[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MK LAND SELANGOR - Page 2 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By gergasimerah
#33868
eh baru prasan..memang ada..tapi jersi tu
cam pernah je nampak mona pakai..jersi mona ke
ke mona yg men futsal time tu..huhuhuhh
By monashahana
#33899
gergasimerah wrote:eh baru prasan..memang ada..tapi jersi tu
cam pernah je nampak mona pakai..jersi mona ke
ke mona yg men futsal time tu..huhuhuhh


hmmm...ishh,,,wrong person laa gergasi,,,bile mase plak sy gi main futsal... :?
By Nesta
#34052
No. 18....main futsal....ha...ha...kelakar ler kau misai........baru aku paham sekarang........dulu takde no.18 tu......sekarang dah ada...makin laju bila dia pakai jersi tu........sekali pandang, mcm pelakon drama zul yahya......he...he....
By neoli78
#34218
jakpor salleh dah pegi main terengganu dah musim 2005....
weh, MK Land ni aku suka gak sebab dia punya home kat stadium selayang, dekat dgn umah aku....kekadang aku bawak bini aku sekali...hehehe....kekadang la, bukan selalu...nak gi S.Alam jauh sangat lee, nak bwak bini lagik...
By Max_07s
#35148
MK Land idam ke Liga Super 2006
Oleh SAYED HESHAM IDRIS


NAIB juara kumpulan B Liga Perdana musim lalu, MK Land menetapkan sasaran untuk layak ke Liga Super tahun depan.Sehubungan itu, pasukan tersebut mendapatkan khidmat 14 pemain tempatan baru musim ini selain mengekalkan dua pemain import termasuk penjaring terbanyak pasukan itu, Marlon James dari St. Vincent dan Mijo Dadic dari Croatia.

Pasukan tersebut turut menguji dua pemain baru dari Argentina dalam perlawanan persahabatan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di padang Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur hari ini.

Pengurus pasukan MK Land, Mohd. Nasir Sulaiman berkata selain pengambil pemain baru, tujuh pemain yang beraksi cemerlang musim lalu dikekalkan.

Katanya, saingan Liga Malaysia musim 2005 yang bermula pada 29 Januari ini begitu penting dengan sasaran mahu meletakkan MK Land ke saingan Liga Super musim depan.

``MK Land mengharungi musim 2004 dengan cemerlang apabila muncul naib juara Kumpulan B Liga Perdana.

``Ia satu pencapaian yang membanggakan,'' katanya pada majlis perjanjian penajaan antara Program Kemahiran Bola Sepak Ken Barnes dan Akademi Bola Sepak NPNG serta MK Land FC di Sungai Buloh, semalam.

Turut hadir di majlis itu ialah pemilik MK Land FC yang juga Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Ketua Pegawai Operasi Program kemahiran Bola Sepak Ken Barnes, P. Subramaniam dan Pengerusi Eksekutif NPNG Sports Center, Ahmad Khalif Mustapha Kamal.

Pemain veteran, Shahrin Majid yang mewakili Negeri Sembilan musim lalu dan pemain Pulau Pinang, Ooi Hoe Guan merupakan antara pemain tempatan yang menyarung jersi MK Land musim ini.

MK Land mendapat sentuhan bekas pemain kebangsaan, Khan Hung Meng sebagai jurulatih musim ini yang dibantu oleh Michael Palani sebagai penolong jurulatih.
By gergasimerah
#35315
shahrin majid pi Mk Land..bestnya..
By angah316
#35330
jaafar pergi terengannu ..malangnya cooper test tak lepas..hasil dari sumebr yg dipercayai..malang betul nasib jaafar tapikan kalau dia potong rambut mesti lepas...
By bertalan_biskut
#35361
mk land kan kaya..camne takleh nak buat semua tu...hartanah jer dah bernilai berjuta2 bilion..selangor nih tak mewah camtu,harapkan kerajaan negeri je
By neoli78
#35553
bertalan_biskut wrote:mk land kan kaya..camne takleh nak buat semua tu...hartanah jer dah bernilai berjuta2 bilion..selangor nih tak mewah camtu,harapkan kerajaan negeri je

juta2 billion? tu dah kira lebih dari trillion tu...hehehe.....
ahak2 bila la korporat selangor yang kaya2 macam kota darul ehsan tu nak backing selangor? baru masyuk...
By poetye
#40486
Pencabar terkuat Selangor masa ni.. cuma ketinggalan 2 mata aje dari Selangor. Yang pasti, import dia org ni kira power jugak.. manjang score aje.
By neoli78
#42168
MK Land meletakkan sasaran berada pada kedudukan dua teratas Kumpulan A sebaik berakhirnya pusingan pertama saingan bola sepak Liga Perdana, 20 Mac ini.

Naib juara Kumpulan B Liga Perdana musim lalu, MK Land yang terikat 1-1 menentang TNB Kelantan, minggu lalu, tidak rela berputih mata lagi dengan cuba memastikan tiga mata dalam genggaman apabila menentang Kuala Lumpur di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Ahad ini.

Penolong jurulatih MK Land, Michael Palani berharap pemain sentiasa mengekalkan prestasi dan tidak mudah hilang mata untuk memastikan kedudukan mereka dalam liga sekarang tidak tergugat.

“Jika kita nilai daripada perlawanan lalu menentang TNB Kelantan, permainan banyak memihak kepada kita tetapi ketumpulan barisan penyudah menyaksikan kita gagal memungut tiga mata penuh.

“Kita harap dapat bertahan pada kedudukan dua teratas sehingga berakhirnya pusingan ketiga walaupun menerima tentangan daripada pasukan kuat seperti Selangor dan Kedah.

“Bermula dari sana barulah kita dapat mengintai peluang beraksi ke peringkat yang lebih jauh seperti Liga Super,” katanya.

MK Land akan menutup saingan pusingan pertama Liga Perdana menentang peneraju kumpulan A, Selangor, di Stadium Shah Alam.

Mereka kini menduduki tangga kedua kumpulan A, ketinggalan dua mata di belakang Selangor dan berada satu mata di depan Kuala Lumpur.
By xhensem jr & jr
#42177
hanya pasukan kite dan kedah aje yg berkemampuan utk menghalang hasrat MK Land... :o
By poetye
#42767
SELANGOR MK LAND 3
Miloslav Poth 45th, S. Paidiya Rau 49th, Marlon Alex James 89th

KUALA LUMPUR 2
Mohd Safee Sali 31st, Carlos Augusto 90th, pen


MKLand masih mengekori rapat Selangor dengan perbezaan 2 mata selepas mencapai kemenangan keatas KL.. game MKLand vs Selangor nnt akan menentukan samada perbezaan 2 mata ini akan bertambah jauh atau MKLand memintas Selangor. (mintak dijauhkan le..)
By xhensem jr & jr
#42856
pasukan kite wajib menewaskan MK Land pada perlawanan seterusnya bg menjarakkan lagi jurang mata...dan seterusnya menjuarai kumpulan dan akhirnya layak ke liga super,insyaallah........ :D
By Alpine2
#43481
MK LAND lwn Selangor FC hujung minggu nie.... kita kena turun ramai2 sebab nak kalahkan pencabar terdekat ni.... kalau betul ada jutawan dalam mk land ni nak belik Man Utd.... tu dah kira cita2 melampaui batas tu.... sebab MK LAND ni dikira adik beradik selangor juga tu.... heh!

Regards.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 7