[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ vs Norwich City ( 14/07/04 ) - Page 2 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By ortega
#21637
ok roger berita diterima...
By deeno
#21642
[:D] Ok malam nie confirm aku turun......saper nak tiket free leh jumper aku....tapi aku ader satu jerk....korang kenal aku kan...pandai2 lah cari klu nak tiket free.....hikhikhik.....[8D]
By lenz
#21648
weeii..malam ni aku pun gi gak..aku pi dgn kembar2 aku beb..kite duduk kat belah gendang MPPJ...go MPPJ...yeahhh
By misai11
#21665
<font size="4"><font color="blue">MPPJ 2</font id="blue"> - <font color="green">Norwich city 3</font id="green"></font id="size4">

<font size="3">GOL : martelotto,sasa</font id="size3">
By misai11
#21666
aku tgk ngan bdk selangor bersama anak kecik dia...dan ortega bersama org rumah dia...

masuk2 je...nampak martelotto tgk gembire celebrate 1st gol dia..
terlewat 2 saat je tak nampak dia shoot...
ortega yg dah spi dulu bgtau...martelotto score rembat jauh..pastu kena defend norwich..trus masuk gol...

babak pertama..midfield dikuasai sepenuhnye oleh martelotto...
then last minit 1st half...norwich samakan kedudukan..1-1
gol lawa la..main passing2 pendek dan tepat..last2 dia rembat...

2nd half...mppj masukkan yuzaiman ganti mior...
ingatkan agik power la..tgk2 kelam kabut defend...

pastu main2 lak passing2 antara defend...pastu terkantoi..
trus jamsari kena bola lambung....1-2

pastu seminit kemudian defend leka lagik..tak jaga striker norwich..
trus kena rembat lagik...1-3

dlm dah busan gak la...tiba2 sasa score cantik...
cross dari kiri...sasa trus tanduk sisi ke arah gol...2-3
b4 ni pun...sasa ada gak try tanduk..tp keeper norwcih cemerlang lak save...

so..spi abis..2-3..mppj kalah...
apa2 hal..tahniah mppj sbb berjaya mengimbangi perlawanan...
By Giant
#21669
anyway mppj main mmg best ditambah plak dgn import2 nya yang bergaya dan 'cara' di mata aku..kadang2 aku pelik gaklah mcm maner mppj bleh dapat import yang best..aku pie stadium pun dgn hisham player mppj yang memberi aku tiket sponsor..mmg best tak payah bayar and aku rasa sesiapa yang bayar rm10 pun berbaloi sebab 1 gol=rm2 ..best mmg best...[}:)]
By misai11
#21670
MPPJ SELANGOR

Jamsari Sabian, Faizal Zainal, Khairil Zainal (Abdul Rauf Ahmad), Mior Mohd Nasir Yusop (Yuzaiman Zahari), Aiman Firdaus Abdullah (Mohd Fadzly Aziz), Kamarulzaman Yub, Fabricio Franceschi, Azrin Shah Zainal (Shahril Arsat), Bruno Martelotto, Anuar Abu Bakar (Mohd Nizaruddin Yusof), Brezenec Sasa.

NORWICH CITY

Paul Gallagher, Marc Edworthy (Phil Mulryns), Malky Mackay (Craig Fleming), Jason Shackell, Adam Drury, Damien Francis (Youssef Safri), David Bentley (Jim Brennan), Gary Holt, Paul McVeigh (Ian Henderson), Zema Abbey (Ryan Jarvis), Leon McKenzie.
By deeno
#21672
[:D] Berita sukan RMKL - <b>Kelab Liga Perdana Inggeris Norwich City hanya mampu menang tipis keatas Juara bertahan Piala Malaysia MPPJ SELANGOR 3 - 2 </b> .......hikhikhik.....[:D]

[:D] Utusan Malaysia - <u><b>Norwich nyaris kalah.....</b></u>
[;)] KELAb liga perdana England,Norwich City <b>dipaksa mengerah seluruh tenaga sebelum mencatat kemenangan tipis 3-2 keatas MPPJ SEL. dlm </b>perlawanan persahabatan di stdium B.sepak K.Lumpur.
<b>Malah MPPJ yg kelihatan lebih mengancam pd babak awal</b> namun terpaksa berpuas hati dgn kedudukan 1-1 sebelum rehat.
<b>Bruno Martelotto hanya memerlikan 58 saat utk mengejutkan Norwich </b>dgn aksi lincahnya utk jaringan pertama perlawanan manakala Sasa Brenezac merapatkan jurang gol pd min. ke-72.<b>
Norwich bagaimanapun menyelamatkan maruah selaku pendatang baru </b>Liga Perdana England menerusi jarngan Leon McKenzie( m41),Jim Brennan ( m66),dan Ryan Jarvis( m67 ).


