[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By poetye
#32098
dari apa yang kita dah tahu, berkemungkinan Dollah Salleh akan menjadi coach Selangor dan juga bakal membawa beberapa orang player dari MPPJ untuk bermain dengan Selangor nanti.

Persoalannya sekarang.. apakah akan terjadi pada team MPPJ tahun depan memandangkan mereka akan bermain dalam liga Super.. sepatutnya mereka telah bersedia dari sekarang untuk memantapkan lagi pasukan mereka untuk tahun depan yang bakal berdepan dengan pasukan2 yg elit dan konsistan( kononnya) atau mungkinkah MPPJ plak akan jadi pasukan belasahan sebagaimana yang terjadi keatas Kedah..

kem MPPJ sekarang ni sunyi tanpa berita walaupun dah keluar berita Dollah akan ke Selangor, mereka pulak diam seribu bahasa dalam mencari pengganti Dollah dan pemain2 yang turut berhijrah..
Last edited by poetye on Sat 07 May, 2005 11:59 pm, edited 1 time in total.
By misai11
#28789
<font color="red">BERITA HARIAN

MPPJ gugur Branezac
Oleh Noor Jaafar</font id="red">


JUARA Piala Malaysia musim lalu, MPPJ Selangor menggugurkan penyerang importnya dari Croatia, Sasa Branezac dan kini memburu penggempur lebih berbisa bagi memantapkan bahagian serangan menjelang musim bola sepak Liga Super 2005.



<font color="red">Pengurus pasukan MPPJ, Aznan Hassan</font id="red">, berkata walaupun Sasa menyumbangkan 19 gol untuk MPPJ sepanjang musim ini, pasukan itu mahukan seorang penyerang yang setanding dengan bekas penyerang importnya dari Argentina, Juan Manuel Arostegui.

“Arostegui menyumbangkan 50 gol sepanjang musim lalu dan membantu skuad ini mencipta sejarah sebagai kelab pertama menjulang Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

“Sayangnya Arostegui kini bermain dengan sebuah kelab di Mexico dan <font color="red">MPPJ sedang berunding dengan seorang penyerang dari Eropah.</font id="red">

“Setakat ini, kami belum mencapai kata sepakat dan sebab itu belum dapat menyatakan nama pemain berkenaan serta negara asalnya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dua lagi pemain import dari Argentina iaitu <font color="red">Bruno Sebastian Martelotto dan Fabricio Rene Franceschi dikekalkan jika kedua-dua pemain itu bersetuju untuk terus bersama MPPJ musim depan.</font id="red">

“Ini adalah perancangan pasukan dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap sebagai persiapan menghadapi saingan lebih sengit musim 2005,” katanya.

Aznan berkata, MPPJ juga <font color="red">menggugurkan lima pemain tempatan iaitu Shukri Harun, Norhisham Ismail, Walter Antaha, Mohd Yusoff Ahmad dan Abdul Halim Adam.</font id="red">

“<font color="red">Dollah Salleh</font id="red"> juga sudah mengenal pasti pemain tempatan yang akan diambil mengisi kekosongan bagi menggenapkan 25 pemain. Bagaimanapun ia bergantung kepada persetujuan pemain terbabit untuk bermain dengan MPPJ musim depan,” katanya.

“Kalau boleh MPPJ mahu penyerang yang sesuai dengan perancangan pasukan untuk menjadi pasangan Martelotto dan Franceschi sebagai penggempur dan perancang pasukan musim depan.

Beliau berkata, <font color="red">Sasa sudah dibebaskan untuk membolehkan pemain itu mencari pasukan lain walaupun kontraknya tamat Disember ini.</font id="red">

Ditanya mengenai kegagalan MPPJ mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia walaupun muncul juara Liga Perdana musim ini, beliau berkata, pada beberapa perlawanan terakhir, skuad itu gagal menurunkan skuad penuh kerana beberapa pemain tonggak dilanda kecederaan.

