 |
 |
| NAMA PENUH: M Chandran, Datuk |
| TARIKH LAHIR: |
| POSISI: Pertahanan |
| PASUKAN TERDAHULU: - |
|
Mendapat pendidikan di Methodist Boys School Kuala Lumpur ... Digelar 'Fitness Fanatic' di kalangan rakan-rakan berikutan usaha gigihnya menjaga kecergasan sepanjang kariernya
- 1962: Terpilih mewakili sekolah gabungan (combined schools) sebelum diserapkan menyertai pasukan Kejuaraan Remaja Asia yang dibimbing oleh jurulatih, Choo Seng Quee ... Diserap ke skuad Piala Malaysia Selangor namun hanya menjadi pemain simpanan
- 1963: Mula bermain secara kerap dalam skuad lagenda Merah Kuning yang dibarisi Ghani Minhat, Arthur Koh dan Stan Gabrielle yang mencipta sejarah menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan ... Beraksi dalam perlawanan akhir dengan membenam Pulau Pinang 6-2
- 1964: Menjadikan posisi bek tengah Selangor sebagai miliknya berikutan persaraan bek tengah lagenda Edwin Dutton
- 1965: Menerima caps pertama bersama skuad kebangsaan
- 1966: Menamatkan penantian 3 tahun Piala Malaysia apabila beraksi ketika Selangor menewaskan Angkatan Tentera 1-0 untuk menjulang piala kebanggaan itu
- 1967: Menerima Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Kebangsaan
- 1968: Membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka ... Membantu Selangor membelasah Pulau Pinang 8-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ... Menerima Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Kebangsaan buat kali kedua
- 1969: Membantu Malaysia menjadi naib juara Pestabola Merdeka
- 1970: Dilantik menjadi kapten skuad kebangsaan berikutan persaraan Abdullah Noordin ... Beliau menjawat tugas ini selama empat tahun
- 1971: Bersama skuad negara di bawah bimbingan Jalil Che Din mencipta sejarah dengan layak ke sukan Olimpik di Munich selepas melepasi kelayakan Pra-Olimpik di Seoul, Korea Selatan
- 1972: Beraksi bersama skuad negara di Sukan Olimpik Munich ... Skuad negara juga mempamer aksi mantap apabila mengikat pasukan pilihan, Jerman 0-0 pada babak pertama sebelum tewas 0-3 ... Malaysia kemudiannya menewaskan Amerika Syarikat 3-0 dalam perlawanan kedua sebelum kecundang kepada Maghribi 0-6 yang mengagalkan harapan layak ke pusingan kedua ... Menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di Pertuan Agong bersama beberapa lagi atlit negara yang mengharumkan nama negara dalam beberapa acara sukan ... Gagal membantu negara menjuarai Pestabola Merdeka apabila menjaringkan gol sendiri ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir, tewas 1-2
- 1974: Menjadi kapten buat kali terakhir bersama pasukan negara dengan merangkul pingat gangsa pada Sukan Asia di Teheran, Iran ... Lilitan kapten skuad kebangsaan diambil-alih Namat Abdullah
- 1975: Menamatkan karier penuh gemilang sebagai pemain kebangsaan dan Selangor ... Dilantik menjadi jurulatih Selangor menggantikan Ghani Minhat ... Mencipta sejarah apabila menjadi pemain-jurulatih pertama menjulang kejayaan Piala Malaysia pada tahun itu apabila menewaskan Singapura 1-0
- 1976: Mengulangi kejayaan memenangi Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura 3-0 dalam musim pertamanya sebagai jurulatih sepenuh masa
- 1978: Mengemudi Selangor menjuarai Piala Malaysia 1978 ... Jawatan jurulatih Selangor berpindah tangan ke Chow Kwai Lam untuk tahun berikutnya
- 1982: Mengendali skuad kebangsaan yang tewas 0-3 kepada kelab profesional divisyen satu England yang juara Eropah dua kali, Nottingham Forest yang menampilkan beberapa pemain hebat mereka seperti Ian Bowyer, Viv Anderson, Justin Fashanu, John McGovern dan Willie Young
- 1983: Menjadi pembantu jurulatih Selangor kepada Ghani Minhat
- 1984: Gandingan ajaib Mazlan Harun - Ghani Minhat - M Chandran mencipta sejarah sebagai juara berganda apabila Selangor memenangi Piala Liga dan Piala Malaysia ... Pahang muncul naib juara kedua-dua pertandingan
- 1986: Mengambil-alih tugas ketua jurulatih Selangor dari Ghani Minhat ... Membawa Selangor juara Piala Malaysia dengan membenam Johor 6-1
- 1988: Mengemudi Selangor hingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia ... Tewas di tangan Kuala Lumpur yang diperkuatkan Fandi Ahmad dengan agregat 4-5
- 1991: Dipanggil kembali oleh Dr Nordin Selat untuk mengemudi Selangor dalam aksi Liga Semi Pro setelah jurulatih Alan Vest menolak tawaran melatih skuad Merah Kuning di saat akhir ... Tewas 1-2 kepada Kedah dalam Piala Sumbangsih di Stadium Darulaman dalam perlawanan kompetitif pertamanya dalam era Liga Semi Pro sebagai jurulatih ... Meletak jawatan hanya 6 minggu setelah Liga bermula yakni pada 9 Jun setelah tidak berpuas hati dengan pengambilan jurulatih Australia Ken Worden untuk membantunya menangani kemerosotan pasukan
- 1992: Sekali lagi kembali ke pangkuan skuad Merah Kuning apabila rakan baiknya Mazlan Harun mengambil-alih jawatan pengurus dari Dr Nordin lantas melantiknya sebagai penolong pengurus teknikal merangkap jurulatih ... Namun hasrat Mazlan menghidupkan kembali gandingan emas tahun 80-an itu berkecai apabila 5 kekalahan dari 11 perlawanan memaksa khidmat beliau ditamatkan dan diganti Ken Shellito pada 13 Julai
- 1999: Walaupun memenangi 131 caps untuk Malaysia, namanya tercicir dari senarai calon AFC Century Club (ditubuhkan oleh AFC sebagai penghormatan untuk mana-mana pemain yang mewakili negara melebihi 100 perlawanan kelas 'A') disebabkan kegagalan FAM mengemaskini rekod