[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - Page 5 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By nurhisham
#40842
Masa lwn PP tu sape lagi.. anak Pak Rashid
By alex_jingo
#41106
teruskan perjuanganmu MPPJ..... :lol:
By zf
#41220
masa game lwn melaka telekom haritu aku ade pegi tgk... itula 1st game mppj musim ni yg aku pegi... aku tgk player dia boleh tahan jugak, ade nama, mcm shahril, asmawi, ghani malek, khairil zainal, bruno, farid dewan dll... tapi memang kureng skit daripada musim lepas... bruno martelotto pun dah lain... x laju & selalu solo dan try mcm dulu...

haritu big dollah pun ade datang... otai mppj siap sound 'dollah, apehal masuk stdm ni mcm takut2 je' dollah salam otai tu sambil senyum2...

fuentes pun ade datang gak... dia datang dgn buddy... sambil2 tgk bola sempat jugakla aku jeling2 kat area fuentes duduk dgn geng2 argentinanya... sambil makan lollipop dia cium awek dia... hehehe... dpt tgk wayang free...
By poetye
#41252
tahniah pd MPPJ atas kemenangan ke 2 mereka malam tadi ke atas Sabah.. teruskanlah rentak kemenangan dalam MSL.
By poetye
#41253
Selangor MPPJ Berjaya Elak Tempat Tercorot Liga Super


PETALING JAYA, 5 Mac (Bernama) -- Bekas juara Piala Malaysia, Selangor MPPJ berjaya mengelakkan tangga tercorot bagi menamatkan pusingan pertama bola sepak Liga Super dengan kemenangan apabila Sabah menjadi mangsa mereka dengan keputusan 2-1 di Stadium Petaling Jaya, di sini Sabtu malam.

Kedua-dua gol jaringan penyerang import dari Argentina, Fabricio Franceschi pada minit ke-73 dan ke-84 membolehkan pasukan tuan rumah meraih kemenangan kedua mereka daripada tujuh perlawanan sekali gus mengelakkan tempat terakhir apabila mengutip tujuh mata hasil dua kali menang dan sekali seri.

Franceschi, yang menjaringkan satu gol ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas Pulau Pinang di gelanggang yang sama minggu lepas, mengulangi gaya gol itu dijaringkan dengan rembatan leret yang tertampan oleh seorang pemain pertahanan Sabah sebelum melepasi jangkauan penjaga gol veteran Khairul Azman Mohamad.

Pengadil Rashdi Hamat menghadiahkan sepakan percuma tidak langsung itu betul-betul di garisan kotak penalti apabila Khairul Azman dipersalahkan kerana mengasari penyerang import dari Argentina, Sebastian Manesterolo.

Franceschi terus menghukum kealpaan benteng lawan apabila beliau menjaringkan gol kedua enam minit sebelum wisel penamat dengan sepakan tepat ke penjuru kiri pintu gol lawan ekoran serangan bertali-arus pasukan tuan rumah.

Namun, pada babak pertama, Khairul Azman bertindak cemerlang dengan menggagalkan beberapa percubaan bahaya MPPJ terutamanya menerusi Manesterolo tiga minit sebelum babak itu berakhir.

Sabah lebih bergantung kepada penyerang dari Brazil, Julio Cesar Rodrigues yang merupakan penjaring terbanyak pasukan itu setakat ini dengan enam gol, namun pemain tinggi lampai itu gagal menyudahkan peluang apabila hanya berseorangan ketika jurulatih Sabah, Jose Garrido menggunakan format 4-5-1.

Sabah, yang menduduki tangga keenam liga, hampir di depan pada minit ke-67 namun penjaga gol MPPJ Faizal Rashid bertindak cemerlang meluru keluar untuk menggagalkan percubaan pemain gantian Rosdin Wasli yang patut dipersalahkan kerana lembab.

Usaha Sabah untuk menjaringkan gol berjaya juga akhirnya apabila pemain gantian Zaykiel Leong menanduk masuk pada minit kecederaan ekoran pergelutan di depan pintu gol lawan.

-- BERNAMA
By firdaus
#41256
poetye wrote:Sabah, yang menduduki tangga keenam liga, hampir di depan pada minit ke-67 namun penjaga gol MPPJ Faizal Rashid bertindak cemerlang meluru keluar untuk menggagalkan percubaan pemain gantian Rosdin Wasli yang patut dipersalahkan kerana lembab.

