[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MK LAND SELANGOR - Page 5 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By nurhisham
#53412
Kedah menang lagi la bahaya. Beza mata cuma 4. Rekod pertemuan Selangor - Kedah tak memihak kat Selangor. Kalau kalah lagi kat Kedah, mau nyer beza 1 mata. BTW yg ada advantage nyer, rekod pertemuan Kedah ngan pasukan lain, byk yg seri.

Tp kalau Selangor seri jer ngan Kedah nanti, kira selamat la skit. Anyway menang '3 point' lagi penting.
By ortega
#53429
2 kekalahan berturut2 dah nih...
By deeno
#53457
Aper masalah MK nie sampai kene belasah ......emmmmm.......aku ingat MK bole bg saingan sengit...tapi...mengecewakan..... :cry:
By moderno
#53476
aku pun mengharapkan game mk land - kedah ni seri...tapi malangnya mk land yang kena belasah...selangor kena menang semua perlawanan lepas ni...tak boleh tidak....
By RºOneY_08
#53483
nurhisham wrote:Kalau kalah lagi kat Kedah, mau nyer beza 1 mata. BTW yg ada advantage nyer,
Tp kalau Selangor seri jer ngan Kedah nanti, kira selamat la skit. Anyway menang '3 point' lagi penting.


liga perdane nie sebenonyer bape round?selangor ngan kedah kn dh main due kali....tp apsal mk land kalah ngan kedah ha mlm td?tensen tol...4-0 lk 2....ceh.... :cry:
By nurhisham
#53498
RºOneY_08 wrote:liga perdane nie sebenonyer bape round?selangor ngan kedah kn dh main due kali.... :cry:


Aduh.... kalau main 2 round, dah tentu Selangor layak Liga Super, sbb selepas tamat 2nd round, Selangor dah leading (lepas game ngan MKLand tolak game ngan Melaka). Sejak tahun lepas, Liga Malaysia main 3 round. Perlawanan pertama Selangor dlm setiap pusingan lawan Melaka dan terakhir lawan MKLand.
By mrcyber2005
#53545
nurhisham wrote:
RºOneY_08 wrote:liga perdane nie sebenonyer bape round?selangor ngan kedah kn dh main due kali.... :cry:


Aduh.... kalau main 2 round, dah tentu Selangor layak Liga Super, sbb selepas tamat 2nd round, Selangor dah leading (lepas game ngan MKLand tolak game ngan Melaka). Sejak tahun lepas, Liga Malaysia main 3 round. Perlawanan pertama Selangor dlm setiap pusingan lawan Melaka dan terakhir lawan MKLand.


ADUHH..... KO NI BUKAN ORANG MALAYSIA KE? SEKARANG NIE FAM BUAT FORMAT 3 PUSINGAN. MACAM MANA LA BOLEH TAK TAU NIE. ALAMAK..............
By zack_lee
#53555
Ntah klu dua pusingan kita dah tersenyum dah... pusingan terakhir yang amat mendebarkan..
aku pun mengharapkan mklan seri ngan kdh.. tapi dibelasah .. apa dah jadi.. tak bleh main time ujan kot.. tapi tgk delay game tu taklah bleh smpai 4-0...
By mrcyber2005
#53573
zack_lee wrote:Ntah klu dua pusingan kita dah tersenyum dah... pusingan terakhir yang amat mendebarkan..
aku pun mengharapkan mklan seri ngan kdh.. tapi dibelasah .. apa dah jadi.. tak bleh main time ujan kot.. tapi tgk delay game tu taklah bleh smpai 4-0...
Nak buat camne kan. Pemain-pemain bolasepak Malaysia ni semuanya tak boleh nak jangka la. Diorang ni kekadang tengok main tu ikut mood plak. Mood OK, menang. Kalu tak tu, pasukan gah mcm mane pun boleh kalah. Ye Tak? Sabar la. Kita sesama la doa SELANGOR jadi JUARA dan LAYAK KE LIGA SUPER TAHUN DEPAN.
By joey
#53845
mo tanya aku..apa cuma juara yg dpt promosi???
runner up ndak?
By simistri
#61480
Baichung sehebat Marlon
Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR - MK Land yakin kehadiran penyerang dari kelab KF East Bengal, India, Baichung Bhutia akan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang berbisa, Marlon Alex James bagi mengharungi kempen Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

Pengurus Pasukan, Mohd. Nasir Sulaiman berkata, Baichung mempunyai keistimewaan tersendiri dan berupaya menandingi kehebatan Marlon untuk mengetuai jentera serangan MK Land bagi mengharungi kempan Piala Malaysia dalam Kumpulan D.

