[phpBB Debug] PHP Warning: in file [ROOT]/includes/functions.php on line 4921: ob_start(): output handler 'ob_gzhandler' conflicts with 'zlib output compression'
MKland Selangor vs Kedah ( 0 - 0 ) - selangorfc.com

SELANGORFC.COM 3.3.5

INSPIRASI KEGEMILANGAN MERAH KUNING

Bincang mengenai senario liga Selangor mahupun mengenai pasukan-pasukan dari Selangor yang beraksi di liga Malaysia seperti MPPJ, Public Bank, PKNS, MK Land & lain-lain di sini.

Moderators: gergasimerah, firdaus, belanda, nurul, ortega, misai11, Max_07s, Nanana_81, zizou, poetye

By poetye
#37094
M.K. LAND VS KEDAH

Date: 06.02.2005

Time: 8.45 MALAM

Venue: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

(Mana yang kempunan nak pegi Melaka, boleh gak lepaskan geram tengok MKLand ni.. sambil tu, boleh gak tengok2kan kekuatan Kedah ni..
Last edited by poetye on Sun 06 Feb, 2005 10:37 pm, edited 2 times in total.
By poetye
#37103
kemungkinan Barisan Kedah :

1. Megat
2. G-Nan
3. Aoular
4. Victor
5. Shariman
6. Kit Kong
7. Amirul
8. Pak Long
9. Zul
10. Hasmawi
11. Shandel

Kemunkinan Barisan MkLand :

SENARAI PEMAIN

Penjaga Gol: S Shankar, Shahreez Zainal Abidin, Mohd Ramzi Razuwan

Pertahanan: Mohd Fauzin Adnan, Mohd Adi Putra Omar, M Subramaniam, A Ganeson, Abdul Ghani Abdul Rahman, Leong Hong Seng, Azman Muhamad Zaini, Elangovan Murugayah, Mijo Dadic

Tengah: Athan Raj, Mohd Fairuz Mohd Noor, Raja Azlan Shah Raja Yahya, Mohd Noor Derus, Suthesh Nair, Ooi Hoe Guan, Saravanan

Penyerang: Marlon Alex James, S Paidiya Rao, G Saravanakumar, Choi Woh Seng.

tak tau lak aku yang mana satu 1st eleven MKLand ni..
By bertalan_biskut
#37168
MK Land sebenarnya adalah pasukan yang boleh dikatakan kuat,tapi kekadang team kuat pun leh lemau kalau lawan team lemah....tapi siapa nak umah free main lah mk land..
By Max_07s
#37334
1st half..mk land 0 - kedah 0..harap keputusan ni berterusan sampai abih game..bole tahan mk land..bagi saingan kat kedah..
By Max_07s
#37349
keputusan muktamad mkland 0 - kedah 0..akmal walaupun one on one tak dpt score..satu keputusan yg bagus utk selangor..
By scarface
#37426
yeah.. moga tahun depan byk lagi team dari Selangor dlm MSL..
By spritzer
#37441
MK Land ni bagus, duit danyak lak tu. nak carik pemain import pun tak susah. indon buat rumah tu ramai yg bagus main bola.
By firdaus
#37560
scarface wrote:yeah.. moga tahun depan byk lagi team dari Selangor dlm MSL..


