[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
Kelab Carca Merba - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By miwanbaros
#32108
Suatu ketika dulu peminat tak sabar dan teruja untuk ke stadium menyaksikan pertembungan tradisi Selangor lawan Singapura... Akhbar-akhbar tempatan sibuk mencongak pertembungan Kedah dan Pahang... Selangor lawan Kedah... Pahang lawan Selangor... Kedah - Singapura dan banyak lagi... di warung2 kopi sehinggalah ke pejabat2 kerajaan dan swasta... semuanya memperkatakan tentang kehebatan saingan pasukan2 hebat ini...

Kini peminat disogokkan dengan aksi liga di Malaysia yg semakin carca merba... hampir setiap tahun diubah format... tidak ada lagi terpampang tajuk besar di akhbar Selangor lawan Perak misalnya... kerana yang dipaparkan adalah Selangor lawan Kedah Lada... Pahang lawan JKR Kelantan... Sabah lawan MK Land... TNB, TKN, PKNS... ntah apa2 lagi... siapa yg teruja nak pegi stadium??? Adakah peminat Selangor yg tinggal di Kuala Selangor atau Sabak Bernam sanggup mengatur rombongan untuk ke stadium? Memang kehadiran kelab2 ini tidak harus diperkecilkan... tetapi di manakah relevannya... tidakkah perlu diadakan satu liga sahaja untuk kelab2? mengapa harus dicampurkan dengan pasukan negeri?? Kehadiran kelab2 ini tidak menyumbang ke arah kemeriahan liga tempatan... stadium sentiasa kosong...

FAM memberikan alasan kemasukan kelab2 ini akan membolehkan lebih ramai pemain diberi peluang beraksi dalam Liga M... persoalannya kita hanya menghasilkan kuantiti, kualiti langsung tak ada.... tidak dapat dinafikan kelab2 ini mempunyai pengurusan yang jauh lebih profesional berbanding pasukan negeri... tetapi berapa kerat sangat? Liga bolasepak kita terlalu aneh...

Aku pernah berborak dengan Ken Worden beberapa kali musim ini... dia pun tak setuju... katanya tradisi bolasepak di Malaysia perlu dipelihara... dulu FAM pernah keluarkan kenyataan, "kita hanya berbangga dengan liga bolasepak yg meriah tetapi memiliki pasukan kebangsaan yg lemah."... kini dah la liga tak meriah (kecuali dah masuk Piala Malaysia), pasukan kebangsaan dok macam tu jugak...

So, adakah korang bersetuju jika kita masih mengekalkan konsep liga yg carca merba ni? Aku tak sanggup melihat suatu hari nanti ada pasukan bernama Kicap Manis Selangor atau Melaka Cencalok boleh jadi juara...

Adakah Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (Sukma) sanggup menjemput kontijen dari SKMK Kelantan, NS Chempaka, Public Bank dan Perak Lintau untuk sama2 menghantar atlet bersaing dengan atlet2 dari negeri lain???
By firrdaus
#29116
mungkin agenda FAM nak tunjukan pd persatuan2 bolasepak negeri yg kelab tanpa struktur semantap persatuan negeri pun mampu mentadbir serta mengendalikan pasukan..kira cam satu bentuk sindiran..tp hasilnya memang memualkan sbb persatuan negeri sebenarnya tkperlukan sebuah kelab sekerdil kicap tamin fc utk memalukan persatuan induknya tp cukup dgn gelagat politiking persatuan negeri tu sendiri..apa citer kalau MAFA hutang Halim Jantan RM9 ribu sampai player tu dah bersara pun tkbayar lg tp Telekom Melaka maintain je..
By Max_07s
#29126
aku tgk pengurusan sesetengah club lebih pro dari negeri ni..kalu dlm negeri ni byk sgt politiking yer..menyampah aku..
By belanda
#29135
pada pendapat akulah
FAM dah sepatut nye re-shuffle dia nye organisasi... sebab memang takkan ada perubahan selagi yang jadi Presidennya orang yang sama... bukan aku nak kutuk Sultan Ahmad atau Tengku Abdullah...

