[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PKNS Selangor - Page 2 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By Max_07s
#37376
he is malaysian..u know malaysia has many races like malay, chinese n others. But in malay, there are malay, java, bugis, and minang. All these peoples in Malay race.

for u r info, the girl in my sig is not malaysian girl, she's french singer. Her name is Alizee.
By firdaus
#38007
Chmelo, Rudie senjata ampuh PKNS Selangor

PKNS Selangor tidak mahu memandang jauh apabila menanti kunjungan PDRM pada perlawanan kedua saingan Liga Perdana di Stadium MPPJ, malam ini.

Juara Piala FAM 2003 itu dijangka menghadapi kebangkitan skuad bimbingan Mohd Dali Wahid yang dahagakan kemenangan selepas tewas 0-2 kepada Ganu minggu lalu.

Dengan kehadiran Roman Chmelo dan bekas penggempur Selangor, Rudie Ramli, PKNS memiliki ketajaman diperlukan untuk mendapatkan jaringan.

PKNS memberi tumpuan untuk mendapatkan jaringan gol sebaik mungkin walaupun mendapat peluang yang minima.
Tidak semestinya jaringan terlalu banyak tetap cukup untuk mengutip tiga mata penuh sebelum menghadapi Perak Jenderata di tempat lawan, kata jurulatih Ismail Ibrahim, semalam.

Rekod pertemuan membabitkan dua skuad berstatus kelab itu seimbang dalam tiga perlawanan musim lalu dengan satu menang, seri sekali dan kalah sekali.

Kapten, Abdullah Sani Yusof mahu tiga mata penuh untuk meningkatkan keyakinan skuad PKNS bagi mengharungi perlawanan peringkat awal.

Apapun, ia bukan mudah walaupun menentang skuad kelab kerana apa sahaja boleh berlaku. Skuad yang menjaringkan gol dan bertahan dengan baik akan jadi pemenang.

PKNS mengharapkan gerakan kreatif beberapa pemain seperti M Arun Kumar, Azrine Boy Effendy dan Mohd Nafuzi Mahamad Zain untuk merobek benteng lawan.

Selain itu, dua pemain import Croatia iaitu penyerang, Josco Parac dan bek kental, Igor Tolic mempamer aksi menyakinkan pada perlawanan sebelum ini.

PKNS bakal menurunkan skuad yang sama ketika mencatat keputusan seri 1-1 menentang Sarawak di Kuching, minggu lalu.
By Rizal
#38106
azman_sa wrote:Tahniah PKNS kerana dapat membelasah PDRM 5-0. Teruskan perjuanganmu untuk KELAB SELANGOR.



Player yang korang kutuk tu pun score 2 bijik gak. sape lagi kalau bukan rudie ramli.he he he
By neoli78
#38403
satu ke dua? bukan satu ke?
By miminurain
#39541
mgu lepas aku ader naik gunung tahan...kat sana terserempak ngan bebudak bola pkns ( katanya lah ) aku tak kompom sangat...coz aku tak berapa kenal ngan dorang ni....ader saper2 tau tak pasal ni... saje je tanya...tak cakap pun takpe ( ayat skema jek ) hehehe
By xhensem jr & jr
#43049
aku rasa faktor kekalahan PKNS baru2 ni adalah disebabkan kesilapan penjaga gol,zuraimi hassan,aku rasa prestasi die ni mmg teruk,x meningkat langsung prestasi die.
By alex_jingo
#44010
zuraimi hassan berat bontot........ :lol:
By Karat
#47386
Saper tahu Jadual Perlawanan Persahabatan PKNS
By poetye
#48653
SHAH ALAM, 24 April (Bernama) -- Hujan lebat sebelum bermulanya perlawanan terbukti membawa tuah kepada Selangor PKNS apabila mereka berjaya menewaskan Polis 4-2 dalam perlawanan Kumpulan B Liga Premier di Stadium UiTM di sini Ahad.

Kemenangan itu adalah yang kelima berturut-turut bagi PKNS yang mengekori pendahulu Kumpulan B Terengganu dengan enam mata. Terengganu kini dengan 22 mata manakala PKNS 16.

