[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - Page 51 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By firdaus
#154328
azharfcsum wrote:dalam berita tadi...mbpj kena gantung 2 thn drp sebarang kejohanan anjuran FAM....kena denda 50000 plak tu...napa tak guna je player piala presiden mbpj je main super league tahun depan..jimat skit kos..ayam pun ayam la..janji budak2 ni leh expose...
apalah berita ni cam haprak je..kena gantung apsal lak? denda apa lak? apsal lak mppj kena ikut peraturan suma ni? kan org nombor 1 Selangor lg besar power dr FAM, boleh tentukan team mppj stay ke tk..apa lak kena gantung kena denda lak ni?

kan sumber tidak rasmi dah bgtau mppj akan kekal dlm liga sbb org nombor 1 negeri Selangor tknk MPPJ terkeluar dari LIGA dan info dr ketua kelab penyokong mppj dah bgtau yg mppj akan stay dlm liga cume player jer tak tahu sape..

cerita ikut mulut org2 dalam MPPJ kan sahih lagi tepat..berita tv ni mana tau..ingat urat khabar atau tv kat malaysia nie bg info betul sgt ker?...mereka tu nak mensedapkan cerita dan melariskan produk keluaran mereka ajer..tu taktik bisness je..

kalau kt luar negara dah lama berita ni kena saman tau..berita ni punya maklumat lengkap mcm pegawai FAM tapi haprak gak..
By simistri
#154333
MPPJ kena gantung dua tahun
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR – MPPJ yang menjuarai Piala Malaysia 2003, digantung daripada sebarang pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun dan didenda RM50,000 setelah dianggap menarik diri daripada Liga Super musim depan.

Hukuman itu dijatuhkan, semalam apabila mendapati mereka masih tidak memberikan sebarang maklum balas biarpun tarikh pendaftaran pasukan bagi liga mulai Disember ini, dilanjutkan sehingga akhir bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, ketiadaan MPPJ mengakibatkan Liga Super 2006-07 hanya tinggal 13 pasukan termasuk dua lagi kelab, TM dan Johor FC.

“Kami menganggap MPPJ tidak berminat bermain dalam Liga Super namun tiada pasukan Liga Perdana yang akan dinaikkan sebagai penggantinya,” katanya di Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Basri Akil dipanggil semula menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM, minggu depan kerana didakwa mengkritik badan induk itu di akhbar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, bekas pengurus pasukan Kedah itu diberi peluang kedua untuk membela diri selepas tidak hadir pada mesyuarat jawatankuasa itu, semalam.

Basri, pengurus pasukan Kedah itu dikatakan kerap mengkritik FAM berhubung pembangunan bola sepak di peringkat Akademi FAM yang dihentikan selepas beberapa tahun atas alasan menemui kegagalan.
By deeno
#154336
nampaknye makin kurang kelab la main tahun depan....Johor FC dan Mpsj pun kantoi gak....tinggallah Selangor dan PKNS aje yg akan membawa perjuangan dan mengharumkan nama negeri......huhuhuhu....

MKLAND,P.BANK,MPSJ sudah berkubur......lepas nie sape plak???
By mahfiz
#154337
Kalau dulu terdapat 5 pasukan di bawah Selangor iaitu Selangor, Public Bank, MPPJ, PKNS dan MK Land yang main dalam Liga Malaysia. Kini dengan hukuman gantung terhadap team 'Chelsea Malaysia' selama 2 tahun, yang tinggal hanyalah Selangor dan PKNS.

Ke manalah hala tuju 'penyokong setia' MPPJ? Wakakakakakakaka.... :P :P :P
By ZaHiD
#154346
MB pun dah tak dapat nak kaver lagi dah , cukup lah dapat bodek MB Perlis jatuhkan pertuduhan RM60,000 tuh kalau tak lagi kedana MPPJ nih , kurasakan cam baru semalam , berita2 panas "MPPJ berbelanja RM10 Juta untuk MSL 2005/06" nasib mereka bertambah malang bagaikan dah jatuh ditimpa tangga , Juara MSL ntah kemana , Piala FA pun tak nampak bayang apatahlagi kantoi di suku akhir PM , tuh belom cerita lagi ngan yang tak dapat gaji laa...ntah hapa2 lagi arr , sewabeli ngan Nantha sekali ngan Wing Hoong rumah kedai terpaksa ditarikbalik kot hehehe mungkin "kan sumber tidak rasmi dah bgtau yang mana dia lebih tahu ttg apa yang kita tidak tahu"
By simistri
#154348
Penyokong Setia MPPJ yang aku perasan ialah mamat yang suka pakai songkok Malaysia ketika menyaksikan permainan badminton tuh.. tu pun tak diketahuilah sesetia mana dia pada MPPJ, lepas nie leh brader tu tumpukan perhatian Stadium Badminton Cheras.

2 minggu lagik, boleh dikunci topik nie masuk dalam khazanah/muzium/arkib SFC. 2 tahun lagik, kalau orang nombor satu nak kelab nie kembali, leh bukak balik hehehehe
By nurhisham
#154349
Benda ni memang dah jangka. Memang semua PBT dah diarahkan untuk tidak menyertai lagi sebarang pertandingan anjuran FAM ni. Tak nak terjadi lagi sebarang masalah sebab semua libat kos. Aku tau dah lama cuma tunggu umum rasmi jer.
By firdaus
#154360
deeno wrote:nampaknye makin kurang kelab la main tahun depan....Johor FC dan Mpsj pun kantoi gak....
Johor FC kantoi apa?
By deeno
#154369
firdaus wrote:
deeno wrote:nampaknye makin kurang kelab la main tahun depan....Johor FC dan Mpsj pun kantoi gak....
Johor FC kantoi apa?


