[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PUBLIC BANK SELANGOR - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By deeno
#35126
Fuentes dan Ziga dikekalkan dlm skuad 2005............harap tahun nie P.Bank boleh main lebih baik dr tahun lepas......info tekini aku belum dapat lagi....
By nurhisham
#35550
poetye wrote:kalau tak silap aku, Nizarudin dah join Public Bank.


Public Bank beef up squad with six ‘old hands’

PETALING JAYA: Public Bank have roped in six seasoned campaigners in a bid to draw the fans and strengthen their Super League side this season.

The six are striker Mohamed Nizaruddin Yusof (MPPJ), defender's Zami Mohamed Noor (Johor FC), Chow Chee Weng (Pen), S. Jaya Prakash (Sel), midfielder Wong Sai Kong (Swk) and goalkeeper G. Jeevanathan (Johor FC).

Team manager Razak Dali said they had finished their local recruitment drive and would now concentrate on the imports they need to beef up their challenge in the eight-team Super League.
By Rizal
#35567
Dusan, Luis senjata baru The Bankers
Oleh Helmi Hamzah
helmi@hmetro.com.my

TIDAK sampai seminggu, Public Bank Selangor sudahpun membuat keputusan untuk menandatangani kontrak dengan dua awang import yang sedang menjalani ujian bersama skuad itu sejak minggu lalu.

Keputusan itu diambil selepas menyaksikan persembahan dua pemain itu yang masing-masing dari Slovakia dan Uruguay beraksi dengan pasukan itu pada perlawanan persahabatan dengan Melaka, Sabtu lalu.

Kelincahan dua pemain itu benar-benar mampu menambat hati pengurusan skuad yang terkenal dengan jolokan The Bankers itu.

Dusan Miklas yang dikatakan memiliki pengalaman pada posisi tengah dan berasal dari Slovakia ternyata tidak mempersia-siakan kehadirannya ke negara ini.

Luis Fernando Espindola dari Uruguay pula turut tidak ketinggalan mempamerkan aksi agresifnya bagi memikat hati pengurusan skuad berkenaan.

Skuad kendalian E Elavarasan itu kini meiliki empat pemain import termasuk Dusan dan Luis.

Pemain import yang sudahpun mengesahkan tempat dalam kelab itu ialah Ivan Ziga yang menyarung jersi skuad berkenaan buat musim keempat berturut-turut selepas membuktikan kehadirannya mampu memberikan sengatan terhadap pasukan lain.

Ziga yang juga berasal dari Slovakia turut berjaya membuktikan kepakarannya terutama dalam melakukan sepakan penalti serta menjadi perancang utama buat The Bankers.

Selain itu, Gustavo Andres Fuentes dari Argentina turut diberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad itu buat musim kedua selepas pertama kali muncul pada musim lalu.
By deeno
#35587
:D GO PUBLIC GO.........Jgn bagi muker kat PAHANG tahun nie......
By ortega
#35588
apa result Public Bank - Melaka nih??? Nizar score ke??kekekekekke
By deeno
#35662
:D Friendly game :

Keputusan : P.bank Selangor vs Melaka ( 15 Jan 05 )
3 - 0


Penjaring aku tak dapat info.....belum 1st eleven yg main.....masih dlm pemerhatian.....
By zf
#36171
farid shah main kat public lg ker?
By rizuan5349
#36193
Farid Shah still Public Bank Selangor lagi......aku baca paper ari ni.....berita harian.......
By ortega
#36194
aku dengar import baru dia ni pun power tak ingat ..betul ke??
By angah316
#36472
PUBLIC BANK vs TELEKOM MELAKA

ok hari sabtu ni mmg dah start ker, LIGA SUPER..aku budak kampung bagi tau ada game ..ajak penonton dari selangor turun...
By merah padam
#36598
angah316 wrote:PUBLIC BANK vs TELEKOM MELAKA

ok hari sabtu ni mmg dah start ker, LIGA SUPER..aku budak kampung bagi tau ada game ..ajak penonton dari selangor turun...


aku kalau takde ape nak buat mau gak aku turun game...saje gian nak layan bola....
By poetye
#41254
Public Bank, Pulau Pinang Terikat 1-1


SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Selangor Public Bank dan Pulau Pinang menamatkan saingan pusingan pertama bola sepak Liga Super dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, di sini Sabtu malam.

Pulau Pinang yang menduduki tangga ketiga sebelum sepakmula, membuka tirai jaringan seawal minit keenam melalui penyerang import dari Rusia, Viatcheslav Melnikov.

Melnikov yang berjaya melepasi benteng pertahanan lawan yang dikendali oleh bekas pemain kebangsaan Zami Mohd Nor merembat kencang umpanan lintang daripada seorang lagi pemain import dari Jepun, Ito Dan.

Fareed Shah Hassan berpeluang menyamakan kedudukan tetapi tendangannya dalam kotak penalti hasil umpanan Ivan Ziga melambung tinggi di atas palang gol pelawat.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, gandingan Melnikov dan Dan berulangkali mengancam gawang Public Bank tetapi penjaga gol veteran V. Murugan dapat menyerap asakan.

Public Bank yang kini menduduki tangga kedua dari bawah, dengan mencatat dua kemenangan dan empat kekalahan, menggandakan asakan sebaik separuh masa kedua bermula terutama melalui gandingan Fareed Shah, Ziga dan Chow Chee Weng.

Namun, barisan pertahanan Pulau Pinang yang dikemudi Chee Wan Hoe, ternyata kebal dan sering mengelirukan penyerang The Bankers menerusi perangkap offside.

Selangor Public Bank akhirnya dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-76 melalui pemain pertahanan dari Uruguay, Luis Espindola yang menyumbat bola ke gawang hasil hantaran lintang A. Muralitharan.

-- BERNAMA
By neoli78
#43023
Baik gak dalam game lepas. Aku tengok game diorang lawan Telekom di Melaka, Public menang 2-1. Nizaruddin makin serasi la dengan Public Bank, tengok gerakan dia menarik gak, susah gak la defend negro tu nak menjaga dia.
By alex_jingo
#44011
baru mendapat rentak kemenangan....teruskan pb bank.... :lol: