[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MPPJ FC - Page 52 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By fifie_giant
#154423
MeTaL wrote:Penyokong Setia MPPJ yang aku perasan ialah mamat yang suka pakai songkok Malaysia ketika menyaksikan permainan badminton tuh.. tu pun tak diketahuilah sesetia mana dia pada MPPJ, lepas nie leh brader tu tumpukan perhatian Stadium Badminton Cheras.


brader nie meniage soto kat medan selera PJ blakang METRO JAYA....
*sori off topik....
By azharfcsum
#154424
yg dekat seksen 14 tu ek...
By IFEELTHEFEVER
#154426
azharfcsum wrote:yg dekat seksen 14 tu ek...


kalau sek 14 ni aku suka layan nasi ayam melaka..
kui kui kui... off topik sat..
By fifie_giant
#154438
azharfcsum wrote:yg dekat seksen 14 tu ek...


ya betul....tp medan selera tu dah kureng sambutan....
aku kalo g sane mesti pekena nasi ayam ipoh....tp tokey kedai nye org klang...huhuhu....kerang rebus/sotong kangkung....mi udang die layan....
air tembikai....
*off topik gak....
:lol: :lol:
By Alex.
#154471
dah melalut la pulak.....
By firdaus
#154493
Selangor MPPJ has been slapped with a two-year ban and a hefty fine for their inability to commit to taking part in the TM-Super League 2006-2007 season.

The FA of Malaysia (FAM) Competitions Committee chairman Dato' Raja Ahmad Zainuddin Omar said MPPJ had "shown no interest" despite an extended deadline for confirmation of participation.
The confirmation deadline was extended twice in the last two months and where up to last week, there was still no response from the 2003 Malaysia Cup champion.
"We have no choice but to leave them out as they failed to correspond and communicate with us," said Raja Ahmad (pic) after the committee meeting yesterday.
"We have given them more than enough time. There won't be any replacements for the teams who withdraw from the league. With MPPJ out, there will be 13 teams in the Super League."
Dato' Raja Ahmad said that there will be no replacement for MPPJ where the Super League, which was expanded to 14 teams recently, would continue with one team less.


semua dah terjawab..tkde lagi sumber tidak rasmi yg ckp TEAM MPPJ akan kekal dlm LIGA kerana orang nombor 1 negeri SEL tak nak MPPJ terkeluar dari LIGA......sebab MPPJ bermaslah sgt simple.....Org yg pegang MPPJ tu orang PERAK.....paham2 udah ler....orang nombor 1 negeri nak lantik anak jati SEL sbgai orang paling besar MBPJ dan menguruskan team MPPJ dgn baik selepas ini....mereka akan mesyuarat dlm mase terdekat nie...tunggu aje keputusan samaada MPPJ akan kekal atau tak dlm LIGA nanti..

tkde lagi siapa yg bercerita ikut surat khbar dan siapa cerita ikut mulut org2 dalam MPPJ....ko ape tau....ko ingat surat khbar atau tv kat malaysia nie bg info betul sgt ker?????...mereka tu nak mensedapkan cerita dan melariskan produk keluaran mereka ajer....itu taktik bisness la geng......klu luar negara dah lame kene saman tau.....ikut suke ko lah otai....ko punya maklumat lengkap mcm seorang pegawai FAM tapi ko pun haprak gak....

dan tkde lagi info dari ketua kelab penyokong MPPJFC .........MPPJ fc stay dlm liga cume player jer tak tahu sape.....pengurusan MPPJ dah bertukar skang.....

tu suma cerita kedai kopi ajer..cerita2 rekaan khayalan dan imaginasi yg semua dah tau tp sengaja dibiarkan sbb nk ambik hati..

so, kempen PM thn ni pun dah selesai..kita menanti permulaan musim baru..retorik indah penuh fantasi ini pun sudah tiba ke penghujungnya.. satu perjuangan kalau berdasarkan nafsu bertunjangkan emosi tanpa langsung persoalan harga diri memang akan berakhir dgn sia sia.. apalah erti maruah kalau tkpernah tahu di mana letak berdiri?