uikkksssss...siapakah gerangan penjaga gawang yg cemerlang ini ???? bukankah dia juga ahli kelab penangkap puyu?? bagus bagussss..dah ada peningkatan
By scarface
#41370
tahniah..! berikan cabaran penuh..! bartahan sampai akhir..! biar tersingkir pasukan negeri.. kekalkan kecermerlangan pasukan berstatus kelab pertama memenangi PM.. tggu pasukan "abang" tahun depan.. insya'allah..
By team_modenas
#41419
Tahniah MPPJ.Tak sia-sia aku pegi hari tu.Sekarang dah ada dua team Selangor dlm liga super.So mantain.Tahun depan harapan cerah Selangor masuk.Kalau ada rezeki pulak PKNS masuk dah jadi 4.Biar liga super jadi liga Selangor.Bagi team lain jeles.Cuma aku harapkan satulah dari Persatuan bolasepak Selangor ni supaya jadikan team-team kelab dari Selangor ni tempat untuk melahirkan lebih banyak anak-anak Selangor ni mengasah bakat.Utamakan anak Selangor untuk bermain.Kalau dah bagus baru main untuk Selangor.Pada pendapat aku sekarang kurang anak Selangor yang jadi bintang Malaysia.Gunakan kelebihan yang ada pada kelab-kelab kita untuk melahirkan lebih banyak anak Selangor yang berkaliber dalam bolasepak.............dari aku anak Petaling Jaya SELANGOR.
By belanda
#41575
woi ZF....!
ko cam tade signature gambar lain ke??
kau buat aku gelak guling2 la...

mati2 mula2 tu aku ingat kan signature MONA ke, Arwein star ke...

wahahahahah... adus kua buat LAWAK ANTARABANGSA LA....

jangan marah ha... sebab signature tu tak kena dgn ko la....
By zf
#41675
wahahaha... itula taktik nak mengelirukan orang... hahaha... saje je nak test sambil amik hati awek2 kat sini... hehehe.... ok aku dah tukar... jgn konpius... bukan mona or awen ok...
By poetye
#42368
esok

MPPJ vs PAHANG

Std MPPJ

game balas dendam kekalahan 2-3 dipusingan pertama tempohari.. lebih2 lagi dikala Pahang tengah bersedih atas kekalahan tenpohari dalam Piala AFC.. MPPJ perlu mengambil peluang ni untuk mengutip 3 mata berharga untuk terus menyaingi pasukan lain dicarta liga MSL.
By mehmet2020
#42393
MSL: Reduan tagih sentuhan kembar

Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my

SENTUHAN berbisa dari penyerang kembar menjadi sandaran MPPJ apabila menanti kunjungan Pahang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Sabtu ini.

Jentera serangan yang dibarisi dua pemain import, Sebastian Manestrolo dan Fabricio Rene yang menjaringkan enam gol setakat ini amat ditagih pasukan Lembah Klang itu bagi meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih MPPJ, Reduan Abdullah, berkata sentuhan kedua-dua penyerang import itu amat diharapkan bagi memastikan impian pasukan bergelar Black Widow itu mendakap takhta Liga Super menjadi kenyataan.

“Kita berharap supaya kedua-dua penyerang ini terus memberi sumbangan kepada pasukan untuk mencatat kemenangan kali ketiga selepas dua kemenangan yang dicapai setakat ini,” katanya.

Dalam tujuh perlawanan yang dilalui dalam pusingan pertama Liga Super, MPPJ hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan empat kekalahan untuk mengutip tujuh mata dan berada di kedudukan keenam liga mengatasi Sabah dan Public Bank.

Bagaimanapun, Reduan berkata, kedudukan MPPJ belum selesa berikutan mata yang dikutip sama dengan dua pasukan berkenaan.

“Berikutan itu, dua kemenangan berturut-turut yang dicatat sebelum ini amat bermakna bagi menyuntik semangat di kalangan pemain,” katanya.

Katanya, MPPJ kembali bernafas lega apabila dua pertahanan mantap iaitu Faizal Zainal dan Ghani Malik dapat diturunkan dalam perlawanan Sabtu ini.

“Ini adalah berita baik yang kami terima kerana kami perlu memastikan benteng yang mantap apabila menentang Pahang nanti,” katanya.

Beliau berkata, kekalahan 2-3 kepada Pahang dalam perlawanan pusingan pertama lalu perlu dilupakan, sebaliknya fokus harus ditumpukan untuk mencatat kemenangan kali ini.

“Dalam perlawanan pertama dulu, kealpaan benteng pertahanan menyebabkan kita tewas meskipun kita berjaya mengikat Pahang 2-2 pada satu ketika.

“Hanya jaringan lewat pemain Pahang memusnahkan harapan kita untuk mengutip mata berharga itu,” katanya.

Reduan berkata, benteng pertahanan diharap dapat mengekang jentera serangan Pahang yang diketuai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Indra Putra Mahyuddin.

“Pahang memang mempunyai penyerang yang bagus dan kerana itu kami perlu bersedia untuk menyekat mereka dari menjaringkan gol.

“Untuk perlawanan ini, kami akan mengamalkan permainan secara taktikal dengan semua bahagian perlu bermain sebagai satu pasukan,” katanya
By firdaus
#44027
PERLIS 2
Owen Nwendebai 20th, Zainuddin Ariffin 80th

MPPJ SELANGOR 0
By poetye
#44030
defend MPPJ mmg hancus.. senang2 je striker Perlis beat dia org.. tapi nasib baik le finishing dia org ni kureng sket.. kalau tak.. masa first half je mau gak MPPJ kena 3 bijik..

bahagian serangan pun macam takde persefahaman je.. dapat bola terus passing ntah kemana2.. apsal Martelotto ngan Farid Dewan tak main ha..??
  • 1
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 52