 |
 |
| NAMA PENUH: Mohd Safee Mohd Sali |
| TARIKH LAHIR: 29 Januari 1984 |
| POSISI: Penyerang |
| PASUKAN TERDAHULU: Kuala Lumpur, Sarawak |
|
Dilahirkan di Kajang, Selangor tetapi dibesarkan di Tapah, Perak ... Digelar pe'e di kalangan rakan-rakan
- 1999: Terpilih mewakili skuad Projek FAM 2004 bertanding dalam Piala Nike Bawah 14 yang berlangsung di Padang Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur
- 2002: Dipilih mewakili skuad kebangsaan Bawah 20 kendalian Jorvan Vieira menyertai Kejohanan Bawah 20 tahun Asia Kumpulan 10 di Stadium Shah Alam
- 2003: Mewakili skuad senior Kuala Lumpur dalam aksi Premier Dua buat pertama kali dalam perlawanan menentang Tentera di Stadium KLFA pada 16 Februari ... Mengambil hanya 57 minit untuk menjaringkan gol sulungnya dalam Liga Malaysia bagi membantu Kuala Lumpur menang 2-0 ... Bermain untuk skuad Bawah 21 Malaysia bermain di Kejohanan Belia Antarabangsa Malaysia di Stadium Bukit Jalil melibatkan pasukan Brazil, Portugal dan Korea Selatan
- 2004: Menjaringkan satu gol ketika Malaysia b-23 menewaskan Maldives 2-0 dalam perlawanan persahabatan ... 3 mac, beraksi bersama skuad B-23 Malaysia yang ditewaskan Iran 4-1 pada perlawanan pembukaan pusingan akhir Pra-Olimpik Kumpulan A zon Asia di Stadium MPPJ ... 20 Mac, masuk sebagai gantian sebelum memberi umpanan kepada Akmal Rizal Rakhli bagi membolehkan skuad B-23 mengikat China 1-1 di Pusat Sukan Wuhan dalam perlawanan pusingan akhir Pra-Olimpik Kumpulan A zon Asia ... Tutur beraksi dalam perlawanan menentang Korea Selatan dalam kumpulan yang sama
- 2005: Antara 30 pemain dipanggil untuk menjalani latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Sukan Perpaduan Islam yang akan diadakan di Arab Saudi pada 8 hingga 20 April oleh jurulatih Bertalan Bicskei ... Membantu Kuala Lumpur mara ke separuh akhir Piala FA sebelum tewas kepada Perak ... Bersama skuad bawah 23 tahun negara meraih tempat keempat di Kejohanan Bolasepak Persekutuan Asean (AFF) di Stadium Thepasan, Bangkok, selepas tewas kepada Myanmar 2-4 menerusi sepakan penalti dalam pertemuan tempat ketiga dan keempat
- 2005/2006: Berhijrah ke Sarawak dan membentuk gandingan serangan bersama penyerang Indonesia Kurniawan Dwi Yulianto ... Bekas majikannya Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menerima RM70,000 untuk perpindahan tersebut ... Menjaringkan satu gol ketika skuad negara tewas 2-1 kepada New Zealand dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Pelabuhan Utara di Auckland ... Mencipta hattrick ketika membantu Sarawak membenam skuad bawah 23 tahun Singapura dalam perlawanan suku akhir Piala FA ... Sarawak bagaimanapun tewas dengan agregat 6-8 ... 3 Jun, mewakili skuad Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang berkesudahan 0-0 (Malaysia tewas penalti 7-8)
- 2006/2007: Menyertai skuad Selangor ... Membuat penampilan pertama bersama skuad Selangor ketika menentang Pahang di Stadium Shah Alam pada 24 Mac ... Sentuhan awalnya yang masuk sebagai pemain gantian membolehkan rakan serangan, Akmal Rizal menjaringkan gol kedua Selangor ... Mewakili Malaysia di Piala Asia 2007 ... Membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007