“Antara pemain yang dilanda kecederaan dan tidak dapat membantu sepenuhnya MPPJ sepanjang musim ini ialah Nizaruddin Yusoff, Yuzaiman Zahari, Khairil Zainal dan penjaga gol, Jamsari Sabian,” katanya.
Last edited by misai11 on Sun 12 Feb, 2006 9:58 am, edited 1 time in total.
By raul7
#29015
Kalau pengurus diorg bijak,
mayb dia bole pancing pemain-pemain baru atau pemain-pemain muda.
esp Pemain dari bukit jalil.
Mana lah tahu ada yg berkaliber.

Pasal coach,dia bole pancing Ken worden,Robert alberts,Allan harris.
By miwanbaros
#29106
kalau tiap2 tahun tukar presiden merangkap YDP mcm mana nak maju... asyik tukar prosedur dengan planning je... orang ni nak macam ni.. orang tu pulak nak lain... yang berjanji orang lain... yg tak tunaikan pun orang lain... takpelah... sekurang-kurangnya pernah cipta sejarah jadi juara Piala Malaysia...
By spritzer
#29114
ada lagi ke pemain MPPJ yg asal? masa main liga FAM dulu?
By Guest
#29186
<b>SOCCER: Dollah's departure may lead to MPPJ's downfall </b>
Rizal Hashim
Oct 25:
--------------------------------------------------------------------------------

DOLLAH SALLEH’S immi- nent departure to big brother Selangor could trigger a mas- sive overhaul for 2003 Ma- laysia Cup winners, MPPJ.
Dollah, who guided MPPJ to the history-making run last year and then promotion to Super League this year, is almost certain to sign as the Red Giants' coach, the team he played for with distinction from 1987 to 1990.

Selangor team manager Datuk Satim Diman, said the deal to lure Dollah back to the Red Giants has been finalised.

"I will divulge the details upon my return," said Satim yesterday.

Also expected to follow Dollah to Shah Alam from Kela- na Jaya are goalkeeper Jamsari Sabian, striker Haris Safwan Mohd Kamal and midfielder Aiman Tan.

Candidates to succeed Dollah at MPPJ include national youth coach K. Rajagopal, Reduan Abdullah, who laid the foundations for MPPJ by taking them through the Dunhill League, FAM Cup and the old Premier II, Perak coach Toni Netto and former Kedah tactician, Azman Eusoff.

Rajagopal's contract at the FA of Malaysia (FAM) ends in December.

Netto, who took Perak to the FA Cup recently, is consi- dering a move following disclosure Dutchman Robert Alberts may replace him.

Whoever succeeds Dollah will face an acid test because it is learnt MPPJ, under the new management, intend to cut their budget for next year – even though they will be among the top eight teams in the elite division.

With Dollah's unique ma- nagement skills gone, it remains to be seen whether MPPJ's foreign duo, Bruno Martelotto and Fabrizio Franceschi, will feature in the 2005 line-up.
By poetye
#29515
MPPJ sudah sedia tanpa Dollah

MPPJ Selangor yang bakal beraksi dalam Liga Super Malaysia (MSL) 2005 tetap tenang meneruskan agenda persiapan menghadapi musim baru walaupun terdapat desas-desus mengatakan jurulatih mereka, Dollah Salleh akan meninggalkan mereka untuk menyertai Selangor.

Malah, juara Piala Malaysia musim lalu itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung masa depan jurulatih berkenaan sekali pun Dollah memutuskan untuk tidak bersama mereka lagi musim depan.

Pengurus pasukan, Aznan Hassan, berkata persiapan MPPJ untuk menghadapi musim baru tetap berjalan lancar dan dijangka mula merangka skuad sebaik selesai sesi pemilihan yang bermula minggu depan.

Sambil mengakui MPPJ masih memerlukan khidmat Dollah untuk membimbing skuad mereka, Aznan juga menjelaskan pihaknya merestui apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh bekas penyerang kebangsaan yang menerajui kejayaan skuad itu untuk mencipta sejarah muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia musim lalu.

