[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PKNS Selangor - Page 3 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By alex
#54471
mlm tadi tengok....mmmmmmmmm macam tu jugak gaye permainan si rudie tu....

cume agak rajin skit dari dulu....

anyway good luck rudie....
By simistri
#55829
Tahniah lah buat PKNS, walaupun tak layak ke Liga Super, namun dapat mengalahkan Negeri Sembilan di Paroi malam tadik.
By misai11
#57070
Datuk Raja Ahmad said that the committee has also suggested that teams which will be taking part in the Malaysia Cup but who does not have a stadium of their own will be asked to play at venues of a more permanent nature.

Towards that, Public Bank Selangor has been asked to play at the Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos in Larkin and PKNS Selangor at the Stadium Hang Jebat in Melaka.


kena tuka nama...PKNS MELAKA...haha
By alex
#58339
klu macam tu kene tukar jadi PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA......

WAKAKAKAKAKAKAKA.....
By IFEELTHEFEVER
#58373
misai117 wrote:
Datuk Raja Ahmad said that the committee has also suggested that teams which will be taking part in the Malaysia Cup but who does not have a stadium of their own will be asked to play at venues of a more permanent nature.

Towards that, Public Bank Selangor has been asked to play at the Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos in Larkin and PKNS Selangor at the Stadium Hang Jebat in Melaka.


kena tuka nama...PKNS MELAKA...haha


:lol: macam macam hal la RAZ nih!
By mariusz
#58438
Bukan ke SELANGOR ni byk stadium.Shah alam,Selayang,Uitm,PJ,KAJANG pun ada. :D
By firdaus
#58510
shah alam home ground utk Selangor
selayang utk mkland
pj (kalau stdm kelana jaya maksud kau tu) utk MPPJ
Uitm dan Kajang tksesuai utk game peringkat PM dr segi keselamatan dan kemudahan
By alex
#58941
firdaus wrote:
Uitm dan Kajang tksesuai utk game peringkat PM dr segi keselamatan dan kemudahan


tapi otai.....ko ingat tak itu hari 2nd round FA CUP..P**** vs MPSJ...dierang main kat STDM SUBANG JAYA jer.........klu nak ikutkan kat situ lagi kureng.........

amacam otai
By neoli78
#59027
pendapat aku...
ini game Piala Malaysia, jadi diorang nak jaga prestij, sebab pasukan yang main dalam PM pun semuanya reputasi tinggi. jadi, FAM nak semua pasukan gunakan stadium yang tertutup, i.e. kenakan bayaran tiket masuk.
pasukan dari piala FAM takde main dalam PM. sebab tu kelantan takleh masuk PM, tak kira la dia bagus tahap cipan mengamuk pun...
kenapa kita tak buat macam Piala Maharaja di Jepun ye? ada team universiti pun bole masuk...
By firdaus
#59069
alex wrote:
firdaus wrote:
Uitm dan Kajang tksesuai utk game peringkat PM dr segi keselamatan dan kemudahan


tapi otai.....ko ingat tak itu hari 2nd round FA CUP..P**** vs MPSJ...dierang main kat STDM SUBANG JAYA jer.........klu nak ikutkan kat situ lagi kureng.........

amacam otai
bila MPSJ layak main FA Cup MPSJ dah submit stdm tu jd home venue dan FAM luluskan
By firdaus
#62040
Game pertama Piala Malaysia 2005

TERENGGANU 4
Helton Soares 6th, pen, Norizam Ali Hassam 11th, 62nd, Dos Santos 68th
PKNS SELANGOR 1
Roman Chmelo 41st
By RED BIMASAKTI
#62048
firdaus wrote:Game pertama Piala Malaysia 2005

TERENGGANU 4
Helton Soares 6th, pen, Norizam Ali Hassam 11th, 62nd, Dos Santos 68th
PKNS SELANGOR 1
Roman Chmelo 41st



Ermmm.......apa nak buat dah nasib badan. Cuba lagi pada game yang seterusnya.
By DARAH SATRIA
#62487
PKNS nie jadi pasukan underdog jer dalam kumpulan A PM... maybe mereka takde nasib ar terlalu lama berehat... tapi aku harap PKNS dapat bangkit semula meneruskan perjuangan...
By simistri
#67122
PKNS kena menang dengan Perlis dalam perlawanan terakhir untuk merebut tempat ke suku akhir. Terengganu dah layak..tinggal perebutan 2 pasukan ini. Harap-harap PKNS mampu mengalahkan Perlis.
By simistri
#67305
PKNS mampu buat Perlis gigit jari
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

PELUANG pasukan berstatus kelab, PKNS Selangor melakar sejarah tersendiri melangkah ke suku akhir Piala Malaysia berhadapan juara bertahan, Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar malam esok tidak boleh dinafikan.

Tidak mustahil jika barisan pemain kendalian, Ismail Ibrahim bakal menyambut Hari Kemerdekaan Ke-48 dengan noktah ceria. Sekali gus menambah derita Singa Utara yang masih terluka menerusi dua kekalahan kepada Terengganu.

Menurut Ismail, pemain tahu bertapa penting peranan dan tanggungjawab masing-masing. Malah sebagai pasukan kelab, sudah menjadi harapan pihaknya untuk mencipta kejutan dalam merebut Piala berprestij musim ini.

“Laluan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan ini sudah ada. Malah pemain perlu berusaha lebih gigih untuk berada pada landasan tersebut.

“Kami bolos dengan jaringan yang agak besar berbanding lawan jadi kami perlu menang untuk memastikan kedudukan automatik ke suku akhir,” katanya.

Ketiadaan Roman (Chmelo) yang digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning manakala Rudie Ramli yang menyertai Kejohanan Pra Sukan Sea bersama skuad 23 kebangsaan sedikit menjejaskan persiapan skuad Semut Api itu.

Kini tugas penggempur terletak di bahu penyerang import dari Slovakia, Andrew Gasparic serta Eyenga Oboma Joseph Anicet dari Cameroon. Manakala Nafuzi Zain mengantikan tempat Rudie di bahagian sayap.

Sambil mengakui kekuatan juara Liga Super 2005 itu terletak pada dua penyerang kembar, Phillemon Chipeta dan Zacharia Simukonda serta dibantu oleh pengalaman jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim.

Pertembungan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan PKNS tewas 0-1 menerusi jaringan Chipeta. Walaupun mencipta gerakan berbahaya namun ketumpulan barisan serangan turut menghampakan.

Bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu, berharap pemain dapat menunjukkan corak permainan cemerlang menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 ketika layak ke suku akhir Piala FA, Jun lalu.

“Memang kita akui tekanan daripada penyokong lawan mampu menjejaskan rentak permainan kami. Sebaliknya, pemain perlu menyerap tekanan di gelanggang lawan dan lebih fokus pada perlawanan itu,” katanya.

p/s: Buktikan yang mereka boleh,mengalahkan Perlis. Dalam piala FA, Kedah dah jadik mangsa, dan tunjukkan kepada satu lagik team utara yang nkorang mampu mengalahkan mereka
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 30