 |
 |
| NAMA PENUH: Surendran a/l Davaghan |
| TARIKH LAHIR: 16 April 1980 |
| POSISI: Pertahanan |
| PASUKAN TERDAHULU: - |
|
Memulakan karier di posisi penyerang ... Boleh bermain di posisi pertahanan kanan atau kiri serta sayap kanan ... Mempunyai kemahiran melakukan sepakan percuma dan sepakan jarak jauh kecang
- 1995: Mula mewakili skuad bawah 16 Selangor yang tewas di peringkat separuh akhir kepada Perak di Piala Coca Cola 1995 di Terengganu
- 1997: Membantu Selangor menjuarai kategori bawah 18 Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Melaka pada Mei 1997
- 1998: Menganggotai skuad SUKMA Selangor menggondol emas di SUKMA Selangor 1998 ... Menjaringkan gol untuk Malaysia ketika membenam Singapura 5-1 di Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Asia di Che-Ju, Korea Selatan pada Oktober 1998 ... Penampilan pertama skuad senior Selangor pada 28 November 1998 menentang Pohang Steelers di Kejohanan Kelab Asia
- 1999: Diserap oleh Mike Pejic ke skuad senior Selangor 1999 ... Membantu Selangor muncul naib juara Liga Perdana 2 ...
- 2000: Bersama Selangor layak ke final Piala Emas Raja-raja 2000 ... Mewakili Selangor di SUKMA 2000 di Pulau Pinang ... Banyak menghabiskan masa di bangku simpanan kerana masalah kecederaan
- 2001: Menjaringkan gol terus melalui sepakan sudutnya ketika menentang Johor pada 7 April 2001 ... Menjaringkan gol emas pada minit ke 109 untuk Selangor menjuarai Piala FA 2001 menewaskan Sarawak 1-0 ... Terpilih mewakili skuad Bawah 23 Malaysia ke Pestabola Merdeka 2001 ... Bersaing bersama Shawal Johadi untuk posisi sayap kanan dalam kedua-dua skuad Selangor dan Bawah 23 negara ... Terpilih mewakili negara di Piala LG di vietnam namun tidak dapat mengambil bahagian disebabkan masalah pasport ... Beraksi dan membantu skuad Piala Bardhan Selangor layak ke final 2001 menentang Perak
- 2002: Bersama Selangor menjuarai Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Piala Bardhan 2002 ...
- 2004: Membantu skuad Malaysia menduduki tempat ketiga Piala Tiger 2004
- 2005: Menjaringkan gol ketiga sewaktu final Liga Perdana menewaskan Negeri Sembilan 4-2 ... Membantu Selangor meraih treble dengan memenangi tambahan dua piala, Piala FA dan Piala Malaysia
- 2005/2006: Gagal membantu Selangor mempertahankan sebarang kejuaraan dimenangi pada 2005 ... Membantu Selangor mara ke suku akhir Piala AFC