Walaupun hujan lebat, sistem perparitan yang baik di Stadium UiTM menyaksikan padang berada dalam keadaan baik untuk perlawanan itu dan Polis melakukan jaringan awal pada minit ke-34 menerusi Norsyazwan Mohd Nor.

Bagaimanapun, dua minit kemudian PKNS menyamakan kedudukan apabila Rudie Ramli menjaringkan gol pertama daripada dua gol dalam perlawanan itu. Beliau menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-70. Pada minit ke-44, PKNS mendahului menerusi jaringan Muhammad Sofizal Sokhini.

Selepas waktu rehat, pasukan polis menyamakan kedudukan menerusi Mohd Saiful Rusli pada minit ke-54 tetapi jaringan itu hanya membuatkan PKNS melipatgandakan usaha mereka dan melakukan dua lagi jaringan.

Selepas jaringan Rudie pada minit ke-70 untuk mendahului, Roman Chmelo menjadikan kedudukan 4-2 dari kotak penalti selepas pemain gantian Mohizam Shah Dawood Shah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol Polis Wan Mohamed Wan Hassan pada minit ke-78.

*************************************************************

Yang menarik dalam berita ni :
1. Sistem perparitan stadium UiTM lebih bagus dari stadium Shah Alam.
2. Rudie Ramli tak miss pulak score masa kt PKNS ni.. masa ngan Selangor, main macam hampeh.
By MATSPANAR
#52676
Rudie Ramlie dah INSAF!!!!!!! he he
By firdaus
#53086
pkns layak ke pusingan kedua piala fa..menang 5-1..agg 8-3 kalahkan johor punya pasir gudang
By MeTaL CuTe
#53444
Nie aku copy Harian Metro 26/05/2005

Bicara: Ismail mahu julang PKNS


BEKAS pemain bek kental yang menyerlah dengan pasukan Johor dan Selangor antara pertengahan 1980-an hingga pertengahan 90-an ini begitu dikenali kerana bakat kepimpinan dimilikinya. Kecenderungannya ialah bermain bola sepak kreatif serta taktikal ketika mengekang asakan penyerang lawan di bahagian belakang pada zamannya.

Selepas setahun bersama Selangor musim lalu, beliau kembali mencurah khidmat kepada PKNS kerana mahu setanding dengan pasukan Liga Premier lain.

Selepas bergelumang dengan bolasepak selama lebih 25 tahun, pemain yang terkenal dengan sikap tenang ini mempunyai pelbagai pengalaman suka-duka diraih ketika menjadi pemain, kapten kesebelasan utama dan kini bergelar jurulatih selama lapan tahun. Ikuti temubual wartawan Arena Metro, ESME JOHARI WAHAB selepas selesai sesi latihan malam skuad itu di Padang PKNS, Kelana Jaya, kelmarin.

“TIADA beza membimbing pasukan bola sepak negeri, kelab atau pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana realiti bola tetap bulat. Yang kurang ialah ‘bulat pandangan’ atau kemahuan yang tidak jelas hingga menyebabkan imej membimbing pasukan tidak seperti imej teropong iaitu bulat. Selaku jurulatih, tugas saya bukan sekadar melatih tetapi mesti realistik dengan pemilihan pemain bagi mencapainya.

Melalui pengalaman saya, senario pasukan tempatan memerlukan adunan keseimbangan pemain tempatan dan import supaya kita tidak melihat ‘kemahiran’ bola sepak kita dieksploitasi pemain asing. Tahap kecergasan pemain kita bagus dan mungkin ada lebih hebat berbanding pemain luar.

Apa yang tidak cukup ialah kemahiran, keupayaan memegang bola dengan lama (possession) dan ketajaman deria bagi menutup, membuka dan mencipta ruang dengan cepat secara taktikal yang jarang dipelajari di peringkat rendah.

Pemain sekarang sepatutnya memiliki teknik lebih baik kerana saya dulu berlatih ‘ala-kampung’ atau hentam saja kerana yang penting menang. Zaman sudah berubah, teknik dan taktikal mampu menjadikan ia menarik. Ia turut meningkatkan tahap kematangan semua pihak terbabit dalam bolasepak.

