), Negeri Sembilan (2001-2006), Melaka (2007), KM Naza (2008) dan Selangor (2009).
SKUAD SELANGOR 2009:
PENGURUS: Zakaria Ab. Rahim
KETUA JURULATIH: K. Devan
PENOLONG JURULATIH: Rosedy Nadzir dan P. Maniam
JURULATIH PENJAGA GOL: Azlisham Ibrahim
JURULATIH KECERGASAN: M. Dharmendra
PEMAIN-PEMAIN:
PENJAGA GOL: Hamsani Ahmad (Perak), Nasril Nourdin (Perak), Fairul Azwan Shahrullai (Piala Presiden Selangor).
PERTAHANAN: Amri Yahyah, D. Surendran, P. Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, Zaiza Zainal Abidin, Fadzirul Zakaria, Khairul Anuar Baharom (Negeri Sembilan).
TENGAH: Amirul Hadi Zainal, Fazilidin Khalid, Fitri Shazwan Raduwan (Piala Presiden Selangor), Fauzan Dzulkifli (Piala Presiden Selangor), K. Nanthakumar (Perak), Sanjos Sundawat (PDRM), Fazli Baharudin (PDRM).
PENYERANG: Safee Sali, R. Surendran, S. Sritharan, Rudie Ramli (Perlis).
+ Nama pasukan dalam kurungan merupakan pasukan yang diwakili pemain-pemain terbabit pada musim 2008.