PASUKAN TERDAHULU: Negeri Sembilan, Telekom Melaka
KARIER
1994: Antara 35 pemain yang disenarai pendek oleh FAM bagi menghadapi persiapan skuad Piala Dunia Remaja 1997 daripada hampir 5,000 pemohon
1996: Membantu skuad Piala Presiden Negeri Sembilan mara ke perlawanan suku akhir Piala Presiden sebelum tewas kepada Terengganu dengan agregat 4-5
1998: Mewakili Negeri Sembilan dalam SUKMA Selangor dan layak ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada skuad tuan rumah 0-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam
1999: Dipilih mewakili skuad senior Negeri Sembilan dalam aksi Liga Malaysia
2000: Dipilih jurulatih Alan Harris untuk menyertai persiapan skuad bawah 23 Malaysia bagi menyertai Sukan Sea Kuala Lumpur 2001: Beraksi perlawanan sulung peringkat Liga ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Paroi pada 3 Julai ... Aksi cemerlang beliau membantu mengenepikan penjaga gol utama Yazid Yasin ... Membantu Negeri Sembilan mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia sebelum tewas dengan agregat 2-5 kepada Perak
2002: Aksi cemerlang menidakkan penalti lawan membantu Negeri Sembilan mencatat kemenangan pertama Liga Perdana Satu apabila menewaskan Johor FC 1-0 pada 16 Julai
2004: Dipilih oleh Bertalan Bicksei menyertai skuad kebangsaan
2005: Memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama skuad Negeri Sembilan dan sebaliknya menyertai Telekom Melaka ... Secara kebetulan, beliau mengambil-alih tempat 'seteru lama'nya Yazid Yasin yang digugurkan ... Walaupun disenaraikan dalam skuad 30 pemain kebangsaan untuk menyertai Sukan Perpaduan Islam, beliau kemudiannya digugurkan bersama 8 pemain lain
2006: Walaupun diberitakan akan digugur oleh pengurusan Telekom Melaka, Suffian dikekalkan dalam skuad musim ini ... Beraksi cemerlang untuk memastikan posisi penjaga gol utama pasukan menjadi miliknya
2006/2007: Dipilih jurulatih kebangsaan Norizan bakar untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol kedua skuad kebangsaan menghadapi Piala Asia 2007 ... Beliau tidak beraksi dalam 3 perlawanan kumpulan C membabitkan skuad negara ... Dicalonkan dalam Anugerah Bolasepak Negara sebagai penjaga gol terbaik namun tewas kepada Helmi Eliza Elias dari Kedah
2007/2008: Berikutan pembubaran skuad Telekom Melaka (TMFC), beliau berhijrah ke Selangor ... Membuat penampilan pertama secara kompetitif sebagai pemain gantian menggantikan Megat Amir Faisal yang cedera dalam perlawanan Selangor menentang Pahang