[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
selangkah ke semi - Public Bank 2 v Kedah 0 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By misai11
#32044
okla...sian plak kat team kelab ni..
takde liputan...

so..sempena ada sembang kelab selangor ni...
kornag komen gak la psl game suku akhir ni..

lgpun..klu public bank menang..dan masuk semi..diorg takkan jumpe sgor..

dan nak lagik best...sgor v pb kat final..kompom piala mesia takkan ke mane..hehehe

public pun cam dah ok...menang besar...dgn fareed shah kembali mengganas...

kedah pun sama2 mengganas...

dan sabtu ni leh la sape2 yg busan n tak dpt nak join pi kuantan..leh la gi bkt jalil tgk pb v kedah nie..[:D]
By Max_07s
#26179
malas aku nak gi bukit jalil..baik last game aku tgk selangor main...tapi kalu ikut skang ni..kedah nampak yer konsisten skit,..tapi bola kan..tak tau..ape2 pun bole jadi..
By tayar selangor
#26205
kenari time liga super layu je memanjang..
maybe kepak x charge kot..
tapi time piala mesia ni, kuat bebenor kayuhannya..
By Potti
#26239
tapi aku rasa public bank pun boleh pegi sebab public ni kalau kena push memang jadi setan tengok la sarawak kena cam mana
By poetye
#26259
Satu pertemuan yang dijangka menarik..

kalau main kt Bukit Jalil, aku rasa Public Bank ada advantage untuk menang.. kalau menang tu bukan kecik2 anak punya score.. mau gak 4/5 bijik gol..

untuk Kedah, harapan untuk score dah tentu kat Akmal ngan Magno.. Public Bank plak Milan Strelec & Fareed Shah (masa main ngan Selangor hampeh tull!! ) mungkin satu game yang menarik kat std bkt jalil yang berkemungkinan akan dipenuhi penyokong hijau kuning.. pasai penyokong Kedah mmg fanatik tul.. tapi still ada lalang gak! tapi lalang dia org ni tak kemana2.. duk kt rumah je..

tak macam kt Selangor, lalang akan sentiasa berubah2.. kejap MPPJ, kejap Public Bank, kejap PKNS dan kadangkala MKLand.. pastu baru Selangor..

Prediction aku :
Public Bank 2 - Kedah 0
By BudakSelangor
#26266
Ok la..ok la ..aku ngaku aku LALANG ..he..he.. walau pun aku kebanyakan game tengok Selangor ajer .. Tak tahu mengapa Public Bank pun dah jadi lemau tiba2 pastu kuat balik ..hmm ..Aku rasa kekuatan Kedah ialah kerana Pahang taknak menang tapi tak sangka kena bungkus 5 - 1 kat Alor Star ..memang Pahang mengidam nak jumpa Selangor sebab menjangkakan agak sukar ketika Public Bank ..rupa2nya terlepas anak rimau masuk ke mulut gergasi merah ..siap la ko anak gajah ..masak lomak cili api pun sodap nih .. Berbalik kepada perlawanan Public Bank dan Kedah ..aku ramalkan Public Bank akan menang ke atas Kedah ..Berapa jaringan ..tak berani mau cakap ..tanya sama Fareed Shah ..kalau dia kata nak score 3 bijik memang kenduri gol la malam tu ..
By misai11
#26333
HMMM..mungkinkah game ni akan disiarkan secara langsung mlm esok??
hehehehe..sama2 la kite nantikan...

nampaknyer tv3 dah reserve utk live piala mesia dlm slot mlm esok..

www.tv3.com.my

korg akan lihat cerekarama (tanpa tajuk cerita n sinopsis) dijadualkan kul 9...(biasenyer kul 10)

dan majalah 3 kul 11...(biase kul 9)

ni teori aku aje...
cerekarama tu saje2 je nak kaver live bola..
n majalah 3 tu btul2 la dia siar pas abis live bola..