masa aku balik dr aktiviti kt kelab sukan DBKL sabtu lepas..aku sembang dgn misai..(alah yg tem Merah belasah team Kuning a.k.a kaler tempoyak tu)
team MPL Selangor nampak cam menggunakan duit utk kejayaan segera..sanggup melabur ratusan ribu (termasuk yuran perpindahan.gaji bulanan.bonus kemenangan dll) utk satu kejayaan segera..setakat mana pelaburan ni akn berhasil utk satu tempoh jangka panjang? katalah Selangor layak ke MSL 2006 atau menang apa2 piala 2005..adakah kesinambungan kecemerlangan ni akn kekal utk 2006 dan seterusnya sbb player2 yg ada mungkin tkkan kekal..samada dah xpired..tknk sambung kontrak atau worst-FAS dah tkmampu tanggung defisit..tiada jaminan tajaan akan kekal..tiada jaminan RM akn terus mampu bersaing dlm forex..tiada jaminan tiada bencana alam bencana politik...tiada jaminan keselamatan dlm negeri akn kekal dan yg paling penting tiada jaminan sesape leh tau apa akn jadi nanti..aku tanya kt Misai kenapa FAS tkdevelop pemain muda dan serapkan ke senior team..masalahnya pemain muda susah nk dpt tempat dan bila dah bosan akn berhijrah ke team lain dan sesenang carik makan sbb mereka adalah pemain yg dah pernah main utk Selangor (walau bkn 1st 11) cthnya cam Shahril Arsat.Azlisham.Asmawi.Faizal Esahar.M.Chandran.Suhaimi Bahaudin-just to name a few..bknkah lebih baik buat cam PAFA yg dvelop pemain muda dan serapkan 2.3 org dlm 1st 11 senior team dan leh tgk hasilnya dlm jangka masa panjang?cuba kita tgk sape Harizul Izuan tu satu dua thn lagi..cuba bayangkan penah ke kita tepikir yg Indra Putra atau V.Saravanan akn bagus cam skrg masa memula main dulu?

kita bkn lagi cam dulu bila majoriti pemain kt Msia ni berebut nk main kt Selangor..jd FAS dedulu tkyah sesusah nk develop pemain muda sbb ramai yg berebut nk main kt Selangor..kalau ada pun pemain muda Selangor skrg yg nampak ok-Amri Yahaya.Fairuz Montana..tkmungkinlah Rudi Ramli pun ok kot..tp tgklah prestasi Amri kebelakangan ni?

tapi ada satu yg FAS buat nampak berjaya..FAS berjaya bangunkan pengurusan kelab2 yg main dlm liga tempatan utk berjaya dlm Piala FAM..sebab tu lah majoriti kelab2 yg bertanding dlm kejohanan peringkat Piala FA atau MPL sekalipun adalah dr Selangor..tp adakah ini bagi apa2 kelebihan utk team senior Selangor sendiri?

Lepas tu lawan TNB seladonnn ni..emmmm gemok le lawan team ceroi ceroi buat malu je,Negeri maju 2005..bola tak maju
gamaknya apa yg kenyataan ni maksudkan? adakah kemajuan bola dikira dr pembangunan pemain muda? atau kejayaan pasukan senior? atau kecemerlangan kelab2 pelapis yg mana tkde negeri lain mampu ikut ?

dan diakhirnya..apa yg Msia dapat dr bentuk pembangunan camni? apa yg Msia dpt dr pelaburan besar-besaran utk satu instant victory ni? cam Nesta kata..sampai bila kita nk pikirkan kejayaan diperingkat domestik je? tkmahukah FAS mengubah rekod dan fakta yg kejayaan terhebat pasukan dr Msia diperingkat Asia cumalah kesuku akhir? itupun pasukan Selangor thn 70an dgn kehebatan pemain kita masa tu dan negara lain masih sibuk berperang..
By Max_07s
#37563
aku bersetuju ngan pendapat bro firdaus..mmg selangor byk labur duit utk dpt instant victory..tapi kalu next season player2 mcm bambang ker takmo main ngan selangor mcm mane? perpindahan player secra besar2an mcm taun2 dulu..lepas tuh selangor akan menghadapi masalh nak cari player berbakat..bukan tak bole nak melabur nak dpt kejayaan segera tapi at the same time selangor kena gak melabur utk pembangunan bola sepak.. kalu tgk skang kita takde striker tempatan yg berkaliber..amri susah pasal ade besi dlm kaki die..yg penting skang target selangor kena tinggi..takmo kejayaan dlm malaysia jer..mesti sampai peringkat international..dlm piala fa ni kita kena pulun abih..next year bole main AFC cup...
and selangor perlu bangun sukan bola sepak sendiri..develop youth yg betui2 bagus..kalu tgk skuad sukma kita not bad..apsal tak kasi peluang dorang masuk skuad senior..perkara ni kena dipandang serius oleh FAS.. baru ler kita bole kekal sebagai team hebat..kalu bole selangor kena hasil dlm stiap 2 taun 2-3 player yg mmg meletup..kena ade rotate player..harap selangor amik tindakan pasal hal ni..aku nak tgk anak muda selangor dlm skuad selangor yg mampu bersaing ngan ellie, bambang ngan fuentes..takmo harap awang2 import jer..and player negeri lain..
By scarface
#37596
aku setuju sgt.. mampukah kejayaan segera bertahan lama?

aku nak tambah skit..
skuad pasukan negara kita.. contoh terbaik menggilap bakat - skuad Olimpik & skuad yg B23 kita yg konon nyer dulu tak dibenarkan bermain didlm memana liga tempatan.. tapi sekarang?
topik ni pernah diperdebatkan.. mungkin pemain kita dah penin tgk duit byk agaknyer.. tu jer kelemahan pemain bolasepak diMalaysia.. bagus hanya sebelum.. tapi lepas dapat kemewahan? main untuk duit? marahkah kita jika digelar jaguh kg?

itu belum termasuk bila berlaku perselisihan dgn coach or pihak pengurusan.. berpuak² didlm pasukan.. byk sgt punca kemerosotan..

aku nak selitkan soalan..

setakat ni berapa byk akedemi bola sepak di Malaysia?
tak kira la hasil usaha pasukan kelab ataupun negeri..
Aston Villa ada akedemi kat M'sia ni kan? (kalo tak salah aku laa..)
By spritzer
#37678
masalah utama pasukan selangor ialah title yg dibawaknya tu. juara berpuluh-2 kali sana sini. itu beban sebenarnya. aku cukup gembira bila MU kecundang. begitulah juga dengan penyokong pasukan lain. mereka bersorak kerana SELANGOR adalah satu nama yg mewakili pasukan yang kuat, gah.

inilah yg menjadi tekanan bagi setiap orang yg menerajui FAS. kita bukan takde player muda yg bagus. tgk ajelah team kita dari MILO pun dah bagus. apatah lagi team COCA COLA, Presiden, SUKMA dan sebagainya. kita mempunya pemain yg bagus kerana kita ada source pool yg besar.

tapi untuk membawa mereka naik ke peringkat senior adalah satu perkara yg sukar. hanya satu antara dua perkara akan berlaku. pemain muda itu akan jadi bagus. atau dia akan malap. inilah yg menyebabkan worden kurang bersetuju untuk mendedahkan pemain muda ke peringkat senior terlalu awal.

kita kekurangan competitive matches diperingkat bawahan. oleh itu, mereka ini kurang pendedahan. main tak seberapa, gaduh je lebih. kalau kita boleh "memprofesionalkan" bola sepak dari peringkat rendah lagi, mungkin kita boleh melabur untuk anak-2 muda. lihat saja pada team EPL. beli budak-2, lepas tu hantar ke akademi bolasepak yg bagus. diaorg tak panggil untuk main sampai dirasakan budak cukup "masak". tapi gaji tetap jalan. oleh itu, mereka tak rasa membazir. berapa ramai potential star dalam bidang sukan (tak kira apa saja) yg berhenti sebab mereka rasa tak berbaloi? ini lah juga yg berlaku dalam bolasepak.

oleh itu, tak dapat tidak, pelaburan untuk instant victory ni tak boleh dipertikaikan sangat. kecualilah kita penyokong selangor ni boleh layan game setiap ahad dan rabu. untuk tempoh yg lama
By firdaus
#37710
bila brckp ttg instant victory dan bentuk pembangunan ni..terlalu byk pro n cons..mungkin pelaburan utk instant victory ni boleh mendatangkan hasil dr segi kewangan dlm bentuk penajaan & penjualan tiket..mungkin leh cover overhead cost dan modal yg dah digunakan..dan mungkin local coach dan players leh belajar sikit sebanyak dr cara impot2 tu..dan tksalah kalau kita nk belajar dr impot Indon tu walau taraf hidup kita mungkin jauh lebih baik dr taraf hidup mereka..

