 |
 |
| NAMA PENUH: Mohd Asraruddin Putra Omar |
| TARIKH LAHIR: 26 Ogos 1988 |
| POSISI: Pertahanan, Penyerang |
| PASUKAN TERDAHULU: - |
|
Merupakan adik kepada bekas pemain skuad remaja Selangor, Adi Putra Omar ... Memulakan karier di posisi penyerang sebelum beraksi di sayap kiri untuk skuad Bawah 20 di bawah kendalian K Rajagopal dan skuad Piala Presiden Selangor ... Ditukar ke posisi pertahanan oleh jurulatih Robert Alberts bagi menghadapi Kejohanan Piala Juara-Juara Belia
- 2003: Mewakili Selangor dalam kategori B-15 di Kejohanan MSSM ... Membantu Selangor menjuarai MU Premier Cup (U-15) menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir ... Muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol
- 2004: Menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil ... Mewakili skuad B-17 Malaysia di Kejohanan Bawah 17 Tahun Asia di Jepun
- 2005: Membantu skuad B-18 Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Lion City Bawah 18 di Singapura ... Malaysia muncul juara ... Bersama-sama Ibnu Kassim, Bunyamin Omar dan Wan Mohd Aliff Jasmi membuat keputusan mengambil pepriksaan SPM pada tahun ini sekaligus tercicir dari persiapan skuad B-20 Malaysia di Yangon
- 2006: Mewakili skuad Piala Presiden Selangor ... Merupakan pemain termuda dalam skuad ini yang rata-rata dibarisi pemain berusia 21 tahun ... Menyertai skuad B-20 Malaysia di siri perlawanan persahabatan di Eropah ... Mewakili Malaysia di Kejohanan Bawah 20 Asia di Bangalore di bawah jurulatih K Rajagopal tetapi Malaysia gagal di peringkat kumpulan
- 2007: Membuat penampilan pertama dalam skuad senior Selangor sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Sarawak pada 3 Januari ... Aksi kurang meyakinkan di posisi sayap kiri dalam beberapa perlawanan bersama skuad senior menyaksikan jurulatih Dollah Salleh hanya menggunakannya sebagai pemain gantian ... Bersama-sama rakan sepasukan Sazali Duwandi terpilih mewakili skuad Malaysia beraksi di Kejohanan Piala Juara-Juara Belia ... Aksi cemerlang sebagai pemain pertahanan menyaksikan beliau menarik perhatian kelab PSV Eindhoven dari Belanda