Saya gembira membimbing PKNS kerana pasukan ini saya anggap adik kepada skuad Selangor. Usaha ini berbaloi kerana pasukan kerdil ini meraih gelaran juara Piala FAM dua tahun lalu. Sehingga sekarang pun, pasukan yang dianggap ‘kuda hitam’ ini mampu menyerlah jika mendapat panduan betul mengenai permainan bolasepak.

PKNS masih mengekalkan beberapa pemain teras skuad ini terutamanya kapten, Abdullah Sani Yusoff dan penyerang, Sairolizam Siedin yang menjadi nadi membawa cabaran pasukan dalam Liga Premier musim ini. Saya lihat mereka gembira menjalani latihan harian dijalani malah mampu berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan liga atau Piala FA.

Matlamat utama ialah membawa PKNS naik ke Liga Super musim depan. Perkara kedua ialah mengubah mentaliti pemain agar menjadi pemain bola sepak yang berfikir. Ketiga, pemain mesti mampu memasarkan diri sendiri bagi membolehkan mereka meningkat ke tahap lebih tinggi demi kemajuan bola sepak tempatan.

Negara kita tidak memiliki ejen memperkenal atau memasarkan pemain dengan meletakkan taraf mereka pada tahap tertentu dalam urusan jual-beli pemain. Jadi, mereka sendiri mesti membuktikan kemampuan mereka. Semuanya bergantung kepada mereka. Mereka hanya berlatih menajamkan kemahiran pada peringkat sekarang.

Saingan pusingan ketiga bermula 12 Jun menjadi penentu kerana PKNS perlu lebih berwaspada dan serius dengan setiap perlawanan kerana perlu menang semua perlawanan dilalui. Walaupun menduduki tempat ketiga pada peringkat kumpulan, PKNS memiliki jaringan terbanyak kumpulan B.

Fakta ini tidak cukup walaupun sudah mencapainya. Pencapaian PKNS pada dua pusingan awal menunjukkan peningkatan kerana fasa kedua kami menang lima perlawanan dan kalah dua kali sahaja.

Tekanan permainan mesti ada tetapi dalam bentuk lain iaitu ‘seronok bermain bola sepak’. PKNS cuba bermain bola sepak menarik dan konsisten pada semua bahagian walaupun tidak memiliki pemain bintang. Bagi saya, semua pemain saya ialah bintang dalam acuan mereka tersendiri dan bintang mereka sentiasa cerah jika mereka bermain dengan sepenuh hati dan mencatat kemenangan.

Seperkara lagi ialah saya tidak mengamalkan pemain satu posisi tetapi mampu bergerak ke mana-mana dan boleh diserapkan pada bahagian tertentu jika keadaan perlawanan bertukar rentak. Saya juga tidak bimbang jika ada pemain cedera kerana skuad ini mempunyai pelapis yang sedia memberikan aksi terbaik.

Selain itu, saya juga berpendapat kualiti pengadilan tempatan perlu sesuai dengan perkembangan bola sepak bagi mengatasi kontroversi pemain atau pengurusan.”
By simistri
#53983
Pagi tadik kat topik pagi era membicarakan pasal Impian yang menjadi Kenyataan.

So..sorang nie bernama Rumi Ramli menyatakan impiannya untuk melihat adiknya bermain bola sepak mewakili Malaysia telah tercapai, dia dah didik adik dia nie main bola sejak umur tujuh tahun. Nama adik dia ialah Rudie Ramli.
By roughfee89
#54087
MeTaL wrote:Pagi tadik kat topik pagi era membicarakan pasal Impian yang menjadi Kenyataan.

So..sorang nie bernama Rumi Ramli menyatakan impiannya untuk melihat adiknya bermain bola sepak mewakili Malaysia telah tercapai, dia dah didik adik dia nie main bola sejak umur tujuh tahun. Nama adik dia ialah Rudie Ramli.


ya ker. tak perasan la plak aku pg tadi. mungkin ms tu aku dah psg kaset kot. boring dengar topik pg td
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 30