[:D] Syabassss.....buat Pasukan Juara Piala Malaysia MPPJ SELANGOR yg memberikan satu persembahan menarik dan berkualiti........tanpa menggunakan khidmat pemain pinjaman,namun dgn pemain yg ada sudah cukup membuatkan pasukan Norwich bertegang urat menjaga kubu dari dibolosi oleh pemain MPPJ.......Martelotto bermain cantik dan bijak mengatur pergerakkan yg merbahaya dan beberapa kali hampir mengecewakan penjaga gol Norwich.....Tahniah juga kepada Nizaruddin serta pemain pertahanan yg lain kerana berjaya menjaga kubu dgn baik......Jika game ini diambil iktibar oleh pasukan Mlaysia yg akan menanti kunjugan Norwich sudah pasti Malaysia juga boleh melakukan kejutan terbesar pada sabtu ini......MPPJ telah membuktikan dan menjaga maruah selaku Juara Piala Malaysia.......VIVA MPPJ......[8D]

[:D] Sungguh happy aku semalam....naper korang tak jumper aku....aku sampai bg tiket free kat mamat maner tah.....Kelab Penyokong MPPJ berjaya menghidupkan suasana distdium Cheras .......aku ngan KlangValley,sebelum tu ditemuramah oleh stesen TV luar yg aku pun tak tau dr maner......tapi sungguh popular aku raser malam tu.....TV malysia pun tak temuramah aku cam gitu....hikhikhiik....[8D] Aku nak buat ombak pun kantoi malam tadi.....mmmmm...aper punyer FRU daaa....ader ker patut aku nak buat ombak dia kate nak urine test aku....gilerrrr.....ingat aku mabuk kot........[xx(]OK....pas nie lawan Malaysia lak....kiter tgk saper yg menang..........[:D]
By ortega
#21673
hehehe deeno..masa kat luar tu aku ngan bini aku berdiri sebelah ko jek...sampai ko bg tiket kat brader yg bawak anak tu hehehe..saja je tak tegur..apa2 pun tahniah kat MPPJ..import diorang bg aku mmg best..
By deeno
#21674
[:D] ohhh...yer kerr...sory laaa....aku tak perasan......aku nie rabun silau skit waktu malam.......Bestkan klu Selangor yg main lawan Norwich macam tu.....tapi apakan daya......[8D]
By BudakSelangor
#21677
Aku pun dah kenal saper ko Deeno ..senang sangat rupanya nak cari kat stadium tu .. macam bebudak nie cakap .. kat kepala serkup Selangor merah kuning .. baju ajer tukar2 kaler ..he..he.. jangan esok2 baju tukar hijau kuning jadi penyokong fanatik Norwich City dah la ..Ombak ko pun tak menjadi semalam sampai kat tempat aku terus ombak padam terus ..Bak kata mat salleh depan aku "Whatz ..offside..?" ikut slang UK punya ..

Minta maaf kat Misai sebab aku sampai lambat sehinggakan gol pertama tak dapat nak saksikan ..masuk2 ajer tengah celebrate gol ..dalam tiket 8.45 malam tapi start awal kul 8.40 malam hampeh tul ..Aku dah beli tiket seawal pukul 4 petang ..sampai2 stadium ajer kaunter baru buka jadi tanpa berlengah aku gi beli ..cari jersey Norwich City nampaknya yang rm35 tu cam cetak rompak ajer ..tak sama ngan player pakai ..logo proton patut kat tengah2 tapi dah jadi ketepi plak ..tak jadi aku nak beli ..