btul ke tidak...sama2 la tunggu malam esok ek...[:D]
By gergasimerah
#26412
dari sumber yg bleh dipercayai
malam nih mmg ada live melibatkan
public bank vs kedah..
malas plak nak pegi pasal
tiket game pb nih mahal rm 15
dah tau penyokong takder pun letak
harga mahal2 dimanakah relevannya
dah la nak pi sana tol rm 6 + 15
huh tak bebaloi..kalau selangor len
la cite..
By firrdaus
#26426
aku cukup berangin satu badan dgn pengulas siaran langsung nih..ntah hapa hapa ntah..boleh dikatakan suma yg diulasnya tk betul..buat sakit ati je dgr..bayangkanlah kalau org buta (alhamdulillah aku celik mata) dgr mmg confirm akn terkeliru..buat serkawi-belajor2lah apa tu gerakan menarik apa tu dead ball situation apa tu hantaran cross lintang dan jgn sesuka hati komen gerakan menarik kalau akmal baru tahan bola pastu hantar ntah kemana sampai bini aku boleh tanya tkkan itu pun dia kata menarik? satu soalan bini aku yg aku tkdapat nk jawab-tkkan itu rupa main akmal tu?dgr sembang budak kedah kt opis bagus sgt tp cam rudi ramli je main..
By poetye
#26427
memandangkan aku keje malam.. so, aku tak dapek nak tengok kt stadium.. cadangnya nak tengok kt TV aje.. malangnya orang rumah aku dok sibuk nak tengok konsert re union AF.. melepas la jugak.. itu pun curik2 jugak tukar channel time iklan.. memula tengok still 0-0.. tengok sekali lagi dah 1-0.. tengok sekali lagi dah 2-0 la pulak.. apa yang aku tak dapat tengok.. camne bola yang masuk gol aje..[:(]
By gergasimerah
#26435
gol petama hasil tandukkan
fuentes hantaranlintang dari
hardi ahmad sebelah kanan.(
dalam radio cakap hantaran sowang player india)
fuentes mengatasi pertahanan kedah jersi 25
sebelum menanduk masuk menewas kan penjaga gol
kedah..gol kedua hasil sepakkan percuma
yang diambil oleh ivan ziga terkena palang ketika
penjaga gol dah pun tertewas..pemain import kedua
lupa lak nama dia..tinggal tanduk masuk jerk..
By poetye
#26436
tengkiu gergasi atas info tu.
By xeonuum
#26452
nampaknya betul ramalan poetye...ko memang hebat..
isnyaAllah piala malaysia berlegar kat lembah kelang je la..
By tayar selangor
#26477
Insya Allah.. Harap ghope itulah..
tapi memang betullah, apa yg si firr cakap..
wat sakit gegendang telinga je dengor ulasan live mlm tadi..
ditambah plak ngan pengulas yg terakhir lepas game tu.. ntah ape namanye..
By gergasimerah
#26478
Piala Malaysia: Public Bank bakal raih ‘dividen’ separuh akhir
<b>Oleh Harris Rajahdin</b>

PUBLIC Bank bakal meraih 'dividen' separuh akhir selepas menampilkan persembahan memberangsangkan untuk menang 2-0 ke atas Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
I k l a n




Naib juara Liga Super 2004 itu pada awalnya kelihatan akan berdepan dengan masalah selepas Kedah bermula dengan baik pada separuh masa pertama.

Sang Kenari seolah-olah bangun daripada mimpi ngeri Liga Super yang menyaksikan mereka menamatkan kempen di tangga tercorot dengan acap kali menyerang ke kubu The Bankers pada separuh masa pertama.

Hijau Kuning bermula garang seawal minit keempat melalui percubaan Hasmawi Hassan yang melepasi palang selepas menerima hantaran penyerang kebangsaan, Akmal Rizal.

Tiga minit kemudian, giliran perancang Brazil, Marcos Magno Tavares menyaksikan ledakannya menjunam tinggi melepasi sebelah kanan pintu gol, diiringi keluh kesah 300 penyokong pasukan pelawat.

Public Bank yang membiarkan Kedah menguasai permainan pada minit awal bangkit pada minit ke-12 melalui tandukan yang sedikit tinggi daripada sepakan sudut ketua pasukan, Ivan Ziga.

The Bankers sukar melepasi pertahanan Kedah yang diketuai oleh Victor Andraq yang mempunyai tugas utama mengawal Mohd Fareed Shah Hassan, namun sekali sekala berjaya mencuri peluang melalui Mohd Hardi Ahmad yang merembat sipi sebelah kanan pada minit ke-20.

<b><font color="red">Mark Damum Sagar </font id="red"></b>berjaya melepaskan diri pada minit ke-42 namun menemui benteng kuat Hijau Kuning sukar ditembusi dengan rembatannya menemui sisi jaring.

Kedah menamatkan separuh masa kedua seperti mana mereka memulakannya dengan sepakan percuma pemain bertocang Marcos Magno tersasar di sebelah kiri pintu gol.

Pasukan bimbingan E Elavarasan menghukum Kedah yang gagal memanfaatkan peluang-peluang mereka pada separuh masa pertama apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-59 melalui pemain gantian, <b><font color="red">Gustavo Fuentes yang menggantikan Mohd Fareed Shah Hassan tujuh minit selepas rehat.

Pemain Argentina yang dipinjamkan daripada MPPJ </font id="red"></b>selepas kegagalan pasukan itu untuk mara ke suku akhir menanduk masuk ke selepas menerima hantaran lintang sebelah kanan, Muhammad Hardi Ahmad.

Milan Sterlec kemudiannya mengejutkan Sang Kenari apabila menanduk masuk sepakan percuma Ivan Ziga yang melantun keluar palang gol pada minit ke-69 bagi menambah 'deposit' gol untuk dibawa sebagai bekalan bertandang ke Alor Setar pada perlawanan suku akhir kedua.

Kedah melontarkan dadu buat kali terakhir dengan mengeluarkan Akmal Rizal dan menggantikannya dengan Mohd Rafdi Rashid, namun tidak berhasil selepas rembatannya diselamatkan V Murugan pada minit ke-88.


*adeh sakit perut aku baca laporan nih..penulis nih dia datang dari unit mana nih..mesti unit jenayah berat nih..sampai tak tau apa apa pasal palayer public bank..ada ke <b><font color="red">MARK DAMUN</font id="red"></b>boleh
jadi striker..setau aku dia gol keeper..<b><font color="red">gustavo fuentes..bila masa plak pinjam dari MPPJ..dlm team mppj takder pun sowang nama fuentes..selangor ada la..</font id="red"></b>