 |
 |
| NAMA PENUH: Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim |
| TARIKH LAHIR: 27 September 1978 |
| POSISI: Penjaga Gol |
| PASUKAN TERDAHULU: Pulau Pinang, Kedah |
|
Mendirikan rumahtangga dengan Normi Jeeferi pada 24 Disember 2001
- 1991: Mewakili Pulau Pinang dalam kejohanan Bolasepak FAM-MSSM-MILO Bawah 14 Tahun di padang Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa
- 1992: Mewakili Pulau Pinang dalam kedua-dua kejohanan FAM/MSSM/Milo Bawah 16 Tahun dan FAM/MSSM/Milo Bawah 18 Tahun
- 1993: Membantu sekolah Penang Free menjuarai pertandingan Bawah 18 Antara Zon Sekolah-Sekolah Pulau Pinang
- 1996: Mewakili skuad Piala Presiden Pulau Pinang ... Membantu Pulau Pinang mara ke perlawanan separuh akhir SUKMA sebelum tewas 4-5 kepada Pahang dalam sepakan penalti ... Beraksi untuk skuad senior Pulau Pinang pada 1 Oktober, tewas 2-4
- 1997: Dipilih Hatem Soussi mewakili Malaysia di Piala Dunia Remaja 1997 tetapi hanya menjadi penjaga gol kedua di belakang Sany Fahmi
- 1998: Kembali mewakili Pulau Pinang dalam aksi Liga Malaysia ... Mengambil alih tugas penjaga gol utama dari Ahmad Sobri Ismail ... Muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Laszlo Repasi pada minit terakhir untuk membantu mengatasi Perak 2-1 pada 26 Mei dalam saingan liga ... Mewakili skuad senior Malaysia buat pertama kali menentang China pada 30 Jun yang berakhir 1-1 ... Membantu Pulau Pinang menjadi juara Liga Perdana ... Dipilih mewakili skuad Olimpik 2000 dalam siri perlawanan persahabatan di Bangkok dan Piala Bristol Freedom di Sri Lanka
- 1999: Mewakili Olimpik 2000 di kejohanan Empat Negara melibatkan Thailand, Indonesia dan Vietnam ... Mewakili Olimpik 2000 di pusingan kelayakan Olimpik di Hong Kong ... Dimasukkan ke hospital setelah mengalami kecederaan dalam rusuhan penonton Nepal ketika perlawanan menentang negara itu ... Misi kelayakan Olimpik 2000 tamat di tangga ketiga di belakang Jepun dan Hong Kong ... Bersaing dengan Azlisham Ibrahim untuk tugas penjaga gol Pulau Pinang
- 2001: Membantu Pulau Pinang menjadi juara Liga Premier Satu walaupun berkongsi status penjaga gol utama dengan Kamarulzaman Hassan
- 2003: Lebih banyak menghabiskan masa di bangku simpanan setelah Kamarulzaman Hassan beraksi cemerlang
- 2004: Menyertai Kedah dan dilantik sebagai ketua pasukan ... Kedah menduduki tangga terakhir Liga Super ... Membantu Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia ... Dalam tempoh itu hanya melepaskan tujuh gol daripada 10 perlawanan termasuk membantu Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah ketika saingan liga peringkat Kumpulan A Piala Malaysia ... Menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan akhir apabila gagal menangkap kemas bola yang dilontar masuk dari jarak jauh oleh pemain lawan, Adrien Jurad
- 2005: Bersama Kedah ke suku akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Terengganu
- 2006/2007: Menyertai Selangor