Game malam tadi memungkinkan MPPJ kehilangan seorang lagi pemain berwibawa dan juga jurulatih mereka .. Aku rasa lepas nie mesti coach NC akan amik Martelotto ngan Dollah Salleh .. Martelotto memang superb permainan dia ..tetap maintain dan dalam congakan aku mesti coach NC pening dan hairan bagaimana pemain sebagus, selincah dan sehebat ini main untuk sebuah kelab kecil di Malaysia .. Martelotto pada pandangan peribadi aku jika diberi peluang beraksi dikelab2 ternama bakal menjadi pujaan diarena bolasepak ..aksinya lebih kurang atau lebih sket dari Luis Figo .. Dari sejak aku mengenali pemain ini sampai sekarang tak berhenti rasa kekaguman aku terhadap pemain ini ..Siap sedia la MPPJ kalau NC menawarkan kontrak pada Martelotto .. Dollah pula berjaya menunjukkan dia boleh mengekang asakan NC dan juga mengimbangi perlawanan dengan senarai pemain yang dia miliki ..kalau Worthington coach NC amik dia jadi assistant mesti Man U pun tercungap nak ngap sanyop dorang cam Sarawak ngap sayot Perak ..kui ..kui ..Memang puas hati lihat permainan yang dipersembahkan dan juga gadis manis berpakaian ketat yang lalu membuat penonton terhibur ..

Satu komen aku terhadap pasukan NC ini ialah kalau inilah keupayaan sebenar NC jangankan bertanding di EPL .. kat div 1 Malaysia pun maunyer kena pukul ngan TNB Kelantan ..ahakz
By deeno
#21678
[:D] Puji nampak....Budak Selangor....tapi...memang patut di puji....lagi2 PAPA DOLLAH.....aku br jer sebut mintak bantuan dia...dah gol....hikhikhik....itulah kelebihan PAPA DOLLAH....dia bijak mengatur strategi dgn pantas....Martellotto plak.....tak di nafikan kelebihan dan kelincahan dia....nasib baik partner dia tak der( Arostigue ) klu tak...lg haru biru....diorang buat try dr luar kotak penalti cantik gak kan....berani mencuba.....[8D] ko dok manerr...semalam ader gak bebudak koboi sawah yg dtg....aku ingat da pupus.....ombak tak leh jadi sbb air da surut....lg pun ramai tak sporting...terutama FRU BODOH tu....benggang tul aku ngan dia.....nasib baik dia FRU.......klu dia U R F**K....memang jahanam la mamat tu.....tengok la nanti kat stadium Bkt. Jalil lak aku buat skli lg.....[:D]
By BudakSelangor
#21679
Kan aku dah cakap .. sekang korang percaya tak? Cuma Abang Dollah ajer NC belum merisik khabar ..Oh yea ..Deeno ..aku duduk sebelah kiri ko atas sket la .. bingit gak bunyi kompang tapi masih tak boleh lawan otai SSFC punya suara bergema satu stadium ..kena la lamar Zahid AF2 untuk lead kumpulan sorak belia 4B MPPJ secepat mungkin ..nampak macam kurang stamina dan lagu tak berapa sedap didengar ..sampaikan Dollah nyer nama pun dibuat lagu ..Kalau praktis kerap dan suara seirama mungkin ada harapan masuk kategori irama malaysia lepas nie ..Apa pun kalau Martellotto dilamar Norwich City dan dia bermain di EPL aku dapat rasakan dia akan menjadi salah seoang pemain yang mendapat perhatian daripada kelab2 gergasi selepas ini ..Bertuah MPPJ dapat player sehebat Martellotto ..Bakatnya dah dikesan ..kalau Proton tak halang Norwich City ..pastinya MPPJ berputih mata ..

Liga Inggeris: Martelotto memukau

Oleh Manan Samad
manansamad@hmetro.com.my

ADA kemungkinan pemain tengah import MPPJ Selangor, Bruno Martelotto disunting kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City.

Ini berikutan persembahan memikatnya ketika MPPJ tunduk 2-3 kepada Norwich dalam perlawanan persahabatan di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Malah Pengurus Norwich, Nigel Worthington ketika ditemui Arena Metro malam tadi mendedahkan beliau akan meneliti perkembangan Martelotto sebelum membuat keputusan mendapatkan khidmatnya.

Worthington nyata terpikat dengan kelincahan pemain berusia 23 tahun itu yang jelas pemain terbaik di atas padang.

“Ada satu dua pemain MPPJ yang memikat perhatian saya, salah satunya ialah pemain nombor 11 yang menjaringkan gol pertama. Dia pemain lincah, berskil tinggi dan bijak merencana gerakan. Tetapi saya bukan jenis individu yang membuat keputusan selepas satu perlawanan.

“Saya akan mengawasi perkembangannya dari semasa ke semasa,” kata bekas pengurus Leeds United itu.

Martelotto mengejutkan hampir 7,000 penonton dengan gol pertama perlawanan apabila rembatannya membias pertahanan Norwich sebelum menewaskan penjaga gol, Paul Gallagher seawal minit pertama. Ia berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil pemain tengah, Azrin Shah Zainal.

Penyerang Norwich, Leon Mc Kenzie menyamakan kedudukan pada minit ke-41 apabila menyungkit bola melepasi penjaga gol MPPJ, Jamsari Sabian.

Kelab yang kembali ke EPL selepas sembilan tahun itu mendahului pada minit ke-65 berikutan kesilapan bodoh kapten MPPJ, Khairil Zainal.

Hantaran lemah Khairil yang ditujukan kepada bek kanan, Aiman Firdaus Abdullah dipintas pemain gantian Norwich, Jim Brennan sebelum menyungkit menewaskan penjaga gol simpanan kebangsaan, Jamsari.

Tidak sampai dua minit, Norwich melebarkan kedudukan hasil penyudah seorang lagi pemain gantian, Ryan Jarvis selepas menerima hantaran pemain tengah, Damien Francis.

Namun MPPJ tidak patah semangat dan berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan cantik penyerang import Croatia, Brenazac Sasa pada minit ke-72 selepas menerima umpanan cantik bek kiri, Kamarulzaman Yub.

Jurulatih MPPJ, Dollah Salleh turut bersetuju Martelotto adalah pemain terbaik perlawanan.

“Semua pemain MPPJ beraksi baik malam ini (tadi) tetapi saya bersetuju Bruno adalah yang terbaik di antara 22 pemain di atas padang,” kata Dollah ketika ditemui Arena Metro.

Pujian buat MPPJ kerana mampu membalas kepercayaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai wakil berikutan kejayaan muncul juara Piala Malaysia tahun lalu.

“Bagi saya, MPPJ pasukan lebih baik, malah kalau tidak kerana kesilapan ketika gol kedua, kita boleh sekurang-kurangnya seri. Tetapi apapun, saya puas hati kerana kami membuktikan kebolehan menentang Norwich.

“Sebelum perlawanan, pasti ramai yang meramalkan kami akan tewas lima atau enam gol tetapi kami membuktikan sebaliknya. Saya katakan kepada pemain tidak perlu takut menentang lawan kerana mereka juga seperti kita, ada dua kaki,” kata bekas penyerang kebangsaan itu
By misai11
#21680
bagus la martelotto ni...man of the match!
aku rase...FAM YG HAMPEH perlu segera bertindak untuk memberi kewarganegaraan MALAYSIA sebelum hari sabtu ni...

so..bleh la mamat ni main sabtu ni..baru idup midfield team kebangsaan...skang ni, nak harap sape je?tengku hazman yg cepat pnat tu?ke shokor adan yg gol nasib?or nanthakumar yg tinggi je lebih tu?

apa salah bg kewarganegaraan je kat mamat ni...
bukan spore je yg buat camtu...france yg power tu pun buat gak camtu..
By misai11
#21681
<blockquote id="quote"><font size="1" face="Verdana, Arial, Helvetica" id="quote">quote:<hr height="1" noshade id="quote"><i>Originally posted by ortega</i>
<br />hehehe deeno..masa kat luar tu aku ngan bini aku berdiri sebelah ko jek...sampai ko bg tiket kat brader yg bawak anak tu hehehe..saja je tak tegur..apa2 pun tahniah kat MPPJ..import diorang bg aku mmg best..
<hr height="1" noshade id="quote"></blockquote id="quote"></font id="quote">

AKU PUN NAMPAK INSIDEN DEENO BAGI TIKET KAT BRADER TU..SAJE JE USHA DARI JAUH JE..SBB TGH TUNGGU BS...TP BS LAK BAIK ATI..BG TIKET FREE KAT AKU..HEHEH..THANX GENG!! ORTEGA PLAK..AKU PARK JE MOTO,TRUS SERGAH AKU DARI BLAKANG, INGATKAN SAPE PLAK LA YG NAK POW AKU..HEHEH