[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PKNS Selangor - Page 4 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By Rizal
#77218
PKNS mula uji pemain

Pengurus untuk pasukan yang kini dikenali sebagai PKNS FC itu, mula menguji 10 pemain dari beberapa pasukan negeri dan kelab untuk diserapkan dalam skuad 25 pemain bagi musim baru.

“Sehingga kini, kami masih mencari dua pemain import baru. Kami masih mengekalkan penyerang tengah Slovakia, Roman Chmelo dan bek kental Croatia, Igor Tolic.
“Antara pemain yang menjalani ujian bersama PKNS ialah dari Pahang (3), MPPJ (1), Polis Diraja Malaysia (1), Perlis (1), Public Bank (1), MK Land (1), Terengganu (1), Telekom Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1),” katanya selepas PKNS menewaskan pasukan bakal beraksi dalam Piala Bardhan, Putrajaya Indians, 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim di padang PKNS, kelmarin.

PKNS akan mengharungi perlawanan persahabatan kedua menentang naib juara Liga Perdana 2005, Negeri Sembilan di Stadium Paroi, esok.

Azmi berkata: ”Kami masih belum memberi kata putus atau memberikan senarai lengkap pemain musim depan kerana mereka masih perlu melalui ujian dan latihan penuh mulai minggu depan.

“Saya dan jurulatih, Ismail Ibrahim akan mengadakan perbincangan lanjut untuk menggugur atau memilih pemain yang menepati kriteria dimahukan,” katanya.

Dua pemain import musim lalu, Andreas Gasparik dan Slaven Bukal digugurkan.
By Alex.
#77956
ape citer ngan team semut merah nie...senyap jerk...aku rase Rusdi Suparman akan kembali kat team nie....jgn salah sangke plak itu hanye firasat aku setelah beliau digugurkan dari team TMELAKA.....
By ortega
#77997
Kapten PKNS tahun lepas main defend dah start training ngan Terengganu..apa ntah nama dia
By spritzer
#78041
nizam pun attend trial dgn pkns. apa cerita ntah
By leader
#78190
nizam jamil ke?
By mehmet2020
#78726
Memandangkan hanya satu jer wakil dari SELANGOR dalam Liga Premier 2005/2006 kerana penarikan diri 2 kelab dari SELANGOR iaitu Public Bank & MK Land, jadi buat semua warga SFC, jom kita sama2 menyokong SELANGOR PKNS. :D
By Alex.
#78759
btulla....aku rase dah sampai masenye kite juga menyokong pasukan PKNS nie....maksud aku klu TEAM SELANGOR pergi main away yg agak jauh bagi sesetengah forumer utk pergi.....klu yg dekat2 tu pergila....

mungkin team nie tidak akan jadi seperti 2 team kelab sebelum nie.....
By deeno
#78778
Pihak supporter sedang berunding dgn pengurusan PKNS FC utk memberi sokongan moral kepada pasukan ini.....Ia berikutan penarikan diri 2 kelab dr Selangor ......Jika berjaya mendpat kepercayaan pihak Pengurusan PKNS FC...Geng2 supporter aku akan membantu Kelab Penyokong PKNS yg sedia ada dr segi sokongan....klu korang nak join nanti bole lah ikut aku....semua kos d tanggung beres....
By Alex.
#78788
bior btul bro..klu cam tu aku nak gak join....dpt tshirt yg merah tu pun dah kire wokey...
By 1212
#78837
Alex. wrote:bior btul bro..klu cam tu aku nak gak join....dpt tshirt yg merah tu pun dah kire wokey...

pantang sangat perkataan di tanggung beres....terus nak t shirt..hehehehheehhehehehehehe jangan mare gurau ajer :lol:
By merah padam
#78846
insyaAllah kalau game melibatkan PKNS aku akan pegi.....berbalik mcm yg penah aku buat utk MPPJ dulu....takde game ape nak tgk....terus tgk mppj main...mase tu premier 2...so mungkin aku nak buat balik...n sekali lg kalau ari Ahad tak tau nak buat ape....tapi jgn salah sangka...aku pegi tgk bukan nak dpt ape2...habuk pun tarak...
By deeno
#78924
siap bgtau tak dapat aper2....habuk pun tarak...hehehheh...yg penting sokong bola tengok bola minum air coke vanila... :lol:
By xhensem jr & jr
#79863
ahmad shahruddin rosdi x pahang telah kembali mewarnai liga perdana tahun ni dgn mencuba mendapatkan tempat bersama pkns.. :D
wah! ok la.. :D
mamat ni pon sedap gak die main sblm cedera.. :D
kreatif... :D
By firdaus
#79921
xhensem jr & jr wrote:ahmad shahruddin rosdi x pahang telah kembali mewarnai liga perdana tahun ni dgn mencuba mendapatkan tempat bersama pkns.. :D
wah! ok la.. :D
mamat ni pon sedap gak die main sblm cedera.. :D
kreatif... :D


BEKAS pemain tengah kebangsaan, Ahmad Shaharuddin Rosdi yang mengambil keputusan berehat sepanjang musim 2005, bertekad membantu pasukan barunya PKNS Selangor meraih kejayaan lebih bermakna dalam saingan Liga Perdana 2005/2006.

Pengalaman luas yang dimiliki pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu sebagai pemain kebangsaan dan Pahang dari 1995 hingga 2003 diharap mengubah penampilan pertamanya bersama PKNS.

Shaharuddin, 30, berkata dia kini sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memburu gelaran pertamanya walaupun berehat setahun.

“Sebenarnya, saya bukannya bersara terus daripada bola sepak tetapi menyelesaikan masalah peribadi dan kini dapat menumpukan 100 peratus terhadap kerjaya bola sepak.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana tempoh rehat panjang tidak bermakna kecergasan saya menurun kerana saya turut menjalani latihan kecergasan sepanjang tempoh itu,” katanya semalam.

Kali terakhir Shaharuddin beraksi dalam Liga Malaysia adalah ketika menyarung jersi kelab Pahang, Kesura FC pada musim 2004 dan mewakili Pahang dari 1995 hingga 2003.

Mengenai kontrak bersama PKNS Selangor, Shaharuddin yang sudah menjalani latihan sejak minggu lalu di bawah jurulatih Ismail Ibrahim, yakin menurunkan tandatangannya dalam tempoh terdekat ini.
By leader
#80194
:lol: sama klu ada game dorang aku cuba hadirkan diri
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 30