 |
 |
| NAMA PENUH: Mohd Fadzli Shaari |
| TARIKH LAHIR: 1 Januari 1983 |
| POSISI: Midfield |
| PASUKAN TERDAHULU: Pahang |
|
Berketinggian 180cm ... Berat badan 70kg ... Boleh bermain di pelbagai posisi menyerang: penyerang, pemain sayap atau sebagai 'attacking midfielder' ... Merupakan satu-satunya pemain era moden yang mewakili Malaysia di semua peringkat umur
- 1997: Mula mewakili skuad bawah 14 tahun negara dalam pertandingan Piala Perdana Nike di Jakarta di mana Malaysia tewas di separuh akhir kepada China ... Pelatih Akademi Bolasepak Pahang ...
- 1998: Mewakili Pahang di kejohanan Piala Nike Bawah 14 tahun kebangsaan di Kuala Lumpur
- 1999: Membantu Pahang menjadi naib juara Kejohanan Bawah 18 Sekolah-Sekolah Kebangsaan ... Persembahan cemerlang menarik perhatian Holger Olbermann yang merupakan pengarah teknikal remaja FAM ketika itu ... Dihantar menjalani latihan 6 minggu bersama kelab Bundesliga Bayern Munich dan kelab divisyen tiga Jerman, SV Wehen bersama pemain muda Selangor, Rudie Ramli ... Pulang daripada perguruan lima minggu di Jerman diiringi pujian jurulatih kelab yang menjadi tempat persinggahan mereka ... Penerima anugerah Olahragawan Harapan Pahang 1999 ... SV Wehen, yang kini hampir pasti dinaikkan ke bahagian dua Bundesliga, menawar tempat dan peluang meneruskan pengajian ... Membuat keputusan mengejut apabila menolak tawaran tersebut dengan alasan berjauhan dari keluarga tambahan pula mendapat tawaran lumayan dari Pahang ... Berubah fikiran setelah digesa keluarga dan FAM yang mengharapkan beliau tidak mensia-siakan peluang menimba pengalaman di luar negara
- 2000: Pada bulan Jun menyertai skuad Bawah 19 tahun negara beraksi di pusingan kelayakan kumpulan sembilan Kejohanan Remaja Asia Bawah 19 Tahun ... Berangkat ke Jerman untuk tempoh percubaan empat bulan, namun di peringkat awal hanya mampu melihat aksi rakan-rakan sepasukan barunya kerana belum mencapai tahap umur yang dibenarkan
- 2001: Bulan Februari, dua hari selepas tiba di Jerman, memberikan persembahan membanggakan dengan pasukan semi-pro SV Wehen, sekali gus menerima pujian daripada rakan sepasukan, jurulatih dan pegawai pasukan, selepas beraksi 90 minit menentang Germania Wiesbaden ... Ditawarkan kontrak setahun namun menolak tawaran tersebut dan kembali ke tanahair ... Turut membantu skuad Bawah 23 tahun negara mara ke peringkat separuh akhir Pestabola Merdeka sebelum tumpas kepada Bosnia-Herzegovina ... Membawa cabaran negara ke Piala LG Vietnam pada Ogos 2001 namun tidak terpilih ke skuad Sukan Sea di Kuala Lumpur .... Meledakkan dua gol membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 3-1 di perlawanan pembukaan Kejohanan Bawah 18 Tahun Sekolah- sekolah Asia ... Malaysia hanya mampu ke separuh akhir setelah tewas kepada Korea Selatan ... Pada tahun yang sama, membantu Pahang layak ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Perak
- 2002: Mewakili skuad Bawah 20 negara di di bawah kendalian jurulatih dari Brazil Jorvan Vieira di Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Bangkok pada bulan Januari namun terpaksa menerima hakikat perit apabila dibelasah 1-8 oleh tuan rumah ... Dilantik sebagai ketua pasukan skuad tersebut menyertai pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 20 tahun Asia Kumpulan 10 di mana Malaysia gagal ke pusingan akhir di Qatar ... Di peringkat liga, bergilir-gilir dengan Azizul Kamaluddin untuk bergandingan dengan penyerang Russia, Viatcheslav Melnikov bagi membawa cabaran Pahang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia ... Menyarung jersi skuad senior kebangsaan buat pertama kali di Sukan Asia Busan pada bulan September ... Dua bulan kemudian, membantu Malaysia meraih tempat keempat di Piala Tiger di Singapura
- 2003: Bulan Mac, bersama skuad bawah 21 tahun negara beraksi di pertandingan Piala Remaja Antarabangsa Malaysia yang menampilkan Brazil, Portugal dan Korea Selatan
- 2004: Beraksi dalam semua perlawanan ketika membantu negara meraih tangga ketiga kejohanan Piala Tiger
- 2005/2006: Membantu Pahang menjuarai Piala FA menewaskan Perlis
- 2006/2007: Berhijrah ke Selangor untuk musim 2006/2007 ... Mewakili skuad bawah 23 Malaysia ke Sukan Asia di Doha 2006