“Kami kini hanya menumpukan pada pembentukan skuad terlebih dulu dan tidak terlalu memikirkan perkara itu kerana ia terpulang kepada Dollah sendiri untuk menentukan masa depannya.

“Khidmatnya memang masih diperlukan untuk membimbing skuad menghadapi saingan elit Liga Super musim depan, tetapi jika dia memutuskan untuk pergi, MPPJ juga tidak mahu menghalang hasratnya,” katanya sambil mendedahkan MPPJ turut mempunyai senarai beberapa calon untuk dipertimbangkan jika Dollah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan.

Antara calon yang disebut-sebut adalah bekas jurulatih MPPJ sendiri, Reduan Abdullah tetapi Aznan enggan memberikan nama calon yang ada kerana menganggap ia masih terlalu awal.

Kontrak Dollah bersama MPPJ akan tamat hujung tahun ini dan kedua-dua pihak masih dalam peringkat rundingan sama ada meneruskan kontrak atau tidak.

Namun, laporan akhbar kebelakangan ini mendedahkan dia sedang dipancing oleh Selangor untuk membantu mereka menghadapi kempen Liga Perdana musim depan.

Begitupun Dollah dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran Merah Kuning itu dan Aznan menjelaskan jurulatih itu ada memaklumkan kepada pengurusan bahawa dia akan memberi notis awal jika mahu meninggalkan pasukan.

“Kami berpegang kepada janjinya jika ingin meninggalkan pasukan, dia akan memaklumkan kepada kami lebih awal supaya mudah untuk dibuat perancangan.

“Saya harap Dollah memegang janjinya itu supaya kami tidak terjejas jika dia memutuskan untuk tidak bersama kami lagi,” katanya
By misai11
#29546
mppj ni pun satu hal...

dah buat dollah kecik ati n putus asa utk latih mppj..
pastu dgr sgor nak amik dollah...baru terhegeh2 balik nak offer dollah macam2...

ala..amik je la redzuan abdullah tu..
dia la coach yg mula2 naikkan mppj nie...ok apa...

lg satu...kan mppj akan naik taraf jd bandaraya...
klu tak silap aku la..

so..cam shah alam la..dulu MPSA...skang jd MBSA

klu MPPJ tuka jd bandaraya....kena la panggil MBPJ
hehe..klakar la plak..cam tak best je [:D]
By jingo78
#30411
MPPJ TERJEJAS TANPA KELIBAT DOLLAH.
betul ke?

selagi aku bernyawe selangor tetap di hati

hidup selangor viva aselangor[8D]
By misai11
#30415
<font color="red">PETIKAN BERITA MINGGU - 7/11/04</font id="red">

<font size="3"><font color="blue">MPPJ terjejas tanpa kelibat Dollah</font id="blue"></font id="size3">
Oleh Noor Jaafar


PERSIAPAN juara Piala Malaysia musim lalu, MPPJ Selangor yang melangkah ke Liga Super 2005 sedikit terjejas berikutan ketiadaan Dollah Salleh serta beberapa pemain tonggak yang dikatakan akan memperkuatkan skuad Merah Kuning musim depan.

Berikutan itu, MPPJ terpaksa mendapatkan khidmat jurulatih lain dan mengambil beberapa pemain lain bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi cabaran lebih sengit dalam Liga Super musim depan.

Selaku kelab pertama menjuarai Piala Malaysia, juara Piala Sumbangsih dan juara Liga Perdana 2004 ketika skuad itu dikendalikan Dollah, MPPJ sudah pasti akan mempertahankan reputasi berkenaan daripada tercalar.

Presiden kelab MPPJ, Datuk Ahmad Termizi Putih, berkata walaupun ketiadaan Dollah dianggap satu kehilangan besar, namun MPPJ tidak dapat menghalang hasrat bekas penyerang kebangsaan itu untuk berkhidmat dengan Selangor.