tapi cuba korang fikir kalau kau duduk kerusi presiden pastu kau pulak jadi PRESIDEN untuk SEUMUR HIDUP... so secara tersendiri ko akan terpikir "alah... aku tak buat apa pun aku still jadi PRESIDEN ye tak... " dan lagi satu tade persaingan antara mereka....

so kita kena adakan presiden yang tersohor untuk hidupkan FAM macam FIFA (example) yang asetnye dah BErbillion Dolar..... dan presidennya akan bertukar setiap penggal dan kalau dicalonkan lagi mereka akan stay jadi presiden...

dan fikir camna nak buat duit dgn LIGA SUPER.... dia orang kena fikir business... ni tak FAM still kasi geran (subsidi setiap tahun) pada setiap pasukan yang sertai SUPER LEague.. ni dah terbalik... tak macam EPL atau yang lain lain...

pas tu boleh plak persatuan negeri yang nak tunggu subsidi tahun depan untuk langsaikan gaji pemain yang tertangguh tahun nie.. apa citer .....???

pas tu FAM asyik kesian .. kasi duit pada persatuan negeri cam Trengganu tade duit nak kasi gaji Hairrudin Omar pada satu ketika... apa tu??

kalau EPL dah kena bantai... nasib la.... takyah kesian kan mereka yang tak pandai menguruskan Pasukan masing masing... dan pada pengurusan yang tak tahu menguruskan pasukan masing2 buang saja.... atau gantung keahlian mereka supaya mereka ni tak ada nama lagi dalam kancah bolasepak kita dan mereka tak boleh manage mana2 pasukan dalam malaysia lagi.. so baru mereka sedar...

macam meniaga la... kita kena tahu selok belok untuk berniaga.. kalau tak tahu lingkup.. ada ke bank nak tolong kita???
cam tu la FAM sepatut buat mulai sekarang...

ni harapkan DUNHILL je taja Liga kat Malaysia nie.. pas tu semua pasukan dalam malaysia nie pakai baju jersey yang sponsornye sama jer... apa daa...... sampaikan ada member aku dari oversea cakap "Why every team in MALAYSIA wear same sponsor jersey??""

adusss.. itu soalan cepumas yang aku takleh nak jawab dgn detailnye....

FAM patut dari sekarang dah buat perancangan untuk semua persatuan bagaimana mereka nie nak berdiri atas kaki sendiri.. bukan mengharapkan badan induk dan DUNHILL sahaja....

dan sekali lagi aku nak laungkan bila aku nak tgk SELANGOR ada sponsor sendiri???!!!!... tak yah lah SELANGOR nak tunggu duit dari FAM... aku rasa kalau FAS cari sponsor sendiri pas tu tak yah ada DUNHILL nye logo .... mesti ada pasukan lain pun buat gitunye.... so dari situ kita dapat memajukan lagi kitanye bolasepak MALAYSIA..

pemain pun kalau ada attitude jer buang.... tak yah tunggu.. simpan... buat apa??? buat FRAME ker???

banyak lagi player yang berbakat ada dalam MALAYSIA nie sebenarnya.... tak yah takut2 mereka yang ugut... sapa yang bagi gaji mereka... ??

so renungkanlah kawan kawan...
adakah kita nak tgk BOLASEPAK kita masih di takuk lama??
By rizuan5349
#29202
Aku rasa ini adalah salah satu sebab Bola Sepak di Malaysia semakin mundur...bukannya maju...ye lah kalau dulu tak banyak team kelab yang dapat main Liga Malaysia.....korang tengok pemain-pemain masa tu...bermain bersungguh-sungguh takut kalau main tak bagus akan disingkirkan dari pasukan....so mana lagi nak pegi...tak banyak team yang main liga malaysia.......sebab hanya pasukan negeri..kalau kelab pun Polis dan Tentera.....

