[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
PUBLIC BANK SELANGOR - Page 2 - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By DARAH SATRIA
#46642
GO PUBLIC BANK GO
By simistri
#56657
Awatlah jadik macam nie, tahun lepas naib juara liga super, tahun nie terus merundum. Thn depan kena main Liga Premier balik.
By merah padam
#56663
nampaknye hasrat kite nak tgk 3 pasukan lembah kelang beraksi di liga super tak kesampaian....public bank jatuh gak....tapi tak pe lah....kang kalau 3 team lebah kelang ade....sakitlah penyokong lain nak dtg...kite syok je.....
By misai11
#57069
Datuk Raja Ahmad said that the committee has also suggested that teams which will be taking part in the Malaysia Cup but who does not have a stadium of their own will be asked to play at venues of a more permanent nature.

Towards that, Public Bank Selangor has been asked to play at the Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos in Larkin and PKNS Selangor at the Stadium Hang Jebat in Melaka.



piala mesia nnt..kena tuka nama...PUBLIC BANK JOHOR
hehehe
By ortega
#57111
sian sorang kat Melaka sorang kat Johor...

aku ingat Public Bank dah leh start wat Stadium baru la...takyah la buat grand2/besar2 sangat..kata duit banyak!!!
By neoli78
#57161
heh, kalau nak kirakan setakat nak buat Stamford Bridge, duit Tan Sri chairman dia pun dah lebih daripada cukup. nak dengan tak nak je. kalau diorang bukak satu stadium macam std selayang pun dah cukup bagus apa, tapi memang tak balik modal la kot. org kaya, lagi kaya, lagi kedekut ooo....
By alex
#57241
aku cume nak kepastian.....

ape stdm selayang tu mk land punye ke.....

sbab setau aku sebelum nie pun p bank main kat sane........
By neoli78
#57305
aku rasa bukan, sebab nama pun dah estadio de MPS, makna Majlis Perbandaran Selayang punya la kot. member aku yg main MPS pun training kat std tu, kalau game piala FAM pun diorang main situ, kalau ada friendly pun main kat situ. diorang ada budget pakai padang tu seminggu sekali utk training malam, tiap Rabu rasanya. tak ingatlah...
By deeno
#58243
MK Land belum ader stadium lagi buat maser nie....dengar citer pengurusan MK nak bina stadium tp lokasi tak tau lagi....P.Bank plak masuk ke Liga atas sebab nak promotekan diorang punya BANK....sbb tu disiplin di utamakan....nak jager imej kompeni
By misai11
#58505
deeno wrote:P.Bank plak masuk ke Liga atas sebab nak promotekan diorang punya BANK....sbb tu disiplin di utamakan....nak jager imej kompeni


hehe..kata2 dari seorang BEKAS penyokong public bank yg telah kembali ke pangkal jalan..hehehehehehhehe
By firdaus
#58513
stdm Mps adalah hakmilik Pihak Berkuasa Tempatan (Local Municipal) iaitu Majlis Perbandaran Selayang..ni kira bertaraf cam stdm DBKL Cheras dan Stdm MPPJ Kelana Jaya gak..

MKLand dan Public Bank susah nk buat stdm dlm erti kata stdm sebenar walaupun ada duit sbb diaorg adalah badan korporat..cara termudah adalah buat kompleks sukan private cam Maybank kat Bangi tu
By simistri
#58695
laman web Public Bank

http://www.pbfootball.com.my/
By simistri
#61319
The Bankers sasar satu mata

Oleh Esme Johari Wahab

SKUAD Public Bank yang masih dibelenggu kecederaan beberapa pemain utama tetap berwaspada apabila menentang Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Stadium Perak, di Ipoh Sabtu ini.

Beraksi selaku pasukan bukan pilihan dalam kumpulan sukar, naib juara Liga Super musim lalu bertekad memberi cabaran terbaik menentang pasukan yang lambat membuat kebangkitan termasuk menentang juara Liga Premier musim ini, Selangor dan MK Land.

Jurulatih Public Bank, E Elavarasan berkata:

“Sukar untuk saya mengatakan peluang kami kerana permainan 90 minit belum bermula. Jika diambil rekod tiga perlawanan Liga Super musim ini, dua kemenangan berpihak kepada skuad Seladang itu dan seri sekali.

“Banyak perkara perlu diambil kira terutamanya pencapaian tiga lawan kami pada peringkat saingan Piala Malaysia terutamanya suasana dan rentak permainan yang pasti berubah berbanding saingan liga,” katanya.

Jurulatih skuad The Bankers itu masih melakukan beberapa rombakan strategi bagi memastikan skuadnya mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan pembukaan di tempat lawan.

“Kami menghormati lawan kerana kekuatan keseluruhan dimiliki mereka serta sokongan padu diberikan penyokong. Ia mungkin sukar atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan kesungguhan pemain. Saya mahu pemain tidak mudah lemah semangat. Itu kunci utama.

“Empat pemain masih menjalani proses fisioterapi serta tiga lagi dalam proses kembali untuk mendapatkan semula tahap kecergasan,” katanya yang enggan menamakan pemain terbabit.

Elavarasan berkata peluang untuk semua pasukan mara ke suku akhir juga perlu diambil kira.

“Ada pasukan memulakan saingan dengan baik tetapi tercicir selepas dua atau tiga perlawanan.

“Jika Public Bank dapat beraksi konsisten di tempat lawan dan sendiri, saya yakin satu daripada dua tempat menjadi milik kami,” katanya.

Skuad yang menduduki tanga ketujuh dan bakal beraksi pada saingan Liga Premier musim depan, akan berlepas ke Ipoh, Jumaat ini.
By DARAH SATRIA
#62459
Kesian plak kat public bank... kalah pun tipis jer... aku harap public bank akan bangkit dan mengiringi selangor ke pusingan yg seterusnya... mereka bukan tak leh main cuma nasib takde malam tu...
By mokhkhan
#62471
8)

PUBLIC BANK PERLU BUAT BEDAHSIASAT
DAN PERUBAHAN DRASTIK.
BUKAN AMBIL PEMAIN BARU...
TAPI MENTAL JURULATIH DAN PEMAIN-PEMAIN.

Jangan jadi macam 'redumnya Malay Mail'.

:lol:
Last edited by mokhkhan on Tue 09 Aug, 2005 7:15 pm, edited 1 time in total.