JOHOR fc dan MPSJ tarik diri tanpa sebab n kene hukuman 30ribu....gantung tu tak pasti bape tahun.....mcm yg nurhisham bgtau tu..PBT d arah tak terlibat dlm sukan nie...huhuhuhu...
By deeno
#154370
nampaknye semakin tidak meriahlah liga bola sepak kite nie...n ramai plak player akan gantung but atau cari kijer lain pas nie....sian mereka...silap ari bulan tukar lagi format liga???? :lol:
By deeno
#154371
MeTaL wrote:Penyokong Setia MPPJ yang aku perasan ialah mamat yang suka pakai songkok Malaysia ketika menyaksikan permainan badminton tuh.. tu pun tak diketahuilah sesetia mana dia pada MPPJ, lepas nie leh brader tu tumpukan perhatian Stadium Badminton Cheras.

2 minggu lagik, boleh dikunci topik nie masuk dalam khazanah/muzium/arkib SFC. 2 tahun lagik, kalau orang nombor satu nak kelab nie kembali, leh bukak balik hehehehe


org tu mmg sentiasa ade dlm game mppj....anak beranak akan ikut skali tgk...lagipun dia tak ngam dgn geng2 otai aku psal dia tu gila kuasa nak jd ketua....asal ade dato atau pegawai besar mppj pasti dia yg akan tonjolkan diri,klu tak de dia diam aje.....lagipun dia org kedah tak silap aku.....
By selangor4ever
#154379
bukan saj johor keee kena gantung
bukan johor fc tak silap aku laa
By deeno
#154383
selangor4ever wrote:bukan saj johor keee kena gantung
bukan johor fc tak silap aku laa


ermmmm......yer ker....atau aku silap dgr malam tadi????? :roll:
By selangor4ever
#154387
confirm SAJ JOHOR kena gantung team ni
main liga FAM sama gan MPSJ
bukan johor fc
By firdaus
#154415
jauhnya beza saj johor dgn johorfc hehehe ingatkan ada sumber tkrasmi ke info dr mulut org2 dalam ke atau ketua kelab penyokong johorfc lak yg bg info haprak ni..lain kali kalau tktau jgnlah memandai mandai nk bgtau..
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM menjatuhkan hukuman gantung dua tahun dan denda RM30,000 kepada dua lagi kelab – Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menarik diri daripada saingan Piala FAM musim depan.

dulu dah ditegur pasal isu mppj kekal atau tidak dlm msL ni, janganlah posting ikut suka, asal boleh ajer..kau memandai2 bg info kononnya
menurut sumber tidak rasmi yg kau dpt ....TEAM MPPJ akan kekal dlm LIGA kerana orang nombor 1 negeri SEL tak nak MPPJ terkeluar dari LIGA......sebab MPPJ bermaslah sgt simple.....Org yg pegang MPPJ tu orang PERAK.....paham2 udah ler....orang nombor 1 negeri nak lantik anak jati SEL sbgai orang paling besar MBPJ dan menguruskan team MPPJ dgn baik selepas ini....mereka akan mesyuarat dlm mase terdekat nie...tunggu aje keputusan samaada MPPJ akan kekal atau tak dlm LIGA nanti.....

dan bila kau ditegur dan dimaklumkan situasi sebenar i.e mppj yg tk hantar pengesahan penyertaan dan kalau ikut peraturan FAM, mppj dah terkeluar sbb gagal mematuhi peraturan Jawatankuasa Pertandingan FAM iaitu gagal mengesahkan pendaftaran utk penyertaan Liga Super musim depan bila tarikh yg ditetapkan berakhir..hanya pihak Jawatankuasa Pertandingan FAM sahaja yang ada kuasa untuk menentukan sama ada untuk menerima atau menolak rayuan FAS tersebut bukannya orang nombor 1 negeri Selangor atau orang nombor lapan negeri Selangor yg menentukan dan buat keputusan terkeluar atau tidaknya MPPJ dari LIGA..bukan orang nombor 1 negeri atau nombor tujuh negeri yg nak lantik anak jati SEL sbgai orang paling besar MBPJ dan menguruskan team MPPJ dgn baik selepas ini yg akan menentukan mppj stay main ke tk..bukan mereka akan mesyuarat dlm mase terdekat nie yg akn tentukan tp jawatankuasa FAM..

tp kau masih nk berkeras dgn info mengarut kau yg tkmasuk akal tu sampai leh posting camni ->
ko bercerita ikut surat khbar.....aku plak cerita ikut mulut org2 dalam MPPJ....ko ape tau....ko ingat surat khbar atau tv kat malaysia nie bg info betul sgt ker?????...mereka tu nak mensedapkan cerita dan melariskan produk keluaran mereka ajer....itu taktik bisness la geng......klu luar negara dah lame kene saman tau.....ikut suke ko lah otai....ko punya maklumat lengkap mcm seorang pegawai FAM tapi ko pun haprak gak.....


pastu bila ada forumers yg tanya aper citer MPPJ nie.... ader ker takder tahun depan...? boleh lak kau jawab
info dari ketua kelab penyokong MPPJFC .........MPPJ fc stay dlm liga cume player jer tak tahu sape.....pengurusan MPPJ dah bertukar skang.....


sampai bila kau nk terus merapu meraban posting ikut suka asal boleh je ni? bila kau di tegur, kau cakap mods sengaja nk memalukan kau, nak mengaibkan kau..tp kau tgklah sendiri cara kau berposting..kalau tkmengarut, tu bukan posting deeno namanya..bawak bawaklah sedar diri sikit..
  • 1
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52