Bila dah terlampau banyak kelab yang bermain dalam liga malaysia...pemain-pemain bola Sepak yang dikatakan Profesional ni...bermain sambil lewa rasa selamat..pasal dorang tau kalau kena buang pun banyak lagi kelab yang boleh main.......janji bermain dalam liga malaysia.....takkan pemain negeri tak boleh masuk kelab...lebih kurang camtu le perasaan dorang kot......so walau pun pemain tu berbagus tapi...tak memberi sepenuh komitmen pada team......

kualiti takda yang ada kuantiti kelab-kelab....
By nurhisham
#29214
Ntah la... tp klau aku, setuju jer kelab main dlm Major League nih... Sekarang ni memang la nampak mcm bodoh jer liga tu, esp liga perdana.. ada plak yg team tu leh sampai tibai 7 gol.... tp tgk liga super.. PB still maintain.. yg lauk nyer team kedah...

Dari segi penyokong, mmg nampak kurang la... tp percaya la dengan tamat nyer kontrak Dunhill, team negeri memang gelabah tahap giler nak carik duit. So masa tu, mana team mewah, dah tentu player pun hebat.... Yang nak kena pikir, mana nak carik player.. esp local player... bile banyak local player (yg berkualiti la), so national coach byk la pilihan nak setup national team... [?]

Even utk thn 2005, sebarang penajaan yg berunsurkan rokok, dah tak leh dah. Sampaikan Moto GP, pun panik.. nasib baik F1 ditaja dek Petronas.

Kalau sukma tu lain, kan sukan tu meliputi semua acara.. dah mcm sukan sea, olimpik, komanwel.. hehehehe... dah tu takkan jemput MU main dlm sukan olimpik plak kan kan... gurau jer...
By miwanbaros
#29215
<blockquote id="quote"><font size="1" face="Verdana, Arial, Helvetica" id="quote">quote:<hr height="1" noshade id="quote"><i>Originally posted by dkhan</i>
<br />pada pendapat akulah
FAM dah sepatut nye re-shuffle dia nye organisasi... sebab memang takkan ada perubahan selagi yang jadi Presidennya orang yang sama... bukan aku nak kutuk Sultan Ahmad atau Tengku Abdullah...

tapi cuba korang fikir kalau kau duduk kerusi presiden pastu kau pulak jadi PRESIDEN untuk SEUMUR HIDUP... so secara tersendiri ko akan terpikir "alah... aku tak buat apa pun aku still jadi PRESIDEN ye tak... " dan lagi satu tade persaingan antara mereka....

so kita kena adakan presiden yang tersohor untuk hidupkan FAM macam FIFA (example) yang asetnye dah BErbillion Dolar..... dan presidennya akan bertukar setiap penggal dan kalau dicalonkan lagi mereka akan stay jadi presiden...

<hr height="1" noshade id="quote"></blockquote id="quote"></font id="quote">

tu la pasal... sepatutnya jawatan presiden FAM mesti ada pertandingan... baru la seseorang presiden tu akan bersungguh2 memastikan perancangan terlaksana... kalau gagal dia tahu kedudukan dia akan tergugat sebab ada pencabar...

dulu datuk aini pernah keluarkan kenyataan nak bertanding jawatan presiden FAM... gempar satu malaysia... menggelabah orang2 FAM... pastu diorang cakap datuk aini tak sepatutnya bertanding untuk menghormati sultan... aduh!!! diorang ni semua balaci FAM takut datuk aini naik dia akan bawak masuk orang2 dia... tapi aku rasa datuk aini saja gertak je... saje nak tengok orang2 FAM cuak...

bab kelab ni pulak... mungkin johor fc (dulu PKENJ kot masa awal 90-an) je satu2 kelab yg betul2 establish... lagi kuat dari team negeri pastu ada penyokong sendiri... walaupun tak ramai sangat tapi not bad... lain2 tu susah nak cakap la... MPPJ pun tak tau hala tuju... asyik tukar presiden macam mana nak ada haluan tetap... lagi satu penyokong ramai pun guna penyokong segera dari selangor...
By redgiants4eva
#29231
Hmm..wujud kelab dalam liga Malaysia yang kecik ni memang patut dipertikaikan...namun begitu kalau tiadanya kelibat2 kelab2ni, nyata pasukan2 negeri dan FAM yang dah uzur tu tak celik mata.
Disebabkan kehadiran kelab, kita semua pun mendebatkan kewujudannya..
setiap yang baru memang sukar diterima namun pasukan2 negeri pula harus sedar bahawa kalu nakkan orang ke stadium, pamerkan persembahan yang berbaloi untuk dibayar 10 ringgit sorang...
apapun redgiants 4 eva
By belanda
#29241
<blockquote id="quote"><font size="1" face="Verdana, Arial, Helvetica" id="quote">quote:<hr height="1" noshade id="quote"><i>Originally posted by miwanbaros</i>