firdaus wrote:
deeno wrote:menurut sumber tidak rasmi yg aku dpt semalam.....TEAM MPPJ akan kekal dlm LIGA kerana orang nombor 1 negeri SEL tak nak MPPJ terkeluar dari LIGA......sebab MPPJ bermaslah sgt simple.....Org yg pegang MPPJ tu orang PERAK.....paham2 udah ler....orang nombor 1 negeri nak lantik anak jati SEL sbgai orang paling besar MBPJ dan menguruskan team MPPJ dgn baik selepas ini....mereka akan mesyuarat dlm mase terdekat nie...tunggu aje keputusan samaada MPPJ akan kekal atau tak dlm LIGA nanti.....
waaakaaaakaaaa..memang sah sah nk kena tembak pun..wahai encik deeno..tolonglah..aku mintak tolong sangat sangat, janganlah posting ikut suka, asal boleh ajer..saper ajerlah sumber tkrasmi kau tu..kau faham ke tk masalahnya sebenarnya deeno?? atau kau tktau apa2 pun sebenarnya ?

mppj sememangnya masih lagi berminat utk menyertai Liga Super tp kalau ikut peraturan FAM, mppj dah terkeluar sbb gagal mematuhi peraturan Jawatankuasa Pertandingan FAM iaitu gagal mengesahkan pendaftaran utk penyertaan Liga Super musim depan bila tarikh yg ditetapkan berakhir pada 30 Jun lepas..

jadi FAS (mppj bernaung bawah FAS) mintak FAM bg tempoh sampai 15 Ogos ni utk bagi peluang MPPJ sahkan penyertaan kelab tu dlm Liga Super musim depan..

so hanya pihak Jawatankuasa Pertandingan FAM sahaja yang ada kuasa untuk menentukan sama ada untuk menerima atau menolak rayuan FAS tersebut bukannya orang nombor 1 negeri Selangor atau orang nombor lapan negeri Selangor yg menentukan dan buat keputusan terkeluar atau tidaknya MPPJ dari LIGA......

bukan orang nombor 1 negeri atau nombor tujuh negeri yg nak lantik anak jati SEL sbgai orang paling besar MBPJ dan menguruskan team MPPJ dgn baik selepas ini yg akan menentukan mppj stay main ke tk....

bukan mereka akan mesyuarat dlm mase terdekat nie yg akn tentukan tp jawatankuasa FAM...

tunggu aje keputusan samaada MPPJ akan kekal atau tak dlm LIGA nanti tu buat apa kalau jawatankuasa FAM tolak rayuan FAS ???

MBPJ gagal rayuan

IMPIAN Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk terus beraksi di dalam saingan Liga Super musim 2006-07 berkubur apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan mereka untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, MBPJ yang juga bekas juara Piala Malaysia 2003 itu gagal mengesahkan penyertaan mereka walaupun ketika tarikh akhir berbuat demikian iaitu pada 31 Julai dan badan induk kebangsaan itu memberikan tarikh lanjutan selama sebulan.

Walaupun tarikh tutup itu dilanjutkan hingga 31 Ogos, MBPJ tetap gagal berbuat demikian dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang dipengerusikan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (gambar) memutuskan mengenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 dan gantung dua tahun ke atas kelab terbabit.

Bagaimanapun, dua minggu lalu, MBPJ bertindak menghantar surat rayuan kepada FAM dan menyatakan hasrat untuk kembali bersaing di dalam Liga Super.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang bermesyuarat Jumaat lalu tetap dengan keputusan sebelum ini dan menolak rayuan berkenaan.

“Keputusan menolak rayuan berkenaan dibuat selepas kita mengambil kira dan menimbang semua keadaan. Keputusan itu juga perlu mengambil kira pasukan lain. Semua 13 pasukan yang bakal beraksi di dalam Liga Super musim depan sudah mengesahkan penyertaan sebelum tarikh tutup.

“Kita sudah memberi peluang kedua buat MBPJ apabila melanjutkan tempoh pengesahan tetapi mereka tetap gagal berbuat demikian. Secara tidak langsung, mereka menunjukkan rasa tidak hormat kepada FAM.

“Keputusan yang kita buat adalah berdasarkan apa yang tertulis di dalam buku perlembagaan FAM,” kata Raja Ahmad Zainuddin.
  • 1
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • 52