[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - Page 49 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By mehmet2020
#150690
Padanler penguatkuasa MBPJ pun mcm malas nak buat kerja jer. Rupa-rupanya Datuk Bandar MBPJ pun mcm tuh jugak. :evil:
By ku zefri
#150693
dipetik dari berita harian 17/8/06

MPPJ bakal berkubur selepas lima musim


DENGAN berbaki kurang seminggu sebelum tamat tarikh tutup pendaftaran pasukan Liga Super musim depan yang dilanjutkan kepada 23 Ogos ini buat MPPJ, ketiadaan langkah susulan untuk menyelamatkan kelab itu sehingga kini memberikan petunjuk barisan jolokan ‘Chelsea Malaysia’ akan berkubur selepas hanya limamusim beraksi di kancah liga domestik.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd Amin yang terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab itu, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang hitam putih daripada MPPJ sama ada masih berminat untuk menyertai Liga Super 2006/07.
Sungguh pun diberikan lanjutan pendaftaran daripada tarikh asal 31 Julai yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), peluang itu tidak digunakan dengan baiknya oleh juara Piala Malaysia 2003 itu yang kini buntu dengan langkah seterusnya yang perlu diambil selepas perbincangan diadakan dengan FAS, badan induk menaungi MPPJ.

“Mereka (MPPJ) belum membuat sebarang langkah susulan. Semalam (kelmarin) pihak pengurusan kelab sudah mengadakan mesyuarat sesama mereka tetapi masih belum menyatakan kepada kami (FAS) sama ada masih mahu berminat untuk menyertai Liga M atau tidak.

“Mereka (pengurusan) akan menunggu pengumuman Datuk Bandar baru sebelum membuat keputusan.

“Saya sudah menasihati mereka mengenai perkara ini (pendaftaran) dan berharap mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya,” katanya.

Jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya merangkap tugasan presiden kelab MPPJ itu dikosongkan oleh Datuk Ahmad Termizi Puteh berikutan persaraannya kelmarin.

Pemangku Datuk Bandar, Setiausaha Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Zulkepli Ahmad yang memulakan tugasnya secara rasmi semalam berdepan masalah menyelesaikan hutang gaji tertunggak dianggarkan mencecah RM1.2 juta di samping mengekalkan kelab itu dalam pentas bola sepak domestik.

Namun, ia mungkin terlambat buat mereka dengan FAM berkemungkinan besar akan menolak terus penyertaan lewat mereka dalam Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang Rabu depan.

“Jikalau mereka mendaftar sekalipun sebelum 23 Ogos (Rabu depan), peraturan menetapkan bahawa tarikh akhir pendaftaran adalah pada 31 Julai.

“Terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia sama ada untuk menerima kemasukan mereka selepas itu,” katanya.
By RIZAL 61
#150699
ASSALAMUIAKUM & SELAMAT SEJAHTERA,

SAYANG BETUL! APE KAN DAYA! ALL THE BEST MBPJ!

ULANGI :-

xxxxxx PUNYEE PUNYAI PEMIMPIN! :evil:
By ku zefri
#150700
MPPJ maybe dah tiada dalam liga super next season,kot2 MBPJ yang ganti...he.sekadar melawak

:lol:
By ZaHiD
#150730
sorry OT
By RIZAL 61
#150749
ASSALAMUIAKUM & SELAMAT SEJAHTERA,

ALAMAK PERKATAANKU DI XXXXXXXXXXXXX KAN. SORI MOD AKU CUKUP TAK SUKA SIKAP DIA SEBENARNYA! LARI TANGGUNGJAWAP! CERGAS! :roll:
By liverpool
#150792
sorry OT
By ortega
#150793
deeno...please use proper channel like email...or contact the person directly if u have any question..or any dissatisfaction on the individual itself..tq...
By deeno
#150804
ortega wrote:deeno...please use proper channel like email...or contact the person directly if u have any question..or any dissatisfaction on the individual itself..tq...


