 |
 |
| NAMA PENUH: Santokh Singh |
| TARIKH LAHIR: 22 Jun 1952 |
| POSISI: Pertahanan |
| PASUKAN DIWAKILI: - |
|
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur ... Mula bermain bolasepak ketika berusia 5 tahun di padang berhampiran rumahnya di Ayer Panas, Setapak, padang yang sama di mana pemain hoki handalan negara, Awtar Singh dan Subdesh Singh, mengasah bakat ... Mendapat pendidikan rendah di Batu Road School 2 bersama-sama dengan seorang lagi pemain berbakat yang sama-sama bakal menyarung jersi Selangor/Malaysia iaitu Reduan Abdullah ... Bersama rakan-rakan remaja menubuhkan kelab Setapak Hotspur dan kerap mengadakan perlawanan dengan pasukan-pasukan amatur lain ... Isteri beliau bernama Taljit Kaur dan hasil perkahwinan dikurniakan tiga orang cahayamata: Kiranjeet Kaur, Sukhveer Singh dan Rajveer Singh ... Nombor jersi beliau untuk Selangor dan Malaysia adalah 5 ... Sehingga bersara pada 1985, dia memenangi Piala Malaysia bersama Selangor sebanyak sembilan kali
- 1970: Permainannya sewaktu di Tingkatan Lima Sekolah Tinggi Setapak membolehkan beliau mewakili Selangor ke pertandingan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ... Walaupun dibarisi Reduan, Mokhtar Dahari dan Jamaluddin Norbit, Selangor kecundang awal
- 1971: Mula mewakili Selangor pada Piala Burnley di posisi pemain tengah
- 1972: Banyak menghabiskan masanya di bangku simpanan di tahun pertamanya dalam pasukan Selangor berikutan kehadiran dua pemain tengah handalan Chow Kwai Lam dan Wong Choon Wah ... Namun kerajinannya di padang latihan menarik perhatian jurulatih Selangor, Ghani Minhat dan beliau yang ketika itu baru berusia 18 tahun diberikan peluang beraksi sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan terakhir musim ... Beliau mengambil-alih tempat Kwai Lam sebagai pemain tengah bertahan ... semangat beliau semakin membara apabila mendapati dirinya mendapat kepercayaan Ghani sehingga menetapkan sasaran untuk beraksi di final Piala Malaysia menentang Perak namun Kwai Lam yang diberi kepercayaan ... Mewakili Malaysia B di Pestabola Merdeka namun tewas di separuh akhir kepada Malaysia A
- 1973: Jurulatih Malaysia, M Kuppan menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala Kemerdekaan Jakarta sebagai pemain tengah ... Persaraan beberapa pemain terutama kapten M Chandran menyebabkan Ghani Minhat terpaksa mencuba gandingan baru di barisan pertahanan ... Cubaan beliau menggandingkan Santokh dan Soh Chin Aun ... Bermula saat itu, terbentuklah gandingan Santokh-Chin Aun yang menjadi benteng kental Selangor dan skuad negara sebelum Chin Aun mengambil keputusan mewakili Melaka, 10 tahun kemudian ... Menebus kehampaan gagal beraksi di final Piala Malaysia di tahun sebelumnya apabila membantu Selangor mara ke final dan menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Merdeka
- 1974: Membantu Malaysia mencipta sejarah meraih pingat gangsa Sukan Asia di Tehran, Iran dan juara Pestabola Merdeka
- Menjadi naib juara Pestabola Merdeka dan juga memenangi pingat perak Sukan SEA
- 1975: Menamatkan musim gemilang dengan mengemudi Selangor merampas kembali Piala Malaysia dengan menewaskan Singapura 1-0
- 1976: Bersama skuad kebangsaan sekali lagi menjulang Pestabola Merdeka ... mengekalkan Piala Malaysia di bumi Merah Kuning dengan membenam musuh tradisi Singapura 3-0
- 1977: Memenangi pingat emas Sukan SEA bersama pasukan kebangsaan
- 1978: Santokh dan Selangor bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Singapura 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang penuh menarik
- 1979: Sekali lagi membantu Malaysia mengekalkan pingat emas Sukan Sea
- 1980: Bolasepak negara dikejutkan dengan keputusan mengejut beliau untuk bersara untuk menumpukan perhatian kepada peperiksaan pekerjaannya di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ... Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamzah Abu Samah, adalah antara yang meminta beliau memikirkan semula keputusan itu dan kembali menyarung jersi negara ... Sehari sebelum perlawanan persahabatan Malaysia menentang kelab Yugoslavia, Red Star Belgrade dua minggu kemudian, dia memberitahu pengurus pasukan negara, Datuk Bakar Daud mengenai hasratnya untuk kembali ... Keputusan itu disambut gembira pengurusan skuad negara dan Bakar mengumumkan Santokh akan diletakkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan dengan Red Star Belgrade ... Membantu Malaysia layak ke Olimpik namun tidak beraksi berikutan keputusan kerajaan memboikot Sukan Olimpik Moscow ... FAM membawa pemain melawat Eropah untuk mengubat kekecewaan ... Empat pemain negara - Santokh, Arumugam, Jamal Nasir dan kapten Soh Chin Aun - menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) ... Mengambil-alih tugas kapten Selangor dari Chin Aun
- 1985: Bersara dari mewakili Selangor selepas gagal membawa Selangor menjulang Piala Malaysia ... FAS dan beberapa pihak lain cuba memujuk beliau agar mempertimbangkan keputusan ini namun tidak berganjak
- 1986: Memberi tumpuan kepada pekerjaannya di Pembinaan Tenaga Murni, sebuah syarikat pembinaan milik pengurus Selangor, Mazlan Datuk Harun
- 1993: Berkhidmat sebagai pegawai promosi sukan untuk PUMA
- 1999: Memilih untuk meletak jawatan dari PUMA setelah diambil-alih syarikat lain ... Membuka sebuah cafe, Soccerclub Cafe dan tiga gelanggang street soccer di Centrepoint, Bandar Utama, Kuala Lumpur
- 2003: Kembali bersama bekas rakan seperjuangan beraksi dalam perlawanan skuad veteran Selangor menentang Singapura pada Piala Sultan Selangor pada Mac