SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

'Terima kasih Safiq' (Utusan Malaysia)

Khamis, 21 April 2011 11:42 Muhammad Dayne Azmin (Utusan Malaysia)

Penjaring gol kemenangan Selangor, Azidan Sarudin tidak menyangka laluan yang diberikan oleh Safiq Rahim untuk melakukan sepakan bebas pada minit ke-71, memberikan tuah kepada Red Giants menang 1-0 ke atas Sabah pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Jelasnya, mengikut kebiasaan tugasan tersebut diambil Safiq, namun secara tiba-tiba Safiq bertanyakan kepada Azidan adakah dia yakin mahu mengambil sepakan tersebut.

"Saya membalas pertanyaan Safiq dengan beritahu bahawa saya amat berkeyakinan, Safiq lantas memberikan ruang buat saya melakukan hantaran pendek sebelum saya melepaskan percubaan.

"Tidak disangka bola sepakan saya itu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein walaupun sekadar rembatan leret dan bertambah manis ia menjadi gol kemenangan pasukan.

"Terima kasih kepada Safiq yang menaruhkan kepercayaan kepada saya melakukan tendangan bebas," katanya ketika dihubungi.

Tambah Azidan, bukan mudah melakukan sepakan bebas tersebut ketika Selangor tertekan pada 20 minit akhir perlawanan.

"Kami belum mendapatkan jaringan walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.

"Saya bersyukur kerana mampu menyempurnakan sepakan tidak menghampakan rakan sepasukan." katanya.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required