dan pastikan segala bentuk yg boleh menjatuhkan imej seseorng atau yg sewaktu dgnnyer juga tdk d sebarkan dlm laman ini....aku sedia bekerjasama jika korang juga begitu...dan yg lain2 juga begitu....kita berforum bkn nak cari musuh tp utk megeratkan silaturahim serta bertukar pendapat.....PEACE......
By deeno
#150808
BudakSelangor wrote:Aisey ..makin ke belakang la bolasepak tempatan macam nie .. Kalau makin banyak kelab tarik diri tinggal pasukan negeri yang masih mengekalkan orang2 politik dalam pengurusan serupa la macam FAM gak .. Lingkup ker .. merudum ker .. tak kisah .. Janji ada kerajaan negeri nak langsaikan hutang .. Dengar cerita MyTeam dah pun beli kelab dari Perak tu .. lupa plak namanya .. hmm ..Untuk setahun nama tersebut digunakan dan selepas itu mungkin nama MyTeam diguna pakai dalam pendaftaran .. Sayang sungguh jika MPPJ terpaksa tarik diri dari menyertai liga hanya kerana pengurusan tidak berminat nak menguruskan team itu musim depan .. Lebih baik dijual ajer kelab tersebut awal2 lagi sebelum membiarkan tarikh akhir pendaftaran berlalu pergi .. Mungkin ada pihak2 yang boleh bagi proposal yang mungkin boleh mendatangkan keuntungan bagi kedua2 pihak .. Aku percaya masalah ini hanyalah berpunca daripada pengurusan sahaja ..


aku pun setuju gak...bola sepak kita makin kebelakang la jawabnyer...dah la kelab makin sikit yg join pas tu lagi dgn ranking terbaru pasukan MAS yg semakin jauhhhhhh...entahlah..ble la agaknyer mutu bola kita nie nak brubah.....
By ortega
#150813
ok complaint recieved..housekeeping in progress..
By deeno
#150816
sorry OT
By firdaus
#151625
NOKTAH kepastian mengenai nasib penyertaan kelab MPPJ dalam kancah Liga Super musim depan, belum dimuktamadkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, dalam mesyuarat semalam, membenarkan rayuan MPPJ supaya diberi tempoh sehingga minggu depan untuk menerokai kemungkinan supaya penyertaan mereka dapat diselamatkan.

MPPJ sudah menghantar surat rayuan kepada FAM, meminta diberi masa sehingga 30 Ogos ini.

Alasan yang diberikan ialah mereka mahu menanti pelantikan Datuk Bandar Petaling Jaya yang baru selain menunggu mesyuarat Lembaga MBPJ tidak lama lagi.

Mengambil kira kesungguhan mereka, jawatankuasa bersetuju meluluskan rayuan untuk menangguhkan pengesahan penyertaan mereka dalam Liga Super musim depan, kata pengerusi jawatankuasa, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

MPPJ sebelumnya gagal menghantar pengesahan penyertaan sebaik tamat tarikh tutup pada 30 Julai lalu yang sekali gus mencetus kemungkinan barisan juara Piala Malaysia 2003 itu tercicir daripada pentas saingan.

Kemungkinan itu timbul ketika pengurusan MPPJ kini dibebani masalah hutang, difahamkan mencecah RM1.2 juta termasuk pembayaran gaji pemain skuad utama dan Liga Simpanan yang sudah tertunggak selama tiga bulan.

Andainya tiada pengesahan terjelma selepas 30 Ogos nanti, FAM membayangkan kesediaan untuk memulakan saingan Liga Super musim depan dengan hanya 13 pasukan, berbanding 14 barisan yang ditetapkan sebelumnya.

Jika MPPJ sah tidak dapat turut serta, tiada pasukan pengganti akan dipilih mengisi tempat mereka. Kita akan langsungkan Liga Super dengan hanya 13 pasukan, kata Raja Ahmad Zainuddin.
By RIZAL 61
#151898
ASSALAMUAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA,

HAI BUNYI MACAM FAM NAK JUGA MBPJ KAT LIGA SUPER NEXT SEASON NI! ENTAHLA! :roll:
By gergasimerah
#151951
RIZAL 61 wrote:ASSALAMUAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA,

HAI BUNYI MACAM FAM NAK JUGA MBPJ KAT LIGA SUPER NEXT SEASON NI! ENTAHLA! :roll:


dalam istilah chat room menulis mengunakan huruf besar seolah olah anda sedang menjerit sama juga menulis dengan huruf besar disini...ko tengah menjerit ke nih..takyah terpekik takder org atasan yg baca pun....
  • 1
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52