Mengenai hasrat beberapa pemain MPPJ yang dikatakan akan mengikuti jejak langkah Dollah memperkuatkan Selangor yang masih bersaing dalam Liga Perdana musim ini, Yang Dipertua MPPJ itu berkata, setakat pemain terbabit belum memaklumkan mengenai hasrat mereka.

“<font color="red">MPPJ juga tidak berhasrat menghalang hasrat pemain berhijrah ke Selangor, tetapi sepatutnya mereka memaklumkan perkara itu terlebih dahulu walaupun kontrak mereka akan tamat akhir tahun ini</font id="red">,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, MPPJ memang bercadang mendapatkan jurulatih baru bagi menggantikan Dollah dan nama beberapa jurulatih ada dikemukakan kepada pihak pengurusan, tetapi setakat ini belum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, pemain daripada pasukan lain juga ada menghubungi dan menyatakan hasrat mereka untuk bermain dengan MPPJ musim depan dan kemampuan mereka akan dinilai pada ujian pemilihan yang akan kendalikan nanti.

“<font color="red">Jurulatih yang bakal diambil nanti pasti yang mampu mempertahankan reputasi MPPJ, sekurang-kurangnya sudah membuktikan kemampuan membawa kejayaan ketika mengendalikan pasukan lain sebelum ini</font id="red">,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, pemain MPPJ yang disenarai akan memperkuatkan Selangor ialah penjaga gol, Jamsari Sabian, Mohd Aiman Firdaus Tan Abdullah dan penyerang, Haris Safwan Kamal.

Manakala mengikut sumber antara beberapa jurulatih yang disenarai akan ditawar MPPJ bagi menggantikan Dollah ialah <font color="red">Redzuan Abdullah, Abdul Rahman Ibrahim (jurulatih TNB Kelantan), Toni Netto (Perak) dan Steve Butler (bekas jurulatih Sabah)</font id="red">.

Bagaimanapun, Ahmad Termizi enggan mengulas mengenai jurulatih yang disebut-sebut itu kerana pihak pengurusan MPPJ belum memutuskan perkara itu.

Mengenai kedudukan pemain import pula, beliau berkata, ada pemain import musim ini akan kekal bermain dengan MPPJ musim depan dan selebihnya MPPJ terpaksa mendapatkan penyerang import lain kerana <font color="red">Sasa Branezac dari Croatia sudah digugur dan ditamatkan kontraknya</font id="red">.

“<font color="red">Kita tunggulah nanti sama ada Bruno Martelotto atau Fabricio Franceschi, akan kekal kerana dua pemain dari Argentina itu masih dikekalkan dalam senarai pemain yang bakal menyarung jersi skuad Black Widow itu musim depan</font id="red">,” katanya.
By gergasimerah
#30418
bukan ke dalam satu negeri
satu je bleh naik taraf..
kalau dah shah alam bandaraya
takkan la petaling jaya pun
leh jadi bandaraya gak..
By merah padam
#32518
ape cite mppj sekang ni?....senyap je...yg aku dengar nizar je yg komen....
By ortega
#32520
merah padam wrote:ape cite mppj sekang ni?....senyap je...yg aku dengar [size=7]nizar je yg komen[/size]....


apa komen dia pin?? :?:
By merah padam
#32522
ortega wrote:
merah padam wrote:ape cite mppj sekang ni?....senyap je...yg aku dengar [size=7]nizar je yg komen[/size]....


apa komen dia pin?? :?:


alah kan dulu mase teammate dia yg lain mcm jamsari n rest masuk selangor....dia cakap..."tidak akan mengikut jejak langkah rakan lain"...artikel dlm utusan malaysia, tak ingat tarikh....artikel tu pun aku bace setengah je...
By rizuan5349
#32532
dia cakap camtu pasal takda team nak dia...dah berat....biar laa dia ngan angan-angannya...dulu pun dia yang blah dari selangor......aku rasa kalau selangor offer nak gak tu........tapi fAS tak terpikir pun pasal dia..........
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 52