``Walaupun Baichung tidak tinggi macam Marlon tetapi dari segi skill dia tetap sehebat Marlon untuk mencipta jaringan.

``Saya yakin kehadiran Baichung akan dapat memperkuatkan jentera serangan MK Land khususnya menjelang pertemuan penting dengan Selangor Sabtu ini,'' ujarnya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek berjumlah RM332,800 bagi penajaan Liga Bola Sepak MK Land-Selangor.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi MK Land Holdings Berhad, K. Monachandran dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad.

Baichung, 29, mengikat kontrak dengan MK Land untuk tempoh tiga bulan dan pernah menyarung jersi Perak saingan Piala Malaysia pada 2003.

Mengulas lanjut Mohd. Nasir berkata, keupayaan pemain itu menjaringkan 10 gol daripada 16 perlawanan untuk East Bengal membuktikan pemain kelahiran dari Sikkim di Timur India itu mampu menjanjikan kemenangan apabila berdepan dengan Selangor nanti.

``Pertembungan dengan Selangor Sabtu ini dianggap perlawanan paling menarik dan lebih kepada pertembungan `2B' iaitu Baichung-Bambang.

``MK Land menjanjikan aksi paling menarik dan akan sedaya upaya untuk mengekang Selangor daripada mengukir kemenangan,'' katanya.

Sehubungan dengan itu kata Mohd. Nasir, perlawanan antara MK Land dan Selangor yang sepatutnya diadakan di Stadium Selayang telah diubah ke Stadium Shah Alam.

Ujarnya, pertukaran gelanggang tersebut setelah mengambil kira permintaan FAS memandangkan Stadium Selayang tidak mampu untuk menampung kehadiran 45,000 penonton.

Katanya, pertukaran jadual itu hanyalah melibatkan pertemuan dengan Selangor manakala bagi perlawanan dengan Public Bank dan Perak masih kekal di Stadium Selayang.

Selain Baichung, MK Land turut mendapat khidmat pemain dari kelab C.A Juventus Brazil, Alexandre Alves Da Silva bagi menggantikan Miroslav Toth.
By mokhkhan
#62472
8)


MK harus bangun jika mahu mengiringi abang sulungnya, Selangor.
Perhitungan bertemu PB adalah satu situasi yang penting.

PB harus sebagai abang ngah,
namun perjalanan Piala Malaysia adalah satu PIALA YANG ISTIMEWA bagi FAS.

Jika gagal abang long, seharusnya adik-adiknya harus bangun.

Saya melihat...
perkiraan TIGA PENJURU.
SELANGOR - PERAK - MK LAND lebih berpeluang merebut dua tempat separuh akhir.
Kekalahan kepada Selangor harus tidak membebankan 'mental' pemain dan pengurusan.
NAMUN, HARUS MENANG KEPADA PB.


PELUANG MENANG.
MK LAND 55 - 45 P.BANK.
By DARAH SATRIA
#62483
Pada pendapat aku yg buta pasal bola nie... aku rasa MK Lan sukar utk menyertai 2 kelompok atas jika permainan yg ditunjukkan masih kekal di tahap lama... perlawanan menentang PB bukan suatu yg mudah sebab PB beraksi baik setakat nie berbanding MK Lan... cuma aku harap salah satu pasukan nie dapat mengiringi Selangor ke peringkat yg lebih tinggi...
By DARAH SATRIA
#64827
Memang hebat la MK Lan malam tadi... menang bergaya kat Ipoh... memberi peluang kepada selangor untuk melonjak naik ke atas... terima kasih MK Lan...
  • 1
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7