[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PKNS Selangor - Page 5 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By mehmet2020
#80286
Harap2 pasukan PKNS dapat masuk ke MSL 2006/2007 dan seterusnya menjadi JUARA LIGA PREMIER 2005/2006. VIVA PKNS!!!!!
By mehmet2020
#80287
Insya-Allah, kalo ada melibatkan game PKNS kat home, aku akan pergi kat stadium MPPJ. Lagipun, stadium tuh dekat jer dgn rumah aku, hehehe.... :D
By Alex.
#80671
aku harap team nie akan lebih mencabar seterusnya jadi johan kumpulan utk layak ke LIGA SUPER 07.........dgn kemasukan x pahang 2 mungkin dpt merealisasikan impian pasukan semut merah.....
By mehmet2020
#80754
OFF TOPIC JAP :-

Ada saper2 tahu bila tarikh dan tempat utk undian bagi kumpulan Liga Premier 2005/2006 & Liga Super 2005/2006 dijalankan? :)
By firdaus
#80760
dah beberapa kali rasanya dihantar posting yg memaklumkan tarikh ni..apapun pengundian adalah pada Ahad ni..13/11/05 kt Wisma FAM Kelana Jaya..time tksure
By mehmet2020
#80770
firdaus wrote:dah beberapa kali rasanya dihantar posting yg memaklumkan tarikh ni..apapun pengundian adalah pada Ahad ni..13/11/05 kt Wisma FAM Kelana Jaya..time tksure


Soriler firdaus,....anything, thanks for your info. :wink:
By mehmet2020
#81557
Game pertama melibatkan SEL.PKNS utk Liga Premier 2005/2006

SEL. PKNS vs POLIS

Tarikh : 4/12/2005 (Ahad)

Masa : 8.45 p.m

Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya



BUAT WARGA SFC, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN SELANGOR PKNS!!!!!!
[/b
][b]
Last edited by mehmet2020 on Sat 19 Nov, 2005 11:18 pm, edited 1 time in total.
By azharfcsum
#81582
tiket bape inggit klu main std mppj?
hari sabtu layan selangor ahad layan pkns selangor
pergh..mintak2 game liga malaysia nih besh2 ler.
By Alex.
#81599
biase le bang..RM10.......
By Alex.
#81679
Bagi jurulatih PKNS Selangor, Ismail Ibrahim pula, dia mahukan barisan pemainnya tidak mensia-siakan perlawanan awal itu bagi mengelakkan episod sama musim ini.

“Saya mahukan supaya pemain ‘cepat panas’ kerana musim ini, kami lambat mencatat kemenangan hingga membantutkan hasrat layak ke Liga Super.

“Berikutan itu, bagi memastikan musim depan hasrat itu menjadi realiti, kami mengadakan banyak perlawanan persahabatan bagi memastikan pemain terus mempamerkan prestasi terbaik masing-masing dalam setiap perlawanan musim depan,” katanya.
By Alex.
#83074
“Berdasarkan perlawanan persahabatan dengan PKNS yang berkesudahan skuad Kijang tewas 0-2 di Kota Bharu, malam tadi (kelmarin), kita melihat kepincangan masih ketara terutama kurang kemantapan di posisi tengah dan serangan.

bleh tahan gak PKNS nie.....
By mehmet2020
#83120
Hmmm....macam ni SEL.PKNS bakal menggegar LIGA PREMIER 2005 kumpulan B. Perlu diingat, MELAKA & JOHOR FC adalah saingan utama SEL.PKNS. Apapun, semoga maju jaya buat team Abg Mail. :D
By xhensem jr & jr
#84378
confirm nizam jamil join pkns... :)
sumber paper utusan 24/11/2005.. :)
By simistri
#84385
RM4 juta untuk skuad Selangor PKNS
Oleh A. Jailani Abdullah

PETALING JAYA - Selangor PKNS menuntut pulangan setimpal, menang piala dan layak ke Liga Super daripada pemain pasukan itu selepas mengumumkan peruntukan lebih RM4 juta untuk perbelanjaan mereka bagi musim 2005-2006, semalam.

Dengan wang begitu banyak dalam poket mereka, Selangor PKNS adalah antara pasukan yang mempunyai peruntukan paling besar, termasuk daripada kalangan pasukan Liga Super untuk musim baru.

Liga Perdana akan bermula pada 3 Disember ini, sehari lebih awal daripada kempen Liga Super. PKNS akan memulakan aksi mereka dengan menentang Polis di Stadium Petaling Jaya.

``Dengan peruntukan sebegini besar, pasukan ini perlu memberi hasil yang sewajarnya,'' kata Pengerusi Kelab PKNS FC, Alias Abu Bakar.

Dana sebesar itu, kata Alias, bagi memastikan pasukan itu tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan wang agar matlamatnya memasuki kelompok elit Liga Super bagi musim 2006-2007 tidak terganggu.

PKNS telah membuat rombakan besar-besaran bagi menyahut cabaran itu dengan tidak menyambung kontrak 11 pemain.

``Bagaimanapun, pemain-pemain yang merupakan tunjang pasukan dikekalkan bagi membimbing rakan-rakan baru mereka, yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain muda,'' kata pengurus pasukan Azmi Adnan.

Hampir kesemua 10 pemain baru PKNS berusia di bawah 25 tahun. Hanya penjaga gol berpengalaman Othman Katmon berusia 35 tahun.

Dua pemain pertahanan Md Hasmarul Fadzir Hassan dan Md. Kamarul Afiq Kamaruddin, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, berusia 19 tahun. Mereka akan membantu pemain berpengalaman, Mohd. Nidzam Jamil yang merupakan pemain bek tengah.

``Rombakan besar dilakukan kerana kami mendapati pemain-pemain simpanan tahun lepas mempunyai jurang permainan yang agak besar dengan pemain-pemain pilihan utama. Ia membuatkan kami sukar untuk mengekalkan permainan bermutu apabila menghadapi masalah kecederaan atau penggantungan pemain-pemain utama... kami memerlukan pemain-pemain yang hampir setanding,'' jelas Azmi.

Mengenai peluang PKNS, Azmi berkata mereka melihat matlamat untuk memasuki Liga Super begitu cerah berdasarkan undian pasukan.

PKNS berada dalam Kumpulan B Liga Perdana bersama Terengganu, Johor FC, Perak UPB (dahulu Perak Jenderata), Johor, Sarawak, Melaka dan Shahzan Muda.

Kelab Lembah Klang itu mengekalkan tiga pemain import musim lepas iaitu pemain midfield Roman Chmelo dari Slovakia serta dua pemain dari Croatia, pertahanan Igor Tolic dan penyerang Daniel Kovacevic.

``Kami juga akan menanti kedatangan seorang lagi pemain dari kelab divisyen satu Croatia yang dijangka tiba pada Disember nanti,'' kata Alias yang merahsiakan nama pemain bahagian serangan itu
By gengjahat
#84392
Besar budget tu.....mengalahkan pasukan liga super...Antara kelab yang banyak menerima tajaan.....4 juta, macam2 boleh buat, so harap2 PKNS dapat menyerlah musim baru ni...

dengan bajet banyak ni kalau pandai urus...tak mustahil boleh layak liga Super....
  • 1
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 30