 |
 |
| NAMA PENUH: R Surendran |
| TARIKH LAHIR: 26 Oktober 1982 |
| POSISI:Tengah |
| PASUKAN TERDAHULU: KL Malay Mail, Perak |
|
Walaupun beraksi sebagai penyerang untuk Perak, beliau juga boleh beraksi di kedua-dua belah sayap, posisi yang selalu diisi olehnya sewaktu beraksi untuk skuad Bawah 23 Malaysia ... Nombor jersi ketika di Perak ialah 13
- 2001: Membuat penampilan pertama dalam aksi Liga Malaysia mewakili kelab KL Malay Mail pada 6 April ... Menjaringkan dua gol pada minit 76 dan 81 bagi membantu pasukannya mengalahkan Telekom Melaka 3-2 dalam perlawanan sulungnya itu
- 2002: Membantu skuad Perak memenangi pingat emas SUKMA pertama dalam sejarah sewaktu edisi SUKMA Sabah setelah menewaskan Pulau Pinang 3-1 dalam perlawanan akhir ... Membuat penampilan pertama untuk skuad senior Perak dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Perak, Perak tewas 1-2
- 2003: Terpilih mewakili skuad Bawah 21 Malaysia di kejohanan Piala Remaja Antarabangsa yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil melibatkan Brazil, Korea Selatan dan Portugal pada bulan Mac ... Pada 26 Mac muncul wira Perak apabila sebagai pemain gantian, beliau menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan dalam kemenangan 1-0 ke atas Kedah dalam aksi liga ... Dipilih mewakili skuad pra- Olimpik kendalian Alan Harris, menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan persahabatan menentang Pahang yang berakhir 2-2 ... Menyertai skuad pra Olimpik di perlawanan pemanas badan di Australia ... Pada November, dipilih menyertai persiapan skuad Sukan Sea di Australia, menjaringkan dua gol ketika menewaskan Sydney Crescent 3-2 ... Dipilih dalam skuad 20 pemain ke Sukan Sea Vietnam tetapi hanya beraksi satu perlawanan, menentang Myanmar yang berakhir 1-1 ... Malaysia memenangi pingat gangsa
- 2004: Sekali lagi mendapat kepercayaan Alan Harris yang menyenaraikan beliau dalam skuad Pra-Olimpik ... Pada bulan Februari, menjaringkan hattrick dalam perlawanan persahabatan skuad pra Olimpik (B-23) Malaysia menentang Tanjong Pagar Singapura yang berkesudahan 5-0, namun dibuang padang akibat pergaduhan dengan pemain lawan, Tan Sio Beng ... Beraksi dalam pusingan kelayakan Olimpik yang turut menampilkan Iran, China dan Korea Selatan ... Membantu Perak beraksi di suku akhir Piala AFC namun tewas 3-5 secara agregat kepada Geylang United dari Singapura ... Bersama Perak menjulang Piala FA setelah membenam Terengganu 3-0 dalam perlawanan akhir ... Persembahan cemerlang membolehkan beliau terpilih menyertai skuad 34 pelatih bagi menghadapi Sukan Sea Manila 2005
- 2005: Memulakan aksi musim baru dengan cemerlang apabila menjaringkan kedua-dua gol ketika Perak menewaskan Melaka 2-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 12 Januari ... Membantu Perak memenangi Piala Sultan Ahmad Shah menewaskan Perlis ... Dua jaringan beliau masing-masing pada setiap babak mengesahkan laluan Perak ke separuh akhir bola sepak Piala FA apabila menundukkan Sabah 2-0, untuk mara dengan agregat 7-0 ... Menjaringkan 1 gol ketika skuad bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan mencatat kemenangan pertama 4-2 ke atas pasukan Dubai Sports dalam perlawanan persahabatan kedua di Emiriyah Arab Bersatu ... Menyertai Kejohanan Piala Agribank di Hanoi bersama skuad Sukan Sea Manila ... Menjaringkan dua gol apabila Malaysia menundukkan Kemboja 5-0 pada perlawanan sulung Kumpulan A bola sepak Sukan Sea di Stadium Panaad, Bacolod City ... Menjaringkan dua gol dalam ketika skuad Malaysia menempah laluan ke separuh akhir hasil kemenangan 4-2 mengatasi Filipina ... Membantu Malaysia mengekalkan pencapaian pingat gangsa acara bola sepak Sukan Sea selepas menewaskan Indonesia 1-0 walaupun tidak menjaringkan gol
- 2006: Kembali dari kecederaan hamstring yang memaksanya tidak beraksi dalam 3 perlawanan berturut-turut untuk menjaringkan satu gol seterusnya membantu Perak menewaskan Pulau Pinang 3-0 dalam suku akhir pertama Piala Malaysia ... Gagal membantu Perak mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah tewas 1-2 secara agregat kepada Perlis
- 2007: Peluang beliau beraksi dalam kesebelasan utama terjejas berikutan kepulangan Khalid Jamlus ke Perak ... Memilih untuk menyertai skuad Selangor bagi menghadapi musim baru 2007-2008 ... Menjaringkan gol dalam penampilan pertama secara kompetitif menentang Negeri Sembilan aksi Liga Super di Stadium Paroi