dulu datuk aini pernah keluarkan kenyataan nak bertanding jawatan presiden FAM... gempar satu malaysia... menggelabah orang2 FAM... pastu diorang cakap datuk aini tak sepatutnya bertanding untuk menghormati sultan... aduh!!! diorang ni semua balaci FAM takut datuk aini naik dia akan bawak masuk orang2 dia... tapi aku rasa datuk aini saja gertak je... saje nak tengok orang2 FAM cuak...

<hr height="1" noshade id="quote"></blockquote id="quote"></font id="quote">

aku tak tahu plak citer nie... wohoo.. memang patut pun datuk aini buat camtu... bagi gelabah skit mika mika yang kat FAM tu..

tulah mentaliti orang kita... konon tak hormat Sultan la apa la.. hek eleh... yang Qatar nye deligate pi bertanding untuk jadi AFC nye presiden tu bukan tak hormat ke namanye???

ceh cakap tak serupa bikin... bukan pasal hormat tak hormat... kita nak presiden yang berwibawa dan ada pembaharuan... ada kemajuan... untuk kita rakyat malaysia juga...

aku ingat orang yang cakap tu pun ADA KEPENTINGAN dgn Sultan kot... ceh... itu semua politik... pasal dia orang kita nye BOLA hancussssss....
By HangPC2
#29503
hidup kelab......
By the red
#29526
hhhhmmmmmmmmmmmmm

selagi aku bernyawe selangor tetap di hati

hidup selangor viva selangor[8D]
By misai11
#29548
<blockquote id="quote"><font size="1" face="Verdana, Arial, Helvetica" id="quote">quote:<hr height="1" noshade id="quote"><i>Originally posted by the red</i>
<br /><font color="red">hhhhmmmmmmmmmmmmm</font id="red">

selagi aku bernyawe selangor tetap di hati

hidup selangor viva selangor[8D]
<hr height="1" noshade id="quote"></blockquote id="quote"></font id="quote">

geng...setakat nak tulis hmmmmmmm jer..baik tayah post...

bile lagik ko nak perkenalkan diri encik THE RED?
takkan tanak kenal2 ngan bdk2 forum?
join la kami lepak pintu 7 ker...
join kami main futsal ker...

orait?[:D]
By the red
#29550
takut tersalah tulis...nanti aku yang salah jugak.aku duduk kat pintu 'n' sebaris ngan pakcik wahab mulut kecoh tu.aku rase cukup aku ngan kawan aku dari cheras tu.

selagi aku bernyawe selangor tetap di hati

hidup selangor viva selangor[8D]
By misai11
#29551
ala..tulis je la...
asalkan sume leh diterima org...

ala..takkan spi bile2 tanak kenal2 ngan bdk2 forum..
diorg ni sume best2 belaka..
meh la..join la...

ko duk cheras ek?
ala..klu nak join gi futsal..cheras ke sunway..tak la jauh sgt..
aku pun takde hal gi futsal..
rizuan yg duk kuang tu pun takde hal...
ortega yg duduk ukay perdana tu pun takde hal..

ok ek?join tau...
jgn la layan blues sorg2...
kite kena idup bermasyarakatan...
dan bersatu padu...baru la mantap![:D]
By the red
#29552
bukan aku tak nak memperkenalkan diri.aku pernah nak cube mase game kat b.jalil.aku duduk depan korang kat belakang player selangor tapi aku segan nak memperkenalkan diri.ade satu mamat tu yang selalu cakap 'KALAU NAK SENYAP BAIK TENGOK WAYANG' tu senior aku kat kampung.family die jual rojak kat kampung.cukup dari jauh aku saksikan kemeriahan korang semua.mase lawan kl kat cheras aku pun duduk depan korang.aku pun kecoh jugak cume tak memperkenalkan diri jerrrr....

selagi aku bernyawe selangor tetap di hati

hidup selangor viva selangor[8D]