consnya pulak..kemana arah pemain2 muda kita kalau tkdpt peluang langsung nk tunjukkan bakat terpendam mereka tu? dan camne bila pegi team state lain terus mencanak2 prestasi mereka? dan tkleh ke FAS buat at least cam KLFA? sape tu Azman..Azmin..Farid Dewan Org Ramai dan skrg Ivan Usop Santorian..Md Nor apa ntah tu..camne KLFA nampak bakat diaorg-ketengahkan dan skrg berhasil? kurang2 Ivan ada gak sarung jersi Msia dan skrg main utk juara bertahan PM..Md Nor main utk team terhebat kt Msia..kita? Rudi Ramli? hehehe..Jaafar Saleh? harapkan D Surendran je lah..tu pun sebab Nesta ada..kalau tk?

mungkin pandangan dan pendapat kita ni tkmana pun..kalau ada wakil FAS baca pun dah cukup..aku tkfikir dia org akn fikir kalau terbaca pun..at least kita masih mampu menghasilkan kritis yg mungkin membina sekalipun tkdihargai
By firdaus
#40427
Piala FA 2005 MK Land Selangor benam Estet Jenderata

MK Land membuka kempen pusingan pertama Piala FA dengan menundukkan Perak Jenderata 3-1 di Stadium Lumut, Perak semalam.
Anak buah Michael Palani mendahului menerusi Shahrin Mahid pada minit ke-20 tetapi dengan enam minit baki separuh masa pertama, kelebihan satu gol itu dipadam oleh pemain import Nigeria pasukan tuan rumah, Peter Aisekhame.
Bagaimana pun dua jaringan pemain import dari St Vincent & Grenadines, Marlon Alex James, enam minit separuh masa kedua berlangsung dan dua minit sebelum memastikan MK Land membawa pulang dengan dua gol ke Stadium Selayang bagi perlawanan kedua pusingan pertama.
By deeno
#40474
Kiter kener terima kenyataan bahawa....Duit moden adalah dunia duit....banyak duit banyaklah kejayaan......dulu main tuk negara..sekarang main tuk duit....tak der duit tak leh pakai keter HONDA....ahaksss...tapi .....player skrang mmg dah begitu...saper yg boleh ubah mcm dulu balik.....?????
By firdaus
#40910
deeno wrote:player skrang mmg dah begitu...saper yg boleh ubah mcm dulu balik.....?????


JNR boleh apa..sbb dia lagi terror dr coach..
Datuk Jamal Nasir Rasdi berasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam pasukan Kejor Yob Kejor ketika ini terutama ketika menentang Sabah di Stadium Likas, Sabtu lalu.
Tanpa berniat mencampuri urusan pengendalian pasukan atau menuding jari kepada sesiapa, Jamal Nasir berasa sudah tiba masanya aspek latihan, sistem permainan dan penggunaan tenaga pemain dikaji semula bagi mengembalikan kemantapan pasukan.
“Saya tidak pernah campur urusan pengendalian pasukan. Bagaimanapun apa yang ketara masih banyak kepincangan yang terdapat dalam pasukan.
“Pemain nampak keliru dengan arahan serta peranan yang diberikan menyebabkan mereka tidak mampu memberi yang terbaik dalam perlawanan setakat ini.
“Perak bukan tidak mempunyai pemain berkualiti, cuma mereka tidak digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.


JNR lagi pandai dr pengadil
Pengurus Perak, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata pengadil dari Terengganu itu nyata membuat banyak keputusan yang silap dalam perlawanan itu hingga menimbulkan rasa tidak puas